• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Gigih Berlatih Belajar Bercakap Bahasa Melayu, Leona Kini Dilamar Untuk Menjadi Pelakon Dalam Sebuah Drama

by Puteri Alia
July 1, 2024
Share on Facebook

Selepas menyerlah sebagai pempengaruh sensasi, bakat lakonan Kasih Iris Leona kini diintai oleh syarikat produksi terkemuka, Zeel Production, yang berminat melamarnya untuk menjayakan sebuah drama bersiri.

Berita baik ini dikongsikan oleh bapanya, pelakon veteran Azhar Sulaiman, yang mendedahkan bahawa beliau menemani anak bongsunya bertemu dengan pengarah dan penerbit, Fadzil Teh atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel.

Azhar berkongsi melalui sebuah video di Instagramnya mengenai pertemuan tersebut yang diadakan untuk membincangkan projek drama bersiri yang bakal disiarkan di TV3.

Dalam video tersebut, Leona, 22, kelihatan tekun mendengar perbincangan antara ayahnya dengan orang kuat Zeel Production itu.

Sebelum ini, Azhar pernah memberi bayangan mengenai keinginan anak gadisnya untuk mencabar diri dalam dunia lakonan.

Namun, kekurangannya dalam berbahasa Malaysia dan slanga Inggeris yang pekat membuatkan Azhar, 52, memintanya menangguhkan hasrat tersebut buat sementara waktu.

Walau bagaimanapun, Azhar meletakkan syarat bahawa jika ada yang sanggup melatih anaknya dalam berbahasa Melayu, beliau dan isterinya, Chempaka Emalin, akan memberi lampu hijau kepada Leona untuk menceburi bidang lakonan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut teruja dengan perkembangan terbaru ini dan yakin bahawa Leona berpotensi untuk pergi jauh dalam bidang lakonan.

Tidak kurang juga yang berharap agar Azhar dan anaknya itu dapat bergandingan dalam sebuah naskhah yang sama.

Difahamkan, Leona kini masih menghabiskan cuti pengajiannya di London selepas kali terakhir pulang ke Malaysia pada September tahun lalu.

Penglibatannya dalam dunia lakonan pastinya dinanti-nantikan oleh para peminat yang ingin melihat sejauh mana bakat dan karisma yang dimiliki oleh bintang muda ini.

[VIDEO] Leona Raih Perhatian Berjoget Dalam Kereta Sambil Layan Muzik ‘Jedag Jedug’
azhar sulaimanKasih LeonaLeonaZeel Production
https://lomp.at/texg9
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @nubhan.ahamad (IG)
Lokal

“Ada Sebab Kenapa Tak Maklumkan Sebelum Pindah Barang”- Peguam Nubhan

by Nurul A.
December 30, 2025

Kemelut pasca perceraian antara penyanyi Ahmad Nubhan dan Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau mesra disapa sebagai Dr. Fie terus...

Read moreDetails
Foto - @lufyalaana (IG)
Lokal

“Jangan Pukul Rata Kesalahan Jenayah Orang Lain Terhadap Kami”- Lufya Omar

by Nurul A.
January 29, 2026

Hantaran Instagram Lufya Omar mencuri perhatian apabila pelakon itu meluahkan rasa kecewanya selepas menerima pelbagai komen yang mendakwa kumpulan usrahnya...

Read moreDetails
Lokal

Ika Nabella Pernah Diajak ‘Dating’ Dengan Produser Untuk Dapat Watak Heroin Drama

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Ika Nabella turut mendedahkan sisi gelap industri seni sepanjang dirinya bergelar pelakon selepas tular hantaran Adriana Adnan yang pernah...

Read moreDetails
Lokal

Mimie Haris Umum Telah Bercerai-“Untuk Elak Fitnah & Salah Faham…”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris memberi makluman mengenai dirinya yang telah berpisah dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin setelah...

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Pasang Impian Mahu Duet Dengan Siti Nurhaliza-“Kita Ini Insan Yang Kerdil…”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasratnya untuk berduet dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Luah Impian...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  4. 4

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore