• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Adibah Noor, Sa.Ya & Azan Scan Anggap GV8 Seperti Keluarga Sendiri

Mereka akan menunggu dan makan bersama-sama setiap kali bertemu.

by Khai Azfar
January 13, 2022
Share on Facebook

Biarpun Gegar Vaganza 8 (GV8) berkonsepkan sebuah pertandingan, namun buat para peserta nya menyifatkan kesemua mereka seperti sebuah ahli keluarga yang besar.

Sa.Ya Bakal Rindui Keluarga Besar GV8

foto via Astro/Azrul Rafie

Perihal tersebut telah didedahkan oleh Sa.Ya yang menceritakan di sebalik tabir mengenai GV8 kali ini. Ketika ditanya apakah yang bakal dirindui, dedah kumpulan itu adalah persahabatan diantara mereka. Menurut Sa.Ya, umum tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai rutin yang tersendiri . Antaranya, mereka akan menunggu dan makan bersama-sama setiap kali bertemu.

“Kami tak pasti musim-musim sebelum ini macam mana tapi apa yang kami dapat maklumbalas ini adalah keluarga GV yang terbaik, siap duduk makan bersama-sama, tidak berpuak-puak,. Alhamdulillah. Itulah yang akan kami rindui sebab rutin itu sendiri sebagai contoh bila kami dah sampai, kami akan tunggu siapa lagi belum sampai.itulah bonding di antara kami” dedah Sa.Ya kepada Murai.my

Sedih Bila Ada Yang Tersingkir 

Hal yang sama dipersetujui oleh Adibah Noor yang menyifatkan persahabatan mereka begitu akrab tanpa sebarang perselisihan faham.

“Saya sangat bersyukur dengan peserta GV8 kerana biarpun adat pertandingan dan fokus pada lagu masing-masing tetapi disebaliknya kami seperti adik-beradik. Ini bukan cliche, anda patut lihat gelagat kami di bilik persalinan. Memang asyik bergurau senda, kecoh memang satu ukhwah seperti sebuah silaturrahim yang sangat menakjubkan. Jadi bila ada penyingkiran, kami akan sedih kerana lama-lama makin sunyi” katanya

View this post on Instagram

A post shared by Adibah Noor Mohd Omar ?? (@adibahnoormohdomar)

Azan yang secara kebetulan berada di bilik sidang media turut mencelah seraya mengiayakan apa yang dinyatakan oleh pelantun Terlalu Istimewa itu.

“Ya, saya setuju, betul itu” tambah Azan ringkas

Kesemua mereka ditemui di bilik sidang media, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad. Sekadar info, pada konsert suku akhir, Sa.Ya yang dianggotai oleh Saiful Apek dan Yassin telah diumumkan tersingkir setelah mendapat markah terendah dikalangan sembilan peserta yang tinggal.

adibah noorGegar Vaganza 2021Gegar Vaganza 8GV8sa.yasaiful apek
https://lomp.at/39d94
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  5. 5

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore