Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Eksploitasi Agama Dalam Perniagaan, Fynn Jamal & Ahmad Fedtri Beri Pandangan ‘Padu’

by Phic ARMAN
May 6, 2022
Share on Facebook

Penggunaan agama dalam kempen pemasaran semakin meningkat terutamanya menerusi saluran digital seperti jaringan media sosial, dengan harapan ia dapat mewujudkan daya tarikan terhadap pengguna terutamanya yang beragama Islam. Walau bagaimanapun, dalam sebuah masyarakat majmuk seperti di Malaysia, agama merupakan topik yang sensitif dan berisiko untuk sesuatu jenama sekaligus mampu menarik perhatian negatif yang tinggi.

Bagi mengupas topik ini dengan lebih lanjut dan mengkaji secara terperinci mengenai isu yang dibangkitkan, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan) bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Forum Meja Bulat bertajuk: “Eksploitasi Agama dalam Perniagaan: Setakat mana elemen keagamaan boleh digunakan dalam pemasaran?”.

Forum tersebut diketuai oleh barisan panelis terhormat yang terdiri daripada pemain utama industri dan pemimpin pendapat termasuk Ustaz Mohd Amri Abdullah, pakar industri halal nasional dan hos MyHalal TV1; Ahmad Fedtri Yahya, produser kanan dan penyampai TV3; Hajah Nik Hasnah Ismail, penyampai and pengurus hubungan strategik di radio IKIM; Wan Syahrul Amry, pengurus kandungan di ZAYAN ASTRO Radio; Dr Mazlina Abu Bakar dari Briged Bakti Malaysia dan usahawan, Fynn Jamal.

Sejak dahulu lagi, terdapat pegeksploitasian dalam penggunaan agama melalui pelbagai cara, antaranya untuk mempromosikan makanan sunnah, telur halal dan selipar “mesra-muslim” antara lainnya. Selain produk, agama juga digunakan untuk mempromosikan pelbagai perkhidmatan.

Fynn Jamal, Foto VIA Instagram@dapur.fynnjamal

Bercerita dari sudut perspektif seorang usahawan, Fynn Jamal percaya bahawa agama tidak seharusnya disalahgunakan bagi mengiklankan sesuatu produk.

“Sekiranya produk itu bagus, maka, ia akan terbukti secara harfiahnya. Kita tak boleh menggunakan agama semata-mata untuk mendapatkan lebih banyak tarikan dan penjualan,” katanya.

Ahmad Fedtri berkata agama memainkan peranan besar dalam kepercayaan pengguna, terutamanya apabila ia datang dari perspektif budaya. Beliau memetik insiden tertentu membabitkan jenama coklat yang didakwa telah dihasilkan dengan menggunakan DNA khinzir. Tuduhan palsu tersebut mendatangkan fitnah kepada jenamanya dan mencetuskan panik di kalangan pengguna beragama Islam.

Foto VIA Instagram @fedtriyahya

Bagi menangkis tuduhan palsu dan mencipta semula imejnya, syarikat itu menggunakan khidmat ikon Melayu untuk menghapuskan sebarang salah tanggapan dan menunjukkan bahawa produk itu sememangnya selamat untuk dimakan oleh orang Islam.

Sekiranya ingin menonton Forum Meja Bulat, layari laman Facebook Forum Kandungan. Untuk maklumat lanjut mengenai Forum Kandungan atau Kod Kandungan, layari www.contentforum.my.

Ahmad Fedtri Yahyafynn jamal
https://lomp.at/oq6g8
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Nedim Nazri Pertahan Nora Danish Dikecam Netizen Di Threads-“Jangan Persendakan Seseorang!..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz dilihat mempertahankan bekas isterinya yang dikecam netizen selepas memberi respon...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Foto - nur.nilam.ortiz (FB)
Lokal

Nur Nilam Ortiz Beri Bayangan Sudah Berpisah?- “Doa Yang Baik-Baik Untuk Kami”

by Nurul A.
March 3, 2026

Hantaran video pendek usahawan Nur Nilam Ortiz di platform TikTok mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila isteri kepada pelakon...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara