Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Fresh Face 2025: Juara Top 3 Bawa Aura Segar Dunia Fesyen & Konten

by Phic ARMAN
August 20, 2025
Share on Facebook

Petang penuh glam di The RuMa Hotel & Residences jadi saksi apabila STAIL.MY meraikan kemuncak Fresh Face 2025, sekali gus mengumumkan Top 3 pemenang edisi kali ini. Sebagai rakan media rasmi, MURAI turut menyaksikan momen istimewa dan persembahan memukau daripada Shalma Eliana, dan gaya pengacaraan penuh energi oleh Shah Shamsiri.

Dari Kiri General Manager STAIL.MY Ija Rahman dan wakil-wakil penaja dari The RuMa Hotel & Residence, Truefitt & Hill, Trove dan Malay Perfumery

Sejak diperkenalkan pada 2016, Fresh Face bukan sekadar pertandingan, tapi platform urban yang membuka jalan untuk bakat muda menyerlah dalam fesyen, kecantikan, seni, gaya hidup dan dunia penciptaan konten.

Hampir sedekad penganjuran, ia telah melahirkan nama-nama besar seperti Brian Khoo, Hannah Delisha, Ain Edruce, Lucas Lau malah atlet negara Welson Sim. Tahun ini, legasi itu diteruskan dengan barisan finalis baharu yang membuktikan mereka bukan calang-calang.

Sheqin Dinobat Juara!

Tahun ni menyaksikan Sheqin dinobatkan sebagai juara Fresh Face 2025 dengan personaliti karismatik yang dekat dengan komuniti Gen Z.

View this post on Instagram

A post shared by Sheqin Z (@sheqins)

Diikuti Marc Sadique di tempat kedua dengan gaya fesyen bold dan penuh ekspresi seni, manakala tempat ketiga pula milik Shelen yang menyerlah dengan pesona semula jadi serta minat mendalam dalam dunia kecantikan.

Rakan Jenama & Sokongan Industri

Fresh Face 2025 dibawa dengan sokongan nama besar seperti TAG Heuer, Levi’s, Barenbliss Malaysia, TROVE bersama Malaya Perfumery, Truefitt & Hill dan tuan rumah rasmi, The RuMa Hotel & Residences. Dari fesyen denim Levi’s, jam tangan mewah TAG Heuer, kecantikan Barenbliss, sehinggalah dandanan lelaki eksklusif Truefitt & Hill,  setiap jenama menyumbang sentuhan tersendiri pada kempen ini.

Lebih Dari Sekadar Pertandingan

Bagi Merrissa Emilda, Founder & Creative Director STAIL.MY, Fresh Face diwujudkan untuk buka peluang kepada bakat baru supaya mudah dilihat oleh jenama dan pengurusan bakat. Ia bukan hanya tentang menang atau kalah, tapi bagaimana finalis ini boleh menjadikan Fresh Face sebagai batu loncatan untuk mengejar impian mereka.

Merrissa Emilda, Founder & Creative Director STAIL.MY, Fresh Face bersama juara Fresh Face 2025

“Fresh Face diwujudkan untuk memperkenalkan bakat baharu dan memberi mereka peluang menonjol sebagai influencer. Melalui platform ini, kami membantu mereka mengetengahkan bakat agar lebih mudah dilihat oleh jenama dan pengurusan bakat, sekali gus membuka jalan untuk mereka mengejar impian serta berkembang dalam bidang pilihan masing-masing.”  Merrissa Emilda

Sebagai rakan media rasmi, MURAI cukup bangga dapat melihat sendiri bagaimana Fresh Face 2025 bukan sahaja meraikan wajah baru, tapi juga menjadi jambatan antara bakat Gen Z dengan dunia profesional. Aura acara ini memang luar biasa, penuh gaya, penuh inspirasi, dan paling penting, penuh dengan harapan masa depan.

ain edruceBarenbliss MalaysiaBrian Khoohannah delishaLevi’sLucas Laushalma elianaTAG HeuerTROVE
https://lomp.at/cnbv5
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Automotif

Wakaf Kereta EV Untuk Madrasah, Ini 5 Kisah Inspirasi Tentang WAWO, Pengasas Go Auto

by Phic ARMAN
December 27, 2025

SosialBuzz kali ini membawa kisah inspirasi kepada pembaca MURAI tentang seorang usahawan yang memilih untuk berjaya dengan cara tersendiri. Di...

Read moreDetails
Inspirasi

‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

by Ayu Kamaruddin
December 25, 2025

Detik kecil yang penuh makna nyata mampu mencuri perhatian ramai. Itulah yang berlaku apabila suami kepada pelakon dan penyanyi Nurul...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore