• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[GIVEAWAY] Filem Seram Indonesia Yang Ditunggu-tunggu! Jom Menang Tiket Tayangan Khas Filem PERJANJIAN GHAIB

by Phic ARMAN
April 19, 2023
Share on Facebook

Filem PERJANJIAN GHAIB merupakan filem seram Indonesia yang akan ditayangkan pada 27 April 2023 di seluruh pawagam Malaysia. Filem ini diarahkan oleh Hadrah Daeng Ratu, yang juga pernah menjadi pengarah kepada filem seram berjudul AKU TAHU KAPAN KAMU MATI.

Filem yang diterbitkan oleh Maxima Pictures, Cakra Film Indonesia, dan Sinergi Pictures ini dibintangi oleh aktor dan pelakon berbakat. Barisan pemain berbakat, termasuk Della Dartyan, Dennis Adhiswara, dan Ayu Laksmi. Ketiga-tiga mereka adalah pelakon utama dalam filem ini. Selain itu, terdapat nama lain, seperti Kinaryosih, McDanny, Andy Rif, dan pelakon sokongan yang lain.

Lakon layar untuk filem ini ditulis oleh Lele Laila, seorang penulis yang juga pernah menulis filem seram Indonesia, seperti sekuel DANUR, QORIN, dan KKN DESA PENARI.

Tertarik dengan sinopsis dan konsep cerita filem PERJAJIAN GHAIB? Ayuh, lihat lebih lanjut di bawah.

Sinopsis Ringkas

Mengisahkan sepasang suami isteri, Andri (Dennis Adhiswara) dan Wati (Della Dartyan) yang ingin keluar dari kemiskinan dengan segera. Sehinggalah suatu hari mereka mencari kerja kosong yang menawarkan gaji yang besar. Pekerjaan itu memerlukan mereka menjaga seorang nenek tua yang tinggal bersendirian di sebuah rumah.

Nenek tua itu bernama Nenek Dasa. Nenek Dasa (Ayu Laksmi) tidak mempunyai saudara terdekat, jadi hanya Andri dan Wati yang akan menjaganya. Pada suatu hari, Nenek Dasa meninggal dunia secara mengejut.

Mengetahui perkara ini, Andri dan Wati malah mengambil kesempatan atas kematian Nenek Dasa untuk merampas hartanya. Mereka melakukan senario itu seolah-olah Nenek Dasa masih hidup. Tanpa mereka sedari, perlahan-lahan akibat buruk datang kepada mereka. Sambungannya anda kena tonton sendiri laha ya!

Nak Jadi Penonton Yang Terawal?

Kalau anda tak sabar untuk menonton filem PERJANJIAN GHAIB, ini peluang anda untuk menjadi penonton pertama bersama GENG MOVIE MURAI. Sebuah tayangan eksklusif bakal berlangsung pada 26 April 2023 di GSC Tropicana Garden Mall pada jam 8.30 malam. Jadi kami berbesar hati untuk menghadiahkan anda sepasang tiket kepada pembaca setia MURAI MY.

MURAI MY mahu mengajak 50 orang pembaca setia untuk menonton filem yang padat dengan babak yang seram ini.

Bagaimana untuk menang? Jawab soalan berikut: “Sebut 2 nama pelakon utama filem PERJANJIAN GHAIB”

Terma & Syarat:

  1. Ikuti Facebook MURAI Malaysia, ikuti kami di Instagram @muraimalaysia dan TikTok @gengmulutmurai.
  2. Kongsi peraduan ini di sosial anda dan tag rakan anda. Tingkatkan peluang anda dengan membuat mereka menyukai dan berkongsi siaran media sosial anda.
  3. Jawab soalan pada siaran peraduan Facebook kami. Pastikan privasi siaran anda ditetapkan kepada umum jika tidak, kami tidak akan dapat melihatnya!
  4. Tidak akan ada siaran pengumuman pemenang kerana pemenang akan dihubungi secara peribadi melalui Facebook pada pertengahan 25 April 2023.

Sementara itu, jom tonton trailer filem PERJANJIAN GHAIB,

YouTube video

Apa-apapun, kami mengucapkan terima kasih kepada GSC Movies dan pembaca MURAI MY yang sentiasa memberikan sokongan. Jom ramai-ramai sertai peraduan ini dan jumpa di sana nanti.

giveawayPerjanjian Ghaib
https://lomp.at/chrwg
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  2. 2

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  3. 3

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  4. 4

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  5. 5

    RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore