Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Hanya Dua Episod! K-Drama “Joseon Exorcist” Secara Rasmi Dibatalkan Tayangan

by Naddy Joe
March 29, 2021
Share on Facebook

K-Drama SBS Joseon Exorcist secara rasmi dibatalkan tayangannya setelah bersiaran hanya dua episod berikutan kontroversi sejarah yang tidak tepat dan mempamerkan prop China.

SBS Membuat Pengumuman Rasmi

Dipetik dari Newsen, SBS membuat pengumuman rasmi disebabkan kontroversi mengenai drama bersejarah fantasi, Joseon Exorcist.

“Kami ingin berkongsi mengenai kedudukan kami mengenai Joseon Exorcist.

SBS telah memutuskan untuk membatalkan kontrak hak penyiaran Joseon Exorcist dan membatalkan siaran setelah menyedari insiden yang berlaku sebelumnya.

SBS telah membayar sebahagian besar biaya untuk hak penyiaran, dan syarikat produksi telah menyelesaikan sekitar 80% penggambaran untuk drama tersebut.

Walaupun terdapat kebimbangan pihak kami mengenai kerugian ekonomi dan jurang penjadualan bagi kami dan syarikat produksi, kami telah memutuskan untuk membatalkan siaran tersebut, dangan hati yang berat dan rasa tanggungjawab yang tinggi sebagai stesen penyiaran awam.”- SBS

Alami Kecederaan Di Lokasi Penggambaran

Sebelum drama Joseon Exorcist mula ditayangkan, drama tersebut sudah mula dilanda masalah kerana aktres, Lee Yu Bi mengalami kecederaan pada lutut dan ligamen. Manakala aktor utama, Jang Dong Yoon mengalami kecederaan pada siku kerana terjatuh sewaktu menunggang kuda ketika menjalankan penggambaran Joseon Exorcist.

Mempamerkan Prop China 

Sebaik sahaja Joseon Exorcist mula ditayangkan, drama tersebut mula mendapat kecaman kerana penggambaran sejarah Korea yang menggunakan produk dari China seperti kek bulan dan telur pindang Cina (century eggs).

Syarikat- Syarikat Besar Menarik Balik Iklan Disebabkan Kontroversi

Disebabkan penggambaran yang tidak tepat, sekitar 20 syarikat nama-nama besar seperti Bodyfriend, Ace Bed, dan Hite Jinro yang sebelumnya telah menjanjikan iklan ke drama itu telah ditarik balik.

SBS sebelum ini menyatakan bahawa mereka akan sunting bahagian yang kontroversi, tetapi ianya tidak mencukupi. Hal ini kerana lebih dari 184,000 orang telah menandatangani petisyen Rumah Biru agar drama tersebut dikeluarkan dari siaran secara kekal.

https://lomp.at/fm1xl
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Shila Amzah Akui Panik, Tak Sambut Raya Di Malaysia Tahun Ini

by Phic ARMAN
March 19, 2026

Penyanyi  Shila Amzah, sekali lagi mencuri perhatian peminat, kali ini bukan sebab lagu, tapi kisah raya yang lain daripada biasa!...

Read moreDetails
Foto - Goyang Raya 1119 (Triple1nine)
Lokal

Kumpulan 1119 Rai Pelbagai Budaya Di Malaysia Dengan ‘Goyang Raya’

by Nurul A.
March 14, 2026

Tahun 2026 membuka tirainya dengan penuh kemeriahan. Suku pertama tahun ini menyaksikan keunikan budaya Malaysia apabila sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa sebak melihat rata-rata rakyat Malaysia yang berkongsi momen indah bersama keluarga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara