• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

[GAMBAR] Sekitar Kemeriahan ‘Konsert AKB48 Group Live in KL 2024’ Yang Dihadiri Lebih 2,000 Peminat

by Phic ARMAN
August 22, 2024
Share on Facebook

Konsert AKB48 Group Live in KL 2024 ~ First Cry ~ baru-baru ini menyaksikan satu malam yang penuh dengan kegembiraan di Zepp Kuala Lumpur. Lebih daripada 2,000 peminat, termasuk dari Jepun, Thailand, dan Indonesia telah berkumpul untuk menyaksikan persembahan memukau daripada lima kumpulan tersebut yang terdiri daripada AKB48, STU48, Quadlips, JKT48, dan KLP48. Konsert yang julung kali diadakan di Malaysia ini berjaya menawarkan pengalaman yang luar biasa buat peminat.

Sepanjang persembahan lebih daripada tiga jam itu, peminat kelihatan sangat teruja dan menyalakan cahaya glow stick mereka sambal diiringi visual yang menarik. Bukan itu sahaja, peminat turut bersorak dan menyanyi bersama lagu-lagu popular seperti “Catch Me Kiss Me” dan “Overdrive” oleh Quadlips, “Ai no Omosa” dan “Kurayami” oleh STU48, “Rapsodi” dan “Fortune Cookie Yang Mencinta” oleh JKT48, serta “Everyday, Kachuusha” dan “Koi Tsun Jatta” oleh AKB48.

KLP48, yang baru sahaja mengumumkan ahli generasi pertama mereka, memanfaatkan konsert ini untuk membuat debut yang penuh gaya. Mereka mempersembahkan video muzik dan lagu pertama mereka, “Heavy Rotation,” dalam bahasa Melayu, serta lagu-lagu dalam bahasa Inggeris, Mandarin, dan Jepun untuk menunjukkan kepelbagaian dan bakat mereka. Dalam majlis ini, Yi Shyan diumumkan sebagai ketua kumpulan dan KLP48 Official Fan Club turut dilancarkan dengan langganan bulanan RM30 yang memberikan akses kepada kandungan eksklusif.

Sebagai penutup yang meriah, kelima-lima kumpulan naik ke pentas bersama untuk menyanyikan lagu ikonik AKB48, “Aitakatta.” Selepas persembahan, mereka mengadakan sesi meet and greet dengan peminat, diikuti dengan perbualan santai bersama beberapa peminat fanatik mereka. Konsert ini dianjurkan oleh 48 Entertainment dengan sokongan dari iMe Malaysia.

Ikuti perkembangan terkini KLP48 dengan mengikuti @klp48_official di TikTok, @KLP48official di Instagram dan Facebook, atau layari klp48.my

AKB48
https://lomp.at/zbag5
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

Raes Arifin Mulakan Langkah Seni Dengan Jalan Cinta

by Aphit J.
October 19, 2025

Raes Arifin, bintang program Gimme The Mic 2024, kini secara rasmi melangkah masuk ke industri muzik tanah air dengan single...

Read more
Musik

Jaclyn Chia & Yunk G Ungkap Luka dan Ketabahan Dalam Single Terbaharu “Redam”

Dunia muzik tempatan kembali disemarakkan dengan pelancaran single duet terbaharu berjudul Redam, hasil kolaborasi istimewa antara penyanyi bersuara lunak dari...

Read more
by Aphit J.
August 23, 2025
Indonesia

Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito Bakal Gegarkan Pentas Idea Live Arena KL Disember Ini

Tiga artis ternama Indonesia iaitu Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito bakal menggegarkan pentas dengan sebuah konsert hebat yang...

Read more
by Naddy Joe
September 10, 2025
Musik

[GAMBAR] Maher Zain Pukau 5,000 Peminat, Ambang Merdeka Penuh Magis

Lama betul kita tunggu, enam tahun ya! Akhirnya malam menyambut kemerdekaan, pentas Idea Live Arena, 3 Damansara jadi saksi kemunculan...

Read more
by Phic ARMAN
September 1, 2025
#ApaPlan

Rahat Fateh Ali Khan & Shahzaman Bakal Hiburkan Peminat Malaysia November Ini

MURAI mahu kongsi berita baik buat peminat maestro qawwali tersohor dunia Ustad Rahat Fateh Ali Khan, akan kembali ke Malaysia...

Read more
by Phic ARMAN
September 2, 2025
Musik

Agy Kembali Menghangatkan Industri Muzik Dengan “Buru-Buru”

Agy bukanlah nama baru dalam dunia hiburan tempatan. Dikenali sebagai influencer yang berkarisma dan berpengaruh, Agy telah membina pengikut setia...

Read more
by Aphit J.
September 13, 2025
Musik

“Semoga Saja” Bukan Sekadar Lagu Cinta – Aisha Retno Dedah Kisah Sebenar!

Sejak kemunculannya dalam industri muzik pada 2018, Aisha Retno terus mencipta nama sebagai penyanyi berbakat besar dengan suara yang unik...

Read more
by Aphit J.
October 4, 2025
Musik

“Biar Gambar Bicara”: Pertemuan Dua Suara Hebat dari Dua Negara Serumpun

Dua nama besar dalam dunia muzik serantau, Azharina Azhar dari Malaysia dan Nana Karia dari Singapura, akhirnya merealisasikan impian lama...

Read more
by Aphit J.
November 1, 2025
Screenshot
Indonesia

Afgan Kembali Menghiburkan Peminat Di Malaysia Menerusi Retrospektif Showcase

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi showcase istimewa berjudul Afgan Retrospektif Showcase yang dijadualkan berlangsung...

Read more
by Naddy Joe
October 6, 2025
Musik

Malik Choo Tampil Dengan Lagu Solo Pertama ‘Suka Kamu’ – Sarat Dengan Cinta & Jiwa Malaysia

Lepas beberapa tahun menyinar sebagai penyanyi undangan dalam lagu-lagu popular, kini Malik Choo tampil berani dengan single solo pertamanya berjudul...

Read more
by Aphit J.
August 10, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pengakuan Berani Brook Lynn Pernah Dilamar Sultan Dari Malaysia,-” Saya Ditinggalkan Terkapai-kapai”

  2. 2

    [VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”

  3. 3

    [VIDEO] Dato Seri Vida Tunjuk Barangan Di Bilik Tidur Cik B, Buatkan Ramai Teruja

  4. 4

    [VIDEO] Baju Shila Amzah Jadi Pertikaian Netizen-“Boleh Kot Ambil Perunding Imej Yang Berkelas”

  5. 5

    [VIDEO] Nubhan Belum Mula Nyanyi, Netizen Mahu Undi Keluar- “Tak Baiklah Korang”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem