Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Hantar Surat Guaman Kepada Keluarga, Brooklyn Beckham Digelar “Si Tanggang England”

by Nurul A.
January 12, 2026
Foto - @victoriabeckham (IG)

Foto - @victoriabeckham (IG)

35
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya konflik antara keluarga Beckham dan Brooklyn Beckham masih berterusan dan tidak ada penghujungnya.

Baru-baru ini, anak sulung pasangan David Beckham dan Victoria Beckham iaitu Brooklyn Beckham telah menjadi perhatian ramai selepas mengeluarkan surat guaman kepada ibu bapanya.

Surat guaman tersebut dihantar kepada ibu bapanya pada musim panas lalu dan Brooklyn memberi amaran bahawa mereka boleh menghubunginya melalui peguam dan tidak boleh tag dirinya di media sosial.

View this post on Instagram

Dalam surat itu juga, Brooklyn meminta ibu bapanya untuk tidak melakukan sebarang percubaan untuk berdamai menerusi media sosial dan sebaliknya dilakukan secara tertutup.

Untuk makluman semua, ramai yang berpendapat bahawa surat guaman ini dikeluarkan selepas Victoria menyukai video hantaran Brooklyn di Instagram. Sejak daripada itu, Brooklyn dilihat telah menyekat ibu bapanya di media sosial.

View this post on Instagram

Manakala satu lagi sumber memberitahu bahawa Brooklyn didakwa telah menghantar notis undang-undang itu kerana mahu melindungi kesihatan mentalnya.

Sumber itu mendakwa bahawa Brooklyn mempercayai bahawa ibu bapanya masih melihatnya sebagai seorang kanak-kanak dan bukannya sebagai orang dewasa.

View this post on Instagram

Brooklyn dilaporkan turut tersinggung apabila ada pihak yang mendakwa bahawa isterinya, Nicola Peltz adalah punca di sebalik perpisahannya dan keluarga Beckham.

Walaupun telah memutuskan hubungan dengan ahli keluarganya, Brooklyn dilaporkan masih mempunyai hubungan rapat dengan datuk, nenek dan keluarga besarnya.

View this post on Instagram

Untuk rekod, Brooklyn Beckham telah memuat naik video memasaknya di Instagram, menunjukkan resipi ayam dalam bir. Dan hantaran vide itu telah mendapat tanda suka daripada ibunya, Victoria Beckham.

Dalam masa 48 jam, dia dan isteri telah menyekat ahli keluarganya di media sosial. Keluarga Beckham menyangkakan bahawa mereka telah berhenti mengikuti Brooklyn. Namun adiknya, Cruz Beckham mendedahkan bahawa ibu bapanya tidak pernah berhenti mengikuti akaun mereka.

Kenapa Menantu Victoria Beckham Digelar Sebagai "Raksasa Yang Jahat"?
beckhambrooklyn beckhamcruz beckhamdavid beckhamNicola PeltzVictoria Beckham
https://lomp.at/iunrg
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Zara Zya Pilu Lihat Keluarga Sudah Berpecah-“Sekarang Saya Cuma Dengan Mama Sahaja..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa pilu melihat keluarganya yang kini sudah berpecah dan ada yang sudah bertahun tidak bersua muka....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
Berita

Aisha Retno ‘Throwback’ Keputusan SPM, Netizen Kagum!-“Aisha Tak Kosong Ya…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Penyanyi, Aisha Retno membuat perkongsian istimewa bersama peminat selepas para calon SPM 2025 (Sijil Pelajaran Malaysia) mengambil keputusan peperiksaan mereka...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Sekolahkan Netizen Selepas Dituduh Tumpang Populariti Anak-Anak?-“Senang Je Judge Orang…”

by Naddy Joe
April 3, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil 'sekolahkan' salah seorang netizen di media sosial yang melemparkan tuduhan kepadanya yang didakwa menumpang populariti anak-anak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara