• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Hampir Sertai Jihad Bantuan Ke Palestin, Neelofa Bangga Dunia Luar Mula Buka Mata Dan Kecam Kekejaman Yahudi Laknatullah

by Puteri Alia
October 23, 2023
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa ada segelintir individu berpandangan, kita tidak boleh mengutuk negara Israel sedemikian rupa kerana Israel merupakan gelaran kepada Nabi Yaakub AS.

Bagaimanapun, menurut Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Syed, tiada masalah jika kita menulis ayat ‘Israel koyak’ dan sebagainya kerana nama Israel sudah diterima oleh semua dan diketahui bahawa ia dinisbahkan secara khusus untuk negara dan manusia kafir yang beragama Yahudi.

“Walaupun asal nama Israel adalah nama lain bagi Nabi Yaakub AS, namun kutukan itu tidaklah diniatkan atau ditujukan kepada baginda, bahkan kepada yang berkenaan sahaja,” katanya sebagaimana yang dikongsikan menerusi Instagram miliknya baru-baru ini”

Berbahas soal ini, baru-baru ini selebriti popular, Noor Neelofa juga ada mendedahkan, dia dan suami, penceramah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail, hampir menyertai misi kemanusiaan di Gaza, Palestin bagi menghulurkan bantuan sumbangan kepada rakyat yang terjejas di negara bergolak tersebut sekitar dua tahun lalu.

Memetik sebuah laporan berita, Neelofa memaklumkan bahawa hasrat murni tersebut bagaimanapun terpaksa ditangguhkan memandangkan keadaan keselamatan di daerah tersebut yang tidak menyakinkan.

“Sepatutnya, saya dan Haris hampir sahaja ke Gaza pada dua tahun lepas demi menyertai misi kemanusiaan. Waktu yang sama di mana selebriti media sosial, Caprice dan Ustaz Ebit Lew diberitakan turut menyertai misi kemanusiaan di sana.

“Bagaimanapun, perancangan itu terpaksa ditangguhkan kerana kami dimaklumkan berlaku gencatan senjata di daerah Gaza ketika itu. Jadi, saya dan Haris akur dengan keadaan yang tidak mengizinkan,”katanya.

Jelas Neelofa, meskipun tidak menyertai misi tersebut, dia dan suami masih meneruskan bantuan sumbangan kepada saudara Islam di Palestin dari semasa ke semasa terutama apabila mengenang nasib malang yang menimpa anak-anak kecil di sana.

“Lagi-lagi saya dan Haris kini sudah mempunyai dua anak lelaki yang masih kecil. Jadi, mengenangkan kezaliman yang berlaku terhadap anak-anak kecil di sana, hati kami menjadi sangat terkesan berbanding sewaktu kami belum mempunyai anak.

“Keadaan itu jadi berbeza kini. Mental dan emosi saya sebagai ibu khususnya, menjadi semakin dekat dengan anak-anak kecil yang dizalimi tentera zionis di sana.

“Justeru, dari semasa ke semasa, ada sumbangan yang kami hulurkan sebagai bantuan buat mereka di sana,. Tetapi, pada kebanyakan waktu, kami memilih untuk tidak mencanangkannya kepada umum,”katanya.

Dalam pada itu, Neelofa melihat gelombang kesedaran tentang penindasan rakyat Palestin oleh penduduk seluruh dunia juga memberi petanda positif termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

Anak Baru 3 Tahun Hafal Doa, Neelofa Akui Termalu Dan Terpanggil Perbaiki Diri

Katanya, ini kerana keadaan itu berbeza dengan sebelum ini di mana ramai tidak cakna atau prihatin dengan nasib rakyat di negara tersebut.

“Sebelum terjadi gelombang baharu ini, kita dapat tengok, ada yang ambil tahu, ada yang faham, ada yang tak faham dan tak peduli pun. Tetapi sekarang, semakin ramai yang ambil tahu dan faham dengan apa yang terjadi.

“Semakin ramai yang mula berani bersuara atas dasar kemanusiaan dan itu tidak cuma daripada umat Islam, tetapi juga mereka yang bukan beragama Islam.

“Saya benar-benar berharap, semangat dan solidariti terhadap rakyat Palestin ini bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Kita kena teruskan bantuan dan peduli dengan nasib saudara Islam di sana,”katanya.

neelofaPU Riz
https://lomp.at/rp5o4
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Jebat Jayden “Bantai” Ayah Sendiri? Aksi Tinju Anak Sharnaaz Ahmad Curi Tumpuan Jojo!

by Aphit J.
October 12, 2025

Satu perkongsian video oleh pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad, telah mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik momen istimewa sesi latihan...

Read more
Lokal

Nubhan Gelar Isteri ‘Amber Heard’, Netizen Dakwa Sindir Isteri Susulan Kemelut Rumah Tangga

“Amber Heard.” Hanya dua perkataan, namun cukup untuk mencetuskan gelombang tanda tanya besar di media sosial selepas penyanyi Nubhan memuat...

Read more
by Puteri Alia
November 7, 2025
Lokal

Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi! – “Bukan Budaya Saya Nak Unfollow”

Fasha Sandha Unfollow Fazura? Netizen Terus Speku! Baru-baru ini, nama pelakon terkenal Fasha Sandha jadi perbualan hangat di media sosial...

Read more
by Aphit J.
October 19, 2025
Lokal

Ina Naim Sindir Isu Peti Ais – “Sampai Dah Mati Laki Aku, Orang Masih Tanya”

“Rumah saya sekarang sudah ada peti ais dan kelengkapan lain.” Itu jawapan selebriti dan peserta Talk To My Manager, Ina...

Read more
by Puteri Alia
September 30, 2025
Lokal

“Ayden Tak Nak Kahwin Sebab Nak Jaga Mummy” – Bella Astillah Rasa Bersalah Besarkan Anak Seorang Diri Pada Usia 31 Tahun

Menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31, pelakon dan penyanyi Bella Astillah menzahirkan rasa syukur serta harapan agar dua permata hatinya,...

Read more
by Puteri Alia
November 4, 2025
Foto - @harizhamdann (IG)
Lokal

[VIDEO] “Of Course Ada Ciri-Ciri Wanita Idaman Saya”- Hariz Hamdan

Sering kali dikaitkan antara satu sama lain kerana chemistry mereka menerusi sebuah drama, aktor Hariz Hamdan tampil menjelaskan hubungan sebenarnya...

Read more
by Nurul A.
December 18, 2025
Lokal

“Insya-Allah Saya Akan Menjadi Seseorang Yang Sentiasa Diinginkan” – Luahan Dr Fie Buat Ramai Tersentuh

Luahan penuh emosi isteri kepada penyanyi terkenal, Ahmad Nubhan Ahamad, iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih mesra disapa...

Read more
by Puteri Alia
November 12, 2025
Foto - @amitabhbachchan (IG)
Bollywood

Amitabh Bachchan Pernah Rasa Terancam Dengan Populariti Govinda?

Amitabh Bachchan, yang turut dikenali dengan gelaran Big B, pernah menghadapi kemunduran kerjayanya pada pertengahan tahun 1990-an apabila dia berhenti...

Read more
by Nurul A.
November 14, 2025
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Dapat Kereta Porsche, Curi Perhatian Netizen!

Perkongsian pasangan usahawan kosmetik terkenal, iaitu Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida mencuri perhatian netizen selepas memberikan kejutan...

Read more
by Naddy Joe
October 9, 2025
Lokal

Sharifah Sakinah Dedah Amal Tutup Lubang Jamban Waktu Maghrib Elak Gangguan Makhluk Halus

Pelakon dan personaliti terkenal, Sharifah Sakinah, tampil mendedahkan amalan yang diamalkannya bagi menjauhkan diri daripada gangguan penyakit ain dan unsur...

Read more
by Puteri Alia
October 13, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  3. 3

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  4. 4

    Akrab Sejak Sekolah, Ini Kronologi Putus Sahabat 2 Primadona Malaysia Erra Fazira & Umie Aida

  5. 5

    Tiga Beranak Slay Bawa Lagu ‘What’s Going On’, Di Putrajaya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore