• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Geram Dengan Menteri, Lihat Pengacara Ini Temubual ‘Kerusi Kosong’

by Khai Azfar
September 30, 2020
Share on Facebook

Mencuri tumpuan dunia, pengacara di Indonesia ini telah melakukan sesuatu yang tidak diduga apabila nekad menemubual sebuah kerusi kosong yang disiarkan secara langsung di Trans7, salah sebuah stesen televisyen yang terbesar di Indonesia.

Mata Najwa Bincangkan Isu Semasa 

Disiarkan dalam Mata Najwa, program yang diacarakan oleh Najwa Shihab ini sering menjemput pelbagai tetamu termasuklah ketua daerah, petugas COVID-19 sehinggalah Presiden Indonesia sendiri. Seperti yang sedia maklum, jumlah mangsa wabak ini di Indonesia meningkat dengan begitu mendadak dan Najwa sendiri telah menumpukan maklumat mengenai mencegah wabak di Indonesia dari pelbagai sumber.

Kecewa Dengan Terawan 

Mengenai temubual ‘kerusi kosong’ tersebut, difahamkan dia telah menjemput Menteri Kesihatan Indonesia Terawan Agus Putranto bagi membincangkan perkembangan situasi COVID-19 di Indonesia namun telah ditolak. Geram dan kecewa dengan penolakan tersebut Najwa telah merancang satu episod khas berjudul “#MataNajwaMenantiTerawan” yang kemudian disiarkan di saluran YouTube Najwa Shihab pada Isnin.

“Pandemik ini belum reda dan terkawal. Oleh itu, kami menjemput Menteri Kesihatan Terawan Agus Putranto. Tentu saja tidak ada tokoh yang lebih tepat untuk berbicara kepada masyarakat, kepada kami, untuk memberi penjelasan mengenai keadaan sebenar dan sejauh mana negara menanganinya,” kata Najwa.

Kongsi Najwa, Terawan adalah individu paling hadapan dalam perang melawan COVID-19 dan dia harus menjadi tokoh yang memperjuangkan kesihatan rakyat Indonesia.

“Selagi kedudukan Menteri Kesihatan masih di tangannya, tanggungjawab tidak dapat dipisahkan dari bahunya,” tambahnya lagi.

Memandangkan Terawan dikhabarkan tidak dapat datang ke studio mereka, Najwa bertindak menemubual kerusi kosong di hadapannya seolah-olah dia sedang menemuramah Menteri Kesihatan Indonesia.

“Mengapa kamu menghilang tuan? Anda tidak selalu muncul di khalayak ramai semasa wabak ini,”

“Atau mungkin kehadiran Menteri Kesihatan di khalayak ramai tidak penting?

“Orang ramai, antara lain melalui petisyen, meminta kemurahan hati anda untuk mengundurkan diri, adakah anda bersedia untuk mengundurkan diri, tuan?” tanya Najwa.

Sebaik sahaja tular video berkenaan, ribuan komen membanjiri laman YouTube itu serta memberikan pelbagai pandangan yang tersendiri. Untuk rekod, Indonesia telah mencatat lebih 200,000 kes COVID-19 dan lebih 10,000 kematian.

YouTube video

Mata NajwaMata Najwa Terawan Agus PutrantoTerawan Agus Putranto
https://lomp.at/vxuur
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @karelsusanteo (IG)
Indonesia

Karel Susanteo Kekasih Baru Anna Jobling? Ini Jawapannya…

by Nurul A.
August 12, 2025

Aktres berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Portugis, Anna Jobling mencuri perhatian ramai apabila namanya mula dikaitkan dengan pelakon dan penyanyi Indonesia, Karel Susanteo....

Read moreDetails
Indonesia

Adegan Seks Dalam Filem! 7 Artis Indonesia Ini Berani Buktikan

by Zaidin Albert
October 18, 2017

Demi untuk menjayakan sebuah watak sebuah lebih berkesan, kadang-kadang memaksa seorang artis bertindak jauh melampaui nurani mereka. Bukan semua filem seseorang...

Read moreDetails
Indonesia

5 Artis Popular Indonesia Pilih Jadi Murtad Demi Cinta

by Phic ARMAN
June 15, 2017

Selepas kematian pelakon veteran popular Yana Zein, ramai yang keliru dengan isu tukar agama di Indonesia. Namun ini bukan perkara...

Read moreDetails
Indonesia

Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

by Aphit J.
May 11, 2025

Pada minggu ini, media sosial hangat memperbincangkan perkahwinan pasangan selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya dan Maxime Bouttier. Majlis yang berlangsung...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore