Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Gaya Hidup Terlalu Boros, Victoria Beckham Hampir Muflis

by Nurul A.
October 27, 2025
Foto - @victoriabeckham (IG)

Foto - @victoriabeckham (IG)

13
KONGSIAN
Share on Facebook

Rasanya semua orang tahu bahawa isteri David Beckham iaitu Victoria Beckham ini terkenal dengan imej glamor dan gaya hidupnya yang mewah. Namun di sebalik semua itu, penyanyi dan pereka fesyen ini berdepan dengan krisis kewangan yang serius. Krisis itu berpunca daripada tabiat berbelanja yang berlebihan.

Jangan terkejut ye… Fakta ini didedahkan sendiri oleh Victoria dalam dokumentarinya di Netflix iaitu ‘Victoria Beckham’, di mana bekas ahli kumpulan Spice Girl itu mengakui gaya hidupnya yang mewah dan perniagaan fesyennya yang gagal sehinggakan suaminya terpaksa campur tangan.

View this post on Instagram

A post shared by Victoria Beckham (@victoriabeckham)

“Saya dulu sangat impulsif. Jika saya mahukan sesuatu, saya perlu memilikinya segera. Saya pasti hilang akal ketika itu.”

Mengingati masa lalu, Victoria akui dia menyesal kerana membazirkan wang untuk perkara yang tidak penting dalam hidupnya.

View this post on Instagram

A post shared by Victoria Beckham (@victoriabeckham)

Dokumentari itu turut mendedahkan bagaimana Victoria menjadi terlalu taksub terhadap kemewahan dan hampir meruntuhkan perniagaan fesyennya. Beberapa bekas pekerjanya juga mendakwa bahawa isteri David itu telah menghabiskan jumlah wang yang tidak berkesudahan dan salah satu contohnya ialah kecintaannya terhadap tumbuhan segar.

View this post on Instagram

A post shared by Victoria Beckham (@victoriabeckham)

Untuk mengekalkan imej pejabat yang estetik, Victoria dilaporkan membelanjakan £70,000 setahun (RM 392,909.72) setahun untuk bunga segar. Bukan itu sahaja, Victoria juga telah menggaji seseorang untuk menyiram bunganya setiap hari dengan pendapatan £15,000 (RM 84,194.94) setahun.

View this post on Instagram

A post shared by Victoria Beckham (@victoriabeckham)

Sementara itu laporan kewangan pula menunjukkan label Victoria Beckham telah mengalami kerugian sehingga puluhan ribu setahun, manakala perbelanjaan peribadinya pula mencecah sekitar ratusan ribu. Keadaan ini membuatkan David akhirnya memutuskan untk “mengunci dompetnya”.

View this post on Instagram

A post shared by Victoria Beckham (@victoriabeckham)

Titik perubahan berlaku apabila Victoria bekerjasama dengan David Bellhassen yang terkenal dengan kepintaran kewangannya. Pada mulanya, David menolak tawaran itu kerana percaya bahawa perniagaan Victoria berada dalam kedudukan yang tidak menentu. Tetapi selepas dipertimbangkan dengan teliti akhirnya Victoria dibantu.

Selepas 15 tahun kerugian, jenama Victoria Beckham akhirnya mencatatkan keuntungan pertamanya pada tahun 2003.

David Beckham Ada Hubungan Sulit? Ini Cerita Dari Victoria Beckham
david beckhamVictoria Beckham
https://lomp.at/rh2y0
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - Goyang Raya 1119 (Triple1nine)
Lokal

Kumpulan 1119 Rai Pelbagai Budaya Di Malaysia Dengan ‘Goyang Raya’

by Nurul A.
March 14, 2026

Tahun 2026 membuka tirainya dengan penuh kemeriahan. Suku pertama tahun ini menyaksikan keunikan budaya Malaysia apabila sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui rasa takut apabila dia bakal menjalani pembedahan Caesarean (C-Section) cahaya mata ketiganya. "Takut Yang...

Read moreDetails
Lokal

Anak Didie Alias Dedah Sikap Prihatin Ibu-“Dia Yang Uruskan Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Anak perempuan kepada pelakon dan pelawak, Niya Ridzuan iaitu Didie Alias mendedahkan sikap ibunya yang sangat prihatin terhadap semua pihak...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Berita

Zarina Anjoulie Pertahan Betty Rahmad Isu Dituduh Biadap Dengan Penjual Di Singapura?

by Naddy Joe
March 4, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sebelum ini menjadi bualan netizen didakwa biadap selain meninggikan suara terhadap pekerja di sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara