Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Hampir Tidak Dikenali, Pelakon Kdrama ‘The Penthouse’ Lee Ji Ah Buat Muka Lagi

by Rory Kim
February 2, 2024
Foto - Soompi

Foto - Soompi

Share on Facebook

Kalau kamu mengikuti perjalanan karier Lee Ji Ah dari awal debut sehinggalah sekarang, pasti perasan akan perubahan fizikal wanita ini. Lee Ji Ah mula mencipta nama menerusi drama ‘The Legend’ tahun 2007, tetapi populariti memuncak di saat drama hebat ‘The Penthouse’ yang merasuk semua orang.

Lee Ji Ah bukan hanya mencuri tumpuan kerana bakat lakonan yang cemerlang tetapi perubahan fizikal, terutamanya pada wajah yang makin berbeza. Walaupun di awal kariernya, ramai terpana dengan kecantikan asli Lee Ji Ah, tetapi sayangnya itu tidak cukup baginya sehingga mula mengubah rupa paras.

Foto – Youtube

Sedikit demi sedikit wajahnya kelihatan tidak natural, netizen Korea menuduh wanita ini melakukan pembedahan plastik. Tetapi dakwaan tersebut disangkal oleh agensi Lee Ji Ah.

Akhirnya pada tahun 2014, menerusi program televisyen ‘Healing Camp, Lee Ji Ah mengaku dia memang mengubah wajah.

”Sejujurnya, saya memang ingin hidung yang lebih tajam dan mancung.”

Foto – Youtube

Nampaknya keinginan Lee Ji Ah untuk hidung mancung tercapai apabila penampilannya dalam drama ‘The Penthouse’ dipuji netizen. Walaupun dia membuat pembedahan plastik, ternyata pembedahannya betul-betul berjaya dan membuatkan wajahnya tambah berseri-seri.

Kini, netizen kembali bercakap semula tentang wajah Lee Ji Ah yang terbaru. Tampil mempromosikan drama Korea terbarunya ‘Queen of Divorce’, perubahan Lee Ji Ah hampir tidak dikenali. Pipinya yang makin menaik memberi kesan muda, dengan tiada kedutan membuatkan Lee Ji Ah kelihatan berbeza sekali.

Foto – Youtube
Foto – Youtube

Dipetik daripada Koreaboo, ramai netizen Korea yang bersedih dengan cara Lee Ji Ah yang terus melakukan sesuatu yang wajahnya yang sedia kala cantik, dan betapa wajahnya telah berubah disebabkan prosedur plastik.

Agaknya Lee Ji Ah kurang keyakinan diri, sebab itu dia mengubah wajah. Apa kata kamu?

kdramalee ji ahthe penthouse
https://lomp.at/4szxs
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @hajiwon1023 (IG)
Korea

Semakin Kurus ‘Melidi’, Penampilan Baru Aktres Ha Ji Won Buat Peminat Bimbang

by Nurul A.
March 13, 2026

Aktres Korea Selatan, Ha Ji Won telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas melihat penampilan terbarunya. Semasa mempromosikan drama terbarunya...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Foto - @soohyun_k216 (IG) / @ron_sae (IG)
Korea

Gara-Gara Perbuatan Kim Soo Hyun, Ahli Keluarga Kim Sae Ron Hampir Bun*h Diri

by Nurul A.
March 19, 2026

Nampaknya kes mengenai aktres Kim Sae Ron dan aktor Kim Soo Hyun masih berterusan dan kini melibatkan ahli keluarga aktres...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara