Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Refresh Page Sampai Bini Dah Bersalin? Peminat MCR Kecewa

by Phic ARMAN
July 11, 2025
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Pagi tadi sepatutnya jadi pagi yang gembira untuk peminat tegar My Chemical Romance (MCR). Yalah, dah lama tunggu mereka kembali ke Malaysia sejak 2007. Tapi malangnya, yang kita dapat bukan tiket… tapi sakit hati!

Seawal jam 10.30 pagi, sebelum jualan pun bermula, laman web dan aplikasi penganjur, GoLive Asia dan Hello Universe Malaysia sudah mula buat hal. Ramai yang terkandas pada skrin error lebih sejam, siap ada yang tunggu sambil marah-marah dalam komen Instagram.

Ada yang kelakar juga; siap sindir, “Server ni guna dua ekor hamster je ke?” dan ada yang kata, “Ingatkan MCR, rupanya System of a Down”, pedas tapi kena sangat dengan situasi.

Ramai yang ponteng kerja, ambil cuti semata-mata nak rebut tiket, tapi akhirnya cuma dapat penat. Ada juga yang bandingkan dengan pengalaman beli tiket Coldplay tahun lepas, katanya ini lagi teruk. Ramai cadangkan supaya jualan ditangguhkan dulu sampai masalah selesai, ada juga yang rasa jualan patut buka untuk pembeli Malaysia je, sebab trafik yang datang dari merata ni buat sistem pun terkejut.

View this post on Instagram

A post shared by GoLive Asia (@goliveasia_)

Sekitar jam 11.30 pagi, barulah pihak penganjur keluarkan kenyataan suruh semua “refresh je setiap dua minit” dan clear cache. Masa ni lah keluar satu komen paling win pagi tu:

“My wife was in the delivery room 2 hours ago. I keep refreshing until my daughter is born…”

Bayangkan… sampai anak lahir pun si ayah masih setia ikut arahan penganjur untuk tekan refresh!

Lebih kurang pukul 11.30 pagi barulah GoLive muncul dengan kenyataan minta semua “refresh je setiap dua minit” dan jangan lupa clear cache. Macam main game pula. Nasib baiklah sekitar pukul 12 tengah hari sistem mula stabil, dan ramai akhirnya berjaya beli tiket menjelang 12.30 tengah hari.

Apa pun, jelas hari ni memang uji tahap kesabaran peminat. Ramai dah mula suruh penganjur upgrade server kalau nak handle konsert besar-besar macam ni. Kalau tak, asyik jadi mimpi ngeri je tiap kali beli tiket.

View this post on Instagram

A post shared by GoLive Asia (@goliveasia_)

MCR dijadual buat persembahan juga di Thailand, Filipina, Singapura, dan akan tutup tour mereka di Jakarta. Malaysia? Kita yang paling setia, paling marah… dan akhirnya paling lega bila tiket dah dapat juga.

"Malaysia, Are You Okay?"- Papan Iklan Misteri Cetus Kecoh, Peminat My Chemical Romance Desak Jawapan
GoLiveMCRmy chemical romance
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem