Aktor dan usahawan, Fizo Omar meluahkan rasa kagum terhadap Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq yang memilih tanggungjawab untuk mengikat tali pertunangan bersama penyanyi, Bella Astillah pada Sabtu.
Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar menerusi hantaran di Instagram, turut berpendapat kehadiran Bella juga membantu menjernihkan nama Syed Saddiq yang pernah dicemari dalam karier politiknya itu.
“U earned my RESPECT, SYED SADDIQ.. Probably thousands chasing over you, tapi you pilih tanggungjawab dan sebuah keluarga. This is what we call a man with the good heart. Tak dinafikan kewujudan Bella juga sedikit sebanyak menjernihkan nama SS yang pernah dicemari dalam karier politiknya.
Betul, jodoh di tangan tuhan yang telah ditetapkan, tapi kita sebagai manusia berhak memilih apa yang kita perlu bukan yang kita hendak.”-tulis Fizo di Instagram
Titip Doa Buat Bella & Syed Saddiq
Dalam pada itu, Fizo turut menitipkan doa buat Bella dan Syed Saddiq agar hubungan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.
“You guys are meant to be together. Deeply from my heart, saya dan isteri doakan semoga keikhlasan kalian membawa ke jannah dan kekal bahagia sampai bila-bila.-tambah Fizo
Netizen Setuju
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Fizo, malah ada yang berpendapat Bella sebelum ini terkejar-kejar lelaki yang tidak tahu menghargainya dan kini Allah gantikan dengan insan yang lebih baik.
“Setuju. YB lebih memikirkan beliau bertanggungjawab ke atas keluarga kecil ini. Terharunya YB Syed Saddiq 🥹.”
“Betul sangat, dulu Bella terkejar-kejar bertahun-tahun dengan orang yang langsung tak hargai Bella, bila Bella lepaskan dan redha Allah pula gantikan yang lebih baik dan menghargai Bella sangat-sangat. Alhamdulillah takdir Allah begitu indah untuk Bella biarpun pada mulanya penuh dengan kelukaan. Mudah-mudahan lepas ni Bella bahagia dengan Saddiq hingga ke Jannah Aaminn.”
Sekadar info, Bella dan Aliff Aziz pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 sebelum membuat keputusan untuk bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2024, selepas Aliff ditangkap berkhalwat bersama pelakon, Ruhainies pada 9 Mac 2024.
Mereka turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.






