Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

FizoMawar Kitchen Ditutup Secara Rasmi! Ini Teguran Mawar Karim Buat Netizen

by Khai Azfar
October 29, 2019
Share on Facebook

Selebriti Fizo Omar sebelum ini telah mengumumkan bahawa restoran kendaliannya bersama bekas isteri, Mawar Karim akan ditutup. Malah semalam, 28 Oktober merupakan hari terakhir restoran FizoMawar Kitchen beroperasi sebelum menutup secara rasmi kesemua tiga cawangan mereka.

Mawar Titip Teguran 

Menerusi perkongsian Mawar di laman Instagram nya, dia berharap selepas ini tiada lagi spekulasi mahupun berita yang tidak benar mengenai dia dan Fizo disebarkan oleh pihak tertentu selepas menutup restoran mereka. Malah dia turut menitip teguran buat mereka yang sering menjaja kisah peribadi Fizo dan Mawar kepada umum kononnya seperti mengetahui segala apa yang terjadi antara mereka.

“Diharapkan sangat lepas ini tiada lagi cerita dari mana-mana pihak especially yang ada ‘kaitan’ antara saya atau Fizo mengeluarkan status /cerita di media sosial yang ‘konon tahu cerita ‘sekaligus akan menimbulkan ‘pelbagai tanggapan dari pihak ramai’. Tidak perlu la ‘orang terdekat’ mencampuri urusan saya dan Fizo”

Mahu Fokus Pada Anak 

Jelas Mawar, biarpun ramai peminat meluahkan rasa kecewa dengan penutupan restoran tersebut sehingga ada yang mencadangkan Mawar mahupun Fizo menjenamakan semula restoran itu, namun dia tetap dengan pendirian untuk tidak meneruskannya atas faktor peribadi.

View this post on Instagram

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim)

Tambahnya lagi, walaupun dia dan Fizo tidak lagi mempunyai sebarang hubungan, namun mereka masih mempunyai tanggungjawab besar untuk membesarkan anak tunggal mereka, Wan Maryam.

Di kesempatan itu, usahawan tudung jenama Fareeda ini berterima kasih kepada semua pelanggan yang sentiasa menyokong restoran mereka selama hampir 3 tahun beroperasi. Kami di Murai.my mendoakan agar Fizo dan Mawar akan terus sukses dalam bidang yang diceburi masing-masing!

[VIDEO] Gelagat Mariam, Anak Fizo & Mawar Curi Perhatian, “Petahnya Bercakap”
fizomawar kitchenMawar Karim
https://lomp.at/38txq
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aisha Retno ‘Throwback’ Keputusan SPM, Netizen Kagum!-“Aisha Tak Kosong Ya…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Penyanyi, Aisha Retno membuat perkongsian istimewa bersama peminat selepas para calon SPM 2025 (Sijil Pelajaran Malaysia) mengambil keputusan peperiksaan mereka...

Read moreDetails
Berita

Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Berhadapan ‘Maid’ Bermasalah-“Dia Tiru Saya, Curi Pakaian, Mekap, Duit..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Pelakon, Fatin Afeefa berkongsi pengalamannya yang pernah berhadapan dengan pembantu rumah yang bermasalah sehingga sanggup merakam video yang tidak senonoh...

Read moreDetails
Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Hampir 5 Tahun Perkahwinan, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Sah Cerai Talak 1- “Semua Dah Selesai”

by Nurul A.
April 2, 2026

Nampaknya teka-teki mengenai status rumah tangga penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusof Bahrin akhirnya terjawab. Selepas hampir lima tahun perkahwinan,...

Read moreDetails
Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara