Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Gara-Gara Penyondol Rumah Tangga Musnah, Puteri Sarah Bangkit Kongsi Kisah Hidup Menerusi Coretan Senaskah Buku

by Puteri Alia
May 31, 2023
Share on Facebook

Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai. Semuanya mengimpikan kehidupan bahagia sehingga ke hujung usia. Namun, disangka panas hingga petang, tetapi hujan di tengah hari.

Sebenarnya apabila berlaku perceraian, kesannya bukan hanya membabitkan pasangan itu, tetapi juga anak. Hal ini kerana sepanjang proses itu, mereka perlu menyesuaikan diri dengan banyak perubahan dalam hidup. Kehidupan mereka tidak lagi sama seperti dahulu dan memberi kesan yang buruk.

Jika perceraian tidak dapat dielakkan, maka perasaan gagal akan melanda dan seseorang itu akan mula berduka kerana kehilangan perkahwinan yang menjadi simbol status dalam masyarakat.

Bagaimanapun, gagal sesebuah perkahwinan tidak bereti pasangan itu tidak akan pernah mengecapi kebahagiaan, bahkan usaha bangkit daripada keruntuhan rumah tangga itu membuatkan seseorang itu lebih cekal dan tabah menghadapi rintangan hidup.

Menceritakan mengenai soal penceraian, Puteri Sarah Liyana menitiskan air mata ketika menyiapkan buku mengenai pengalaman dan kisah hidupnya iaitu Puteri Sarah : Terus Melangkah.

Bukan saja Sarah, malah keluarga dan rakan-rakan terdekat turut gagal menahan air mata ketika menghasilkan buku yang mengangkat kekuatan wanita itu.

“Memang banyak kali saya menitiskan air mata termasuk orang-orang yang berada di sekeliling untuk menyiapkan buku ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran buku Puteri Sarah: Terus Melangkah di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, malam tadi.

Bercerita lanjut mengenai buku itu, memetik laporan Harian Metro, Sarah memaklumkan bahawa karya terbitan Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd serta tulisan Emi Anvepa ini mendedahkan kisah peribadinya yang belum dikongsikan kepada umum.

Ia juga memuatkan singkapan peristiwa, tragedi dan detik jatuh bangun ibu kepada dua anak itu.

“Buku ini mengenai positiviti untuk melangkah ke depan tanpa menoleh ke belakang semula. Memandangkan ramai yang datang kepada saya bertanyakan bagaimana saya dapatkan kekuatan. Ada yang ingin pinjam sifat positif dalam diri saya.

“Oleh itu, saya membuat buku ini supaya orang ramai boleh membaca perjalanan kisah hidup saya. Bukan berniat untuk membuka aib sesiapa,” katanya.

Sarah berkata, ramai yang tidak tahu dia ini bagaimana orangnya di belakang tabir.

“Ada yang bertanya saya ini dulu seorang yang bagaimana hidupnya, zaman belajar saya, kehidupan saya dengan keluarga dan sebagainya,” katanya.

Turut bersama dalam majlis pelancaran itu ialah Reina Lum selaku editor dari sudut pandangan undang-undang bersama Emi Anvepa. Selain penulis buku ini, Emi juga pengurus dan kawan rapat Sarah.

Puteri Sarah Ubah Haluan, Dari Lantang Suara Perjuang Hak Wanita Kini Pilih Ketenangan Demi Anak

Hadir sama, ibu bapa Sarah serta mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Ira Kazarputeri sarahSyamsul Yusoff
https://lomp.at/gn40s
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa sebak melihat rata-rata rakyat Malaysia yang berkongsi momen indah bersama keluarga...

Read moreDetails
Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Pesan, -“Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai”

by Nurul A.
January 26, 2026

Pelakon dan usahawan, Adam Corrie mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu nasihat di platform Threads untuk pengikutnya, khususnya golongan wanita....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelawak, Achey mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen sahur bersama anak perempuannya, Tiara Zinnirah Nasir di media sosial. Kongsi Momen...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui rasa takut apabila dia bakal menjalani pembedahan Caesarean (C-Section) cahaya mata ketiganya. "Takut Yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara