Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Foto Hospital Tanjung Rambutan Di Instagram Malique Cetus Spekulasi Liar Peminat

by Puteri Alia
November 13, 2025
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Tiada angin tiada ribut, nama penyanyi dan komposer legenda, Malique Ibrahim, kembali menjadi bualan hangat apabila dia memuat naik foto Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di laman Instagram rasminya. Tanpa sebarang kapsyen, perkongsian tersebut mencetuskan tanda tanya besar dalam kalangan peminat dan warganet yang cuba meneka maksud tersirat di sebalik gambar itu.

Malique, atau nama sebenarnya Cairel Edrin Ibrahim, 48, dikenali sebagai individu yang jarang muncul di khalayak dan sering memilih untuk berdiam diri daripada dunia media sosial. Justeru, kemunculannya dengan gambar hospital psikiatri terbesar di negara ini menimbulkan pelbagai spekulasi ada yang berpendapat beliau ke sana bagi menziarahi rakan seangkatan, penyanyi Yasin Sulaiman, manakala ada pula yang beranggapan sebaliknya.

“Ziarah Yasin ke? Semoga ada lagu baharu,” tulis seorang peminat di ruangan komen. “Mungkin melawat Yasin, tapi kalau sebaliknya, doa yang baik-baik saja,” balas pengguna lain, manakala beberapa individu turut menitipkan doa agar Malique berada dalam keadaan baik dan diberi kesihatan yang sempurna.

Namun, tidak semua komen bernada positif. Segelintir warganet mendakwa pelantun lagu Sedih Hati itu mungkin berdepan tekanan atau masalah peribadi.

“Kalau ada masalah, beritahulah, kita sembang-sembang. Telefon saja bila-bila masa,” tulis seorang pengikut yang prihatin, manakala seorang lagi memetik, “Semoga dipermudahkan dan sihat walafiat, Tuan Budiman.”

Sebelum ini, kemunculan akaun rasmi Instagram milik Malique sendiri sudah cukup menggegarkan dunia hiburan tempatan. Setelah sekian lama menghilang daripada radar media sejak pembubaran kumpulan Too Phat pada 2007, kewujudan akaun itu membuatkan ramai peminat teruja dan berharap Malique akan kembali aktif berkarya seperti zaman kegemilangannya.

Walaupun tidak lagi sering muncul di hadapan kamera, Malique terus aktif di belakang tabir menghasilkan lagu-lagu berkualiti tinggi yang sering menjadi siulan ramai. Namun, dengan tindakan terbarunya memuat naik foto penuh misteri itu, ramai yang tertanya-tanya sama ada ia sekadar gurauan halus, satu simbolisme seni atau petanda akan kembalinya ‘Mr. General’ ke pentas muzik tempatan dalam waktu terdekat.

Malique Kongsi Kejayaan Anak Di IG, Curi Perhatian Netizen
malique
https://lomp.at/vsv1s
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Lokal

Nedim Nazri Pertahan Nora Danish Dikecam Netizen Di Threads-“Jangan Persendakan Seseorang!..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz dilihat mempertahankan bekas isterinya yang dikecam netizen selepas memberi respon...

Read moreDetails
Spotlight

“Saya Ingatkan Orang Malaysia Dah Educate”- Waheeda Simpati Dengan Siti Nurhaliza

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Nama penyanyi dan penceramah bebas, Waheeda, kembali jadi sebutan apabila kenyataannya mengenai isu telekung dan aurat tular di media sosial....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara