• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Gauri Hingga Jaya, 5 Isteri Aktor Ini Larang Suami Mereka Berlakon Dengan Aktres…

by Nurul A.
October 2, 2025
Share on Facebook

Pernah tak kamu tertanya-tanya apakah perasaan isteri-isteri aktor Bollywood yang melihat suami mereka lakukan adegan romantis atau intim dengan aktres dalam sesebuah filem?

Biasalah apabila berpasangan dalam filem dan ada chemistry kuat antara pelakon tersebut, mulalah nanti timbul khabar angin percintaan di set penggambaran.

Walaupun ada segelintir kita merasakan isteri-isteri aktor Bollywood ini tidak kisah dan lali, tetapi siapa tahu jauh di sudut hati mereka mungkin terselit juga rasa cemburu itu.

Tatkala munculnya rasa cemburu, ada sesetengah isteri-isteri aktor Bollywood ini akan melarang suami mereka daripada terlibat atau bekerjasama dengan aktres tertentu seperti…

1. Alia Bhatt 

Selepas berpisah, Katrina Kaif didakwa cuba beramah mesra dengan bekas teman lelakinya iaitu Ranbir Kapoor. Mengetahui hal itu, Alia Bhatt melarang suaminya untuk tidak lagi berkongsi skrin dengan Katrina selepas filem ‘Jagga Jasoos’ (2017).

2. Gauri Khan 

View this post on Instagram

A post shared by Gauri Khan (@gaurikhan)

Dalam ramai-ramai aktres Bollywood, Gauri Khan tidak menyukai Priyanka Chopra selepas aktres itu memberi ‘hint’ di khalayak ramai bahawa dia menjalinkan hubungan dengan Shah Rukh Khan. Gauri menghalang suaminya daripada bekerja dengan aktres itu dan filem ‘Don 2’ menjadi filem terakhir kedua-dua pelakon itu bekerjasama.

3. Jaya Bachchan 

View this post on Instagram

A post shared by Jaya Bachchan (@jaya_bachchan_)

Cinta segi tiga antara Jaya Bachchan, Amitabh Bachchan dan Rekha telah mencetuskan kontroversi dalam industri Bollywood. Sejak Amitabh dan Rekha bergandingan dalam filem ‘Silsila’, muncul gosip cinta antara mereka. Jaya kemudiannya melarang Amitabh daripada bekerjasama dengan Rekha dan sejak daripada itu mereka tidak lagi kelihatan bersama.

4. Twinkle Khanna

View this post on Instagram

A post shared by Twinkle Khanna (@twinklerkhanna)

Selepas berkahwin, muncul khabar angin bahawa suami Twinkle Khanna iaitu Akshay Kumar telah menjalinkan hubungan sulit dengan Priyanka Chopra. Twinkle kemudiannya melarang Akshay berlakon bersama Priyanka dan dia pernah muncul di lokasi filem apabila suaminya diminta untuk lakukan adegan intim dengan aktres itu.

5. Deepika Padukone 

View this post on Instagram

A post shared by दीपिका पादुकोण (@deepikapadukone)

Tak dinafikan perang dingin antara Deepika Padukone dan Katrina Kaif telah menarik perhatian ramai. Sama seperti Katrina melarang suaminya, Vicky Kaushal dengan Deepika, aktres itu juga melarang suaminya, Ranveer Singh daripada bekerja dengan Katrina.

Jika kita orang biasa pun boleh cemburu, apatah lagi isteri aktor-aktor Bollywood ini kan?

'Berkampung' 95 Hari Di Luar Rumah, Lelaki Ini Akhirnya Bertemu Shah Rukh Khan
Akshay KumarAlia BhattAmitabh BachchanDeepika PadukoneGauri Khanjaya bachchanRanbir Kapoorranveer singhshah rukh khanTwinkle Khanna
https://lomp.at/exve5
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Ardell Aryana Kongsi Misi Bantuan Banjir, Pendedahan Warga Aceh Ini Cetus Rasa Sebak

by Naddy Joe
December 22, 2025

Pelakon dan aktivis, Ardell Aryana mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momennya ketika menyertai misi kemanusiaan di Aceh. Kongsi Ardell...

Read moreDetails
Lokal

Siti Saleha Kongsi Momen Hamil Hingga Bersalin, Netizen Terpegun!-“Pregnant Lawa, Dah Bersalin Pun Lawa..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Umum mengetahui pelakon, Siti Saleha telah selamat menimang cahaya mata pertama pada Selasa. Menamakan bayi lelakinya sebagai Indra, Siti Saleha...

Read moreDetails
Foto - @bingbing_fan (IG)
Asia

Sangat Pentingkan Kecantikan, Fan Bingbing Dedah Lakukan ‘Ritual’ 700 Topeng Muka

by Nurul A.
January 8, 2026

Walaupun sudah lama menghilangkan diri daripada industri hiburan gara-gara skandal pengelakan cukai terbesar dan disenaraihitamkan di tanah besar China, pelakon...

Read moreDetails
Lokal

Thalita Tampil Anggun Bertudung, Peminat Teruja

by Iffah Najwa
December 23, 2025

Penampilan terbaharu Thalita, anak kepada pelawak Shuib, berjaya mencuri tumpuan warganet apabila dia tampil anggun mengenakan tudung shawl berwarna hitam...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore