Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Gara-gara Kupas Isu ‘Suami Kaki Perempuan’, Penyanyi Syukri Zainal Buat Laporan Polis Kerana Terima Ancaman Ugutan

by Phic ARMAN
July 28, 2023
Share on Facebook

Penyanyi, Shukri Zainal  membuat laporan polis, terhadap individu berhubung fitnah dan ugutan diterima ke atasnya melalui laman sosial Facebook (FB).

Laporan berkenaan dibuat oleh beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam jam 9 malam semalam (27 Julai), susulan fitnah dibuat seorang individu sekali gus membuat komen ugutan mahu membuka aib dirinya.

Pemilik nama penuh Mohd Shukri Azam bin Zainal Abidin ini mendakwa, kejadian itu disedarinya beberapa hari yang lalu, selepas dia memuatnaik perkongsian mengenai diskusi tentang isu semasa.  Dalam topik  yang dibincangkan menerusi akaun Facebook peribadinya, Shukri tidak menyebut nama mana-mana pihak.

Katanya, susulan itu, mungkin kurang rasa senang, seorang netizen kemudian meninggalkan komen untuk berjumpa dan menggugut mahu membuka aib.

“Tuduhan dan fitnah berterusan daripada seorang pemilik akaun ini, menyebabkan ramai pengikut saya salah sangka seolah-olah saya menyebut nama pihak tersebut. Tetapi sebenarnya dalam posting yang saya kongsikan adalah umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa. Ia hanya sekadar “social experiment” tentang isu semasa bagi meningkatkan “Engagement” antara saya dan pengikut di Facebook”

“Individu tersebut terus menyerang saya di ruangan komen dan menganggap kata-kata yang saya keluarkan ini  ditujukan kepadanya. Saya tidak faham kenapa individu ini mudah ‘terasa’ dengan topik yang saya bincangkan, sedangkan saya tidak menyebut mana-mana pihak. Kenapa sampai ajak jumpa dan ugut mahu buka aib saya?”- katanya kepada MURAI MY.

Justeru, laporan polis dibuat kerana merasakan dirinya terancam dengan ugutan itu.

“Selepas menerima ugutan tersebut, saya merasa kurang selamat untuk keluar rumah dan bimbang memberi kesan kepada mental saya untuk menjalani kehidupan seharian”- tambah Shukri yang mengalu pernah mengalami depresi beberapa tahun yang lalu.

Selain itu, Shukri turut membuat laporan terhadap pemilik akaun individu itu berhubung kenyataan berbaur hasutan, provokasi serta fitnah yang boleh mendatangkan ancaman bahaya.

Shukri Zainal
https://lomp.at/1u0mi
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Lokal

‘Allah Belum Bagi Rezeki Untuk Aisha Dapat Adik Baby..”-Fasha Sandha

by Naddy Joe
February 16, 2026

Perkongsian pelakon, Fasha Sandha mendapat reaksi netizen selepas seolah-olah memberikan bayangan mengenai dirinya yang masih belum diberi rezeki untuk menimang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara