Friday, August 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Antarabangsa

Cucu Presiden Filipina Isabelle Duterte Raikan Hari Lahir Paling Epik

by Zaidin Albert
January 23, 2018
Share on Facebook

Isabelle Duterte, cucu kepada Presiden Filipina yang lantang bersuara Rodrigo Duterte, merayakan ulang tahun ke-18 nya pada hari Jumaat yang lepas dengan pesta indah yang bersesuaian dengan tetamu dari golongan diraja.

Sambutan hari jadi beliau diadakan di Rigodon Ballroom di Semenanjung Manila, yang dihiasi ratusan jenis bunga dengan suasana mewah dan fantasi.

Pintu masuk dewan itu telah diubah menjadi terowong bunga yang indah dengan lampu-lampu bergemerlapan menyorot laluan para tetamu. Acara itu dikendalikan oleh Robert Blancaflor Group Inc.

Untuk acara utama, dia memakai busana dihiasi Swarovski yang ditenun oleh pereka terkenal Michael Cinco, diterbangkan khas dari Dubai.

Gaun biru diraja yang dicipta oleh pereka Filipina terkenal di dunia itu juga pernah berkhidmat dengan selebriti Hollywood seperti Jennifer Lopez, Lady Gaga, dan Beyonce.

Foto-foto ini sahaja boleh menggambarkan harga gaun Isabelle yang mempesonakan ini boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Selain itu Pereka fesyen yang berpangkalan di Manila, Joe San Antonio turut mereka beberapa pakaian yang dipakai pada malam itu, termasuk Orias pantsuit putih dan gaun renda.

Isabelle, 18, juga merupakan anak kepada Timbalan Datuk Bandar Davao, Paolo Duterte, 43, anak sulung Duterte.

Sebelum pilihan raya, pengundi Filipina kagum dengan gaya hidup sederhana Presiden Duterte yang viral di Facebook. Ramai orang Filipina masih memilih untuk melihatnya seperti itu, malangnya, sukar untuk berbuat demikian apabila cucunya telah keluar dari landasan datuknya yang mengadakan pesta semewah ini.

Sumber Philnews.com

[VIDEO] Gelagat Peminat Dapat 'Sign' Lady Gaga Di Tepi Jalan Buatkan Ramai Cemburu-" Dia Punya Jerit Tu.."
filipinagaunIsabelle DuterteJennifer LopezJoe San Antoniolady gaga\mewahRobert Blancaflor Group Inc.rodrigo duterteSwarovski
https://lomp.at/alopw
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  2. 2

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  5. 5

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem