Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Gara-Gara Berjuang Sebar Maklumat Palestin, Akaun TikTok Nadiyah Shahab Lesap Dan Hilang Lebih 400,000 Pengikut

by Puteri Alia
October 19, 2023
Share on Facebook

Pelakon Nadiyah Shahab terpaksa berputih mata apabila akaun TikTok lesap dipercayai gara-gara lantang bersuara mengenai isu Palestin.

Melalui hantaran Instagram Story (IGs), Nadiyah mendakwa akaun TikTok yang memiliki lebih 400,000 dipadam pentadbir platform digital itu.

“Okay semua , sudah rasmi. TikTok padam akaun saya selama-lamanya.

“Saya cuba dapatkan semula tetapi mereka tidak benarkan. Selamat tinggal 400,000 pengikut dan berjuta-juta tontonan.

“Sayang sekali… Biasanya video saya dapat berjuta-juta tontonan,” katanya.

Tambah isteri kepada pelakon Ben Ali itu, dia sedih apabila akaun yang dikendalikan suaminya itu lesap dalam keadaan genting sekarang.

“Saya tidak kecewa apabila tidak ada TikTok lagi. Saya buka pun sekali sahaja untuk memantau perniagaan.

“Setiap hantaran yang dimuat naik pun, suami saya kendalikan. Setiap rakaman, suntingan dan kapsyen… Semua Ben buat.

“Saya buta teknologi. Saya pun tak tahu hendak muat naik video TikTok, apa lagi nak rakam.  Tetapi saya sedih atas usaha suami yang sia-sia.

Nadiya dilihat aktif dalam menyebar dan memuat naik hantaran mengenai konflik yang melanda Palestin di TikTok dan IG.

Malah, akaun IG Nadiya pernah diberi amaran oleh pentadbir platform media sosial itu atas faktor pelanggaran garis panduan keganasan dan hasutan.

Nadiyah Shahab
https://lomp.at/2yk96
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Fazley Yaakob Puji Sikap Khairul Aming Ketika Datang Ke Restorannya-“Tak Ada Angin Sombong, Tak Ada Ego..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memuji sikap personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming yang sangat baik dan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelawak, Achey mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen sahur bersama anak perempuannya, Tiara Zinnirah Nasir di media sosial. Kongsi Momen...

Read moreDetails
Lokal

Syasya Rizal Pernah Rasa Malu Tinggal Di Flat, Titip Pesanan Nenek-“Hidup Ini Bukan Tentang Apa Yang Kita Ada..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Penyanyi, Syasya Rizal mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya melawat kawasan tempat tinggal bersama neneknya, di salah sebuah rumah flat...

Read moreDetails
Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
via IG @farahdhiya_fd
Lokal

Farahdhiya ‘Sekolahkan’ Netizen Persoal Giginya Berwarna Kuning-“Saya Bersyukur Dengan Apa Yang Ada…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya tampil bersuara selepas ditegur netizen di media sosial yang mempersoalkan mengapa giginya berwarna kuning. Gigi Yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara