Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Gigi Hadid Bercakap Soal Pilihan Agama Untuk Anak Perempuannya

by Naddy Joe
February 6, 2021
Share on Facebook

Seperti yang diketahui Gigi Hadid yang merupakan seorang model terkenal kini menjadi ibu kepada bayi perempuannya yang diberi nama Khai, hasil perkongsian bersama teman lelakinya merupakan bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik.

Dipetik dari laman Vogue, Gigi Hadid memberikan pendapatnya mengenai agama yang akan diterapkan pada anak perempuannya. Hal ini kerana Gigi Hadid dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai dua agama berbeza. Ingin tahu dengan lebih lanjut? Stay tune guys!

Mahu Anaknya Dibesarkan Dalam Kepelbagaian Budaya Dan Agama

Menurut Vogue, Gigi Hadid menyatakan bahawa beliau mahu membesarkan anak perempuannya, Khai sekeliling pelbagai jenis budaya, agama, dan kerohanian.

“Saya rasa seperti saya dibenarkan untuk belajar tentang setiap agama sewaktu saya masih kecil. Saya rasa ada baiknya mengambil pelbagai agama yang anda hubungkan, dan saya rasa itulah cara bagaimana kami akan melakukannya.”- Kata Gigi Hadid Kepada Vogue

“Saya rasa memberi peluang kepada anak anda untuk meneroka minat yang berbeza adalah suatu perkara indah.”- Gigi Hadid

Bersedia Menghadapi Islamophobia

Gigi Hadid juga ingin memastikan Khai, hasil perkongsian beliau dengan teman lelakinya Zayn Malik untuk bersedia menghadapi Islamophobia, yang mana merupakan perkara yang harus dihadapi oleh model dan adiknya Anwar Hadid sewaktu zaman kanak-kanak mereka.

“Adik saya, sewaktu beliau masih sekolah rendah, seseorang telah datang kepadanya dan mengatakan, ‘Ayah kamu seorang pengganas’, kerana ia terjadi selepas serangan 9/11.”- Gigi Hadid

Mahukan Anaknya Memahami Sepenuhnya Mengenai Latar Belakang Mereka

Gigi Hadid menyatakan bahawa beliau dan Zayn Malik sama-sama mahukan anak perempuan mereka memahami sepenuhnya mengenai latar belakang beliau.

“Sekiranya seseorang mengatakan sesuatu padanya di seklah, kami ingin memberinya pemahaman mengapa kanak-kanak lain mahu melakukan begitu dan daripada mana asal mereka.”- Gigi Hadid

Model berusia 25 tahun ini dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai dua agama. Ayahnya, Mohamed Hadid beragama Islam dan ibunya, Yolanda Hadid beragama Kristian. Hal ini menjadikan beliau tidak asing lagi untuk berada dalam pelbagai budaya sekaligus.

https://lomp.at/e0y8g
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
Spotlight

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan...

Read moreDetails
Foto - @amir.ahnaff (IG)
Lokal

[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib

by Nurul A.
March 13, 2026

Nama pelakon Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai selepas video pendeknya yang berkongsi ciri-ciri wanita idaman telah tular di media sosial....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara