• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Angkat Martabat Lagu P Ramlee & Saloma, TVS Lancar Program Getaran Jiwa

by Arsiqin Yusof
October 5, 2022
Share on Facebook

Bertemakan ‘Irama Mengimbau Kenangan’, TVS dengan sokongan Kerajaan Sarawak melancarkan program realiti hiburan, Getaran Jiwa dalam sebuah sidang media yang dihadiri Murai MY di ibu negara, semalam.

Diinspirasikan oleh karya Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dan Puan Sri Saloma, program 8 episod ini akan menemui penonton di saluran 122 di Astro dan MYTV mulai 21 Oktober 2022 (Jumaat).

Bersiaran setiap Jumaat, jadual mingguan program ini akan dimulai dengan tayangan kapsul ‘Debaran Jiwa’ pada pukul 7.30 malam hingga 8.00 malam, diikuti siaran langsung ‘Getaran Jiwa’ pada 8.45 malam hingga 10.15 malam.

Hadiah RM60,000

Menampilkan 40 peserta melalui pencarian bakat baru dari seluruh negara, konsep dan format program ini merupakan idea bersama TVS dan Morningstar Entertainment diwakili Adlan Shaharir sebagai Penasihat Kandungan Kreatif.

Bakal bersaing hebat untuk merebut hadiah terkumpul sebanyak RM60,000, persembahan peserta akan
dinilai melalui sistem pemarkahan ‘Jiwa Meter’ yang terbahagi kepada 70% oleh barisan juri profesional
diketuai oleh Dato’ Nash dan 30% oleh juri awam yang mengundi di atas talian.

Hadir daripada TVS semasa sidang media tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Rizal Zulkapli, Pengurus
Saluran, Aizal Ibrahim dan Penerbit Penyelaras, Yume Suryani. Turut bersama meraikan pelancaran program
tersebut adalah Dato’ Nash selaku Ketua Juri, Noraniza Idris, Fauziah Latiff, Liza Hanim, Ayai Ilusi dan Fauzi
Marzuki sebagai barisan juri jemputan dan Rody Kristal selaku Pengarah Muzik Getaran Jiwa.

“Untuk membawakan kelainan dan nafas baharu, susunan muzik karya-karya evergreen Tan Sri P Ramlee
dan Puan Sri Saloma bakal kami olah supaya menjadi lebih kontemporari. Insya-Allah, bakat-bakat baru yang
kami ketengahkan dan persembahan yang bakal kami sajikan akan mencuit hati para penonton,” ujar Adlan
di dalam majlis tersebut.

“Tanpa lari daripada intipati asal lagu kedua-dua legenda tanah air tersebut, para peserta diberikan peluang
menggunakan kreativiti mereka untuk mengangkat martabat lagu yang sedia ada. Dengan barisan peserta
dari seluruh Malaysia daripada latar belakang yang pelbagai, kami juga tidak sabar menunggu kejutan
daripada bakat-bakat ini,” tambah Yume pula.

Turut berucap semasa majlis tersebut, Rizal mendedahkan bahawa Getaran Jiwa merupakan rancangan
hiburan ketiga terbitan TVS untuk tahun 2022 selepas program TVS Live dan Pemerindang Borneo.

“Proses untuk membawakan Getaran Jiwa ke kaca TV lebih 9 juta penonton TVS bukanlah hal yang mudah.
Namun, dengan sokongan kerajaan negeri Sarawak, kegigihan tenaga kerja TVS dan creative team di
Morningstar membolehkan kami menyiarkan program ini LIVE dari Sarawak kepada penonton di seluruh
Malaysia tidak lama lagi,” ujarnya lanjut.

Mengakhiri ucapannya, Rizal mengajak jemputan di majlis tersebut dan orang ramai untuk bersama-sama
menyokong dan menonton program realiti Getaran Jiwa.

Misteri Kisah Percintaan P. Ramlee & Norizan, Tak Sangka Ada Hasrat Yang Tak Kesampaian

Diacarakan Sissy Imann & Jiggy Masin

Dimeriahkan oleh Jiggy Masin dan Sissy Iman selaku hos sidang media dan juga pengacara Getaran Jiwa,
sidang media tersebut turut memperkenalkan barisan peserta program dan hos kapsul ‘Debaran Jiwa’, Fattah
Bolhanuddin dan Siti Zawawi.

View this post on Instagram

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

Jangan lupa saksikan Getaran Jiwa yang bakal mewarnai kaca TV anda pada pukul 8.45 malam, setiap
Jumaat bermula 21 Oktober 2022. Hanya di TVS, saluran 122 di Astro dan MYTV. Ikuti laman media sosial
Getaran Jiwa (https://linktr.ee/getaranjiwa ) untuk maklumat lanjut.

Getaran Jiwap.ramleeSaloma
https://lomp.at/x946g
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
VIA X @PerlisPermai
LifeXplore

Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Bukit Chabang Mari merupakan salah satu tarikan pelancongan yang semakin mendapat perhatian di Perlis, terutamanya bagi mereka yang sukakan suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  5. 5

    Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore