Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Gurauan Sesama Rakan, Meerqeen Nafi Ke Hollywood- “Mana Ada Saya Cakap Nak Pergi…”

by Nurul A.
November 21, 2025
Foto - @meerqeen (IG)

Foto - @meerqeen (IG)

11
KONGSIAN
Share on Facebook

Dikhabarkan bakal membintangi sebuah projek di Hollywood, pelakon Meerqeen tampil menafikan dakwaan tersebut. Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam mendedahkan bahawa khabar angin tersebut adalah salah faham dan gurauan sesama rakan.

Untuk pengetahuan semua, perbualannya dengan penyampai radio ERA iaitu Fazziq Muqris telah disalah ertikan sehinggakan menimbulkan kekeliruan di kalangan peminat.

“Mana ada saya nak pergi Hollywood, siapa cakap? Yang hubungi saya itu Fazziq dan itu hanyalah gurauan. Tapi kalau ada rezeki, sudah pasti saya akan pergi. Untuk masa sekarang itu hanyalah gurauan.”

View this post on Instagram

Walau bagaimanapun, Meerqeen memberitahu jika ada tawaran di Hollywood, dia tidak akan menolak kerana itu adalah impian setiap pelakon.

“Itu impian semua pelakon, kalau ada, InshaAllah. Tak kisahlah di Malaysia atau seluruh dunia, Hollywood memang dianggap destinasi terakhir untuk karier seorang artis.”

View this post on Instagram

Memetik kenyataan Meerqeen di Berita Harian, pelakon itu menjawab spekulasi menjauhkan diri daripada media sosial sejak kebelakangan ini. Jelasnya, tindakan itu bukanlah kerana mendapat tawaran daripada Hollywood tetapi langkah persiapan untuk projek filem terbaharunya.

“Saya diam dan kurang berkongsi di media sosial bukan sebab mahu menjauhkan diri. Saya cuma nak orang nampak perubahan diri saya sewaktu memainkan watak. Saya nak bagi kejutan untuk peminat.”

Sekadar rekod, Meerqeen sebelum ini telah mencetuskan kekecohan di kalangan peminat apabila dia memberitahu bahawa media sosialnya bakal dikendalikan oleh pihak pengurusan.

View this post on Instagram

Selain itu, Meerqeen bakal muncul sebagai salah seorang pelakon utama dalam filem ‘Klepet’ yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 November 2025. Filem ‘Klepet’ turut dibintangi Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, Aeril Zafril, Joey Daud dan Eric Fauzi.

Fazziq ERA Kejutkan Peminat, Selamat Bernikah Pagi Ini!
Fazziq MuqrisHollywoodMeerqeen
https://lomp.at/s10to
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa sebak melihat rata-rata rakyat Malaysia yang berkongsi momen indah bersama keluarga...

Read moreDetails
Lokal

Mas Khan Bersyukur Dapat Miliki Rumah Baharu-“Bismillah Untuk Perjalanan Baru Kami…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur dapat memiliki kediaman yang menjadi baharu yang bakal didiaminya bersama isteri, Anastasha Diana. Mas...

Read moreDetails
Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Foto - @amirulhakim_mustapha (Threads)
Lokal

[VIDEO] Mawi AF Dedah Pernah Terima Pakaian Dalam Berlendir Dari Peminat Fanatik

by Nurul A.
March 16, 2026

Selepas sebelas tahun, penyanyi Mawi berkongsi satu pengalaman pelik  yang telah mengejutkan orang ramai. Pengalaman itu dialaminya sendiri selepas menjuarai...

Read moreDetails
Lokal

‘Allah Belum Bagi Rezeki Untuk Aisha Dapat Adik Baby..”-Fasha Sandha

by Naddy Joe
February 16, 2026

Perkongsian pelakon, Fasha Sandha mendapat reaksi netizen selepas seolah-olah memberikan bayangan mengenai dirinya yang masih belum diberi rezeki untuk menimang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara