• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Hampir Setiap Hari Terima Mesej Ajak Kahwin, Adam Shahz Tak Sangka Dirinya Jadi Duda Terlaris

by Puteri Alia
October 6, 2023
Share on Facebook

Pelakon Adam Shahz, mendedahkan hampir setiap hari dia menerima mesej di Instagram daripada wanita tidak dikenali yang mahu berkenalan dan mengajak dia berkahwin selepas mendakwa bertemu di dalam mimpi.

Adam atau nama sebenarnya, Nor Shah Azli Abdol Ghani berkata, dia yang sudah lebih lima tahun menduda bagaimanapun belum terfikir berkahwin baharu kerana mahu memberi fokus kepada ibunya, Rokiah Leman, 62, yang kurang sihat di kampung.

“Saya tidaklah serik untuk berkahwin lagi, cuma sekarang mahu fokus pada keluarga dan menjaga emak yang sakit. Saya fikir ini adalah masanya untuk beri fokus kepada emak yang sebelum ini saya akui jarang dilakukan.

“Malah, setakat ini pun saya ada juga berkawan dengan wanita yang bukan dalam karier seni. Namun, untuk melangkah ke fasa hubungan yang lebih serius itu rasanya belum lagi dan saya masih perlukan masa,” katanya.

Menurut pelakon filem Juvana ini, dia bagaimanapun sering menerima mesej di platform media sosialnya daripada wanita yang mahu mencuba nasib berkenalan dan ada juga lebih berani apabila terus ajak bernikah.

“Selama menjadi duda dan bapa tunggal ini, saya tidak dipandang sinis oleh sesiapa, tapi orang asyik nak ‘try’ (cuba). Kalau tengok mesej DM yang saya terima di Instagram, memang banyak.

“Kadang-kadang rasa nak balas mesej daripada orang saya kenal di  Instagram pun tak selesa, sebab kalau saya buka nak tengok ditakuti individu-individu terbabit kirim mesej itu tahu saya sedang ‘online’.

“Sudahnya saya akan pandang saja kiriman mesej diterima itu tanpa membalas pun. Antara mesej yang ditulis, ramai wanita ajak saya berkahwin tak kiralah mereka berstatus bujang dan ibu tunggal.

“Ada juga yang ajak saya nikah sebab katanya kami bertemu di dalam mimpi. Tak kurang juga, ada pengirim mesej yang menyifatkan saya dan dia boleh jadi pasangan secocok kerana pengalaman kisah hidup kami lalui sama,” ujarnya.

Adam berkata, dia juga agak terkejut apabila kebanyakan akaun media sosial wanita yang mengirim mesej itu adalah akaun individu betul dan bukan pemilik akaun palsu.

Terdahulu, Adam pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fatin Afeefa pada 2013 dan sah bercerai pada 2017. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia, 8.

adam shahz
https://lomp.at/kpeni
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Sweet Qismina Ada Sebab Tersendiri Kenapa Tidak Sebut Nama Suami Ketika Ambil Anugerah…

by Noah Ab
November 17, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Sweet Qismina yang memberitahu mengapa beliau tidak menyebut nama suaminya ketika menerima dua...

Read more
Lokal

[VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan kemesraan Nelydia Senrose bersama suami tercintanya itu. Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut....

Read more
by Noah Ab
October 22, 2025
Lokal

Uqasha Senrose Kurus Bukan Sebab Diet, Tapi Letih Urus Anak dan Kerja

Pelakon terkenal, Uqasha Senrose tampil menjelaskan sebab di sebalik perubahan fizikalnya yang kini kelihatan semakin kurus dan anggun sehingga menjadi...

Read more
by Puteri Alia
October 14, 2025
Foto - @gaurikhan (IG)
Bollywood

Gauri Khan Throwback Momen Ketika Kelahiran Aryan, Dedah SRK Hampir Tarik…

Pelakon Shah Rukh Khan (SRK) memulakan karier lakonannya di kaca televisyen dan kemudian membuat debut skrin besarnya dengan filem 'Deewana'...

Read more
by Nurul A.
November 11, 2025
Lokal

“Saya Tak Beradab, Saya Mohon Maaf” – Nadzmi Adhwa Akui Silap Persoal Petugas Klinik Tengah Rehat

Pelakon Nadzmi Adhwa tampil memohon maaf secara terbuka selepas tindakannya mempersoalkan ketiadaan petugas kaunter di sebuah klinik kesihatan tanpa menyiasat...

Read more
by Puteri Alia
November 7, 2025
Foto - News 18
Bollywood

Masih Ingat Pada ‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai? Ini Rupa Terkininya Selepas 27 Tahun

Mari kita kembali ke tahun 1998, apabila filem 'Kuch Kuch Hota Hai' telah menyentuh emosi pencinta filem dan menjadi salah...

Read more
by Nurul A.
September 24, 2025
Lokal

Video Sambutan Hari Lahir Tular, Peminat Dakwa Nampak ‘Baby Bump’ Mimi Lana

Persoalan mengenai kemungkinan Mimi Lana hamil kembali menjadi buah mulut ramai selepas tular satu video sambutan hari lahirnya yang dimuat...

Read more
by Puteri Alia
November 21, 2025
Lokal

“Jangan Kacau ‘Baby’ Saya!” – Zarina Anjoulie Pertahan Ameera Khan, Sindir Netizen Suka Doa Buruk

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie tampil menegur tindakan segelintir netizen yang didakwa gemar mendoakan perkara buruk terhadap pempengaruh terkenal, Ameera Khan,...

Read more
by Puteri Alia
November 11, 2025
Lokal

Hati Umisya Remuk, Sedih Sangat Baca Netizen Doa Anaknya Warisi Sifat ‘Poligami’ Aslam

Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan tampil menjernihkan keadaan apabila sekali lagi menjadi tumpuan susulan isu rumah tangga melibatkan suaminya, Ahmad...

Read more
by Puteri Alia
November 12, 2025
Foto - @iamsrk (IG)
Bollywood

Individu Minta Bersara Dari Berlakon Kerana Tua, Ini Respons Shah Rukh Khan

King of Bollywood, Shah Rukh Khan memang rajin berinteraksi dengan peminatnya, dan salah satu platform yang digunakannya adalah X. Menerusi...

Read more
by Nurul A.
November 17, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  4. 4

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

  5. 5

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore