Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Haliza Maysuri Tempah Set Kain Kafan Jenama Rizalman Ibrahim, Cetus Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 2, 2026
109
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan terkenal yang juga pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri sentiasa menjadi bualan netizen di media sosial kerana sering menempah dan menggayakan busana mahal bernilai ratusan ribu ringgit. Kali ini, dia tampil dengan kelainan apabila membeli set kelengkapan jenazah daripada pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim.

Kongsi Puan Haliza di media sosial, biarpun pakaiannya di dunia berjenama, di akhirat juga haruslah yang terbaik dan berjenama agar seimbang di dunia dan akhirat.

“Selalu saya tempah busana dunia harga ratusan ribu, selalu dikecam. Mati nanti pakai kain kapan je.

Hari ini, saya tempah pakaian alam kubur. Jenama Rizalman Ibrahim. Pakaian dunia saya berjenama. Akhirat pun kenalah yang terbaik, dan berjenama. Barulah seimbang dunia dan akhirat.”-tulis Haliza Maysuri di media sosial

View this post on Instagram

Tambahnya lagi, usahawan ini turut mempersoalkan sikap netizen yang terlalu sibuk mengira dosa orang lain.

“Yang sibuk mengira dosa orang, dah tempah ke kain kapan untuk bawa mati?.”-soal Haliza lagi

Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Di ruangan komen, sesetengah netizen bersetuju dengan tindakan Haliza yang dianggap membuat persediaan untuk menghadapi kematian, malah ada yang sempat ‘menyindir’ adakah kain kapannya akan ditatahkan batu berlian Swarovski.

“Memang kena sediakan ni kat rumah. Mak kita suruh simpan 2 helai kain batik lepas ni. Bagus sebab lengkap.”

“Ada tampal batu Swarovski tak.”

“Ya Allah sedih juga ni Liza ya Allah. Tapi hakikatnya kita semua berpulang kepada Pencipta-Nya, semoga kita semua Husnul Khatimah.”

“Dunia semakin maju, pemikiran pun harus ke depan, semoga apa yang dilalukan menjadi terbaik buat diri.”

“Baguslah puan dah siap-siap kain kapan untuk meninggal, tapi rezeki Puan untuk pakai kain kapan yang ditempah atau tidak hanya Allah yang tentukan. Kalau rezeki Puan meninggal di Tanah Suci, saya yakin Puan mahu disemadi di sana.”

Apa komen anda?

[VIDEO] Haliza Maysuri Beri 'Hint' Bakal Saman Individu Yang Lempar Fitnah?-"Saya Takkan Beri Muka..."
Haliza Maysuri
https://lomp.at/4oesc
Share44Tweet27SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Che Ta Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahirnya Yang Ke-53-“Forever Young Laa Hampaa”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik hantaran...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Lokal

Siti Nurhaliza & Oddah Buat Trend ‘Scuba Dance’ Di TikTok, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
April 2, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada pelawak dan pengacara terkenal, Sharifah Shahirah iaitu Oddah mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video di...

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara