• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Hafidz Roshdi Tuduh Isterinya Sengaja Gugurkan Anak Kerana Mahu Bercerai, Shuhada Kecewa Difitnah ‘Membunuh’

by Puteri Alia
May 9, 2023
Share on Facebook

Kematian janin dalam kandungan atau ‘lahir mati’ adalah mimpi sedih yang sukar untuk dihadapi.

Bayangkan segala impian dan kegembiraan untuk menimang cahaya mata dan mendengar tawa tangis si manja hilang dalam sekelip mata.

Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya terutama bagi wanita yang bergelar ibu.

Meskipun sukar untuk diterima, sedih dan terasa kehilangan namun bukan kuasa kita bila mana Allah takdirkan bayi yang dikandung itu pergi sebelum sempat melihat dunia.

Pastinya ada hikmat yang dijanjikan sebaliknya usah saling menuding jari mencari penyebab atau asbab yang membolehkan pasangan berkenaan bergaduh atau bertelingkah.

Ini kerana kebanyakkan yang dapat kita lihat apabila, isu ini terjadi kebanyakkannya mula menuding jari menuduh kepada sang ibu.

Berbahas soal ini, baru-baru ini isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada meluahkan perasaan kecewa apabila difitnah suami sendiri kononnya sengaja menggugurkan kandungan demi meneruskan fasa hidup baharu selepas bercerai.

Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri bertegas, tidak pernah berniat untuk menggugurkan kandungan sebaliknya kejadian tersebut berlaku di luar kehendaknya.

“Semua sudah maklum bahawa saya mengalami keguguran bukan sebaliknya seperti yang difitnah Hafidz.

“Sekarang kes ini dalam siasatan pihak berkuasa dan belum memberi sebarang kenyataan kepada pihak polis. Selepas pulang ke Perlis hari ini baru saya akan memberi kenyataan di Balai Polis Kangar,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Memetik laporan berita, Shuhada memaklumkan dua anaknya iaitu Humairah dan Umar juga sudah memberi nama kepada adik mereka iaitu Uwais.

“Kenapa Shu (saya) nak gugurkan, Shu yang mengandung, di dalam rahim Shu.

“Malah, anak-anak pun sudah bagi nama kepada bayi itu iaitu Uwais,” ujarnya menangkis kenyataan Hafidz.

Hafidz dalam pendedahannya kepada media mendakwa, ada dihubungi Shuhada memaklumkan hasrat mahu menggugurkan kandungan dan meminta kos pengguguran ditanggung sepenuhnya.

“Dia ada hubungi saya menerusi aplikasi WhatsApp dan memaklumkan tentang kehamilan dan ingin gugurkan kandungan.

“Dia ada maklumkan nak fokus dengan hidup baharu,’ kata Hafidz yang turut membuat dua laporan polis berhubung perbuatan Shuhada.

Semalam, Shuhada mengesahkan mengalami keguguran pada usia kandungannya 14 minggu iaitu pada hari raya keduq, 23 April lalu.

Reda dengan ketentuan Tuhan, Shuhada, 29, bagaimanapun menolak dakwaan menggugurkan kandungan tersebut kerana ingin bercerai dengan suami.

“Ya, saya alami keguguran ketika menunaikan solat subuh selepas mengalami pendarahan.

“Selepas mendapat nasihat daripada ahli keluarga saya dan peguam, saya berkongsi semua ini bagi menepis dakwaan melakukan pengguguran secara haram,” ujarnya.

Menurut laporan, 9 Mei merupakan sebutan pengesahan lafaz cerai antara Hafidz dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Bagaimanapun, sebutan pengesahan lafaz cerai tersebut ditangguh pada 20 Jun depan.

hafidz roshdinurul shuhada mat shukri
https://lomp.at/8xcr2
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  4. 4

    Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

  5. 5

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore