• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Hanya Kerana Tidak Sehaluan Dengan Dr Maza, Sabri Yunus Dedah Dia Dan Isteri Dituduh Berzina Oleh Pendakwah Indonesia

by Puteri Alia
October 17, 2023
4k
KONGSIAN
Share on Facebook

Pengarah, pelakon dan pelawak popular, Sabri Yunus menganggap tuduhan seorang pendakwah yang mendakwa dia dan isterinya, Angeline Tan sudah berzina kerana pernikahan yang berlangsung Sabtu lalu tidak sah adalah sangat berat.

Sabri menerusi satu catatan di Facebook turut meluahkan rasa sedih apabila lafaz qabul yang diungkapkan turut menjadi perdebatan pendakwah terbabit sekali gus mengundang persepsi negatif.

“Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata (menuduh) pernikahan kami tidak sah dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina. Ia satu tuduhan berat.

“Dalam video yang sama dikatanya lafaz qabul yang mengelirukan. Siapa yang keliru? Dalam majlis (pernikahan) itu hanya perlu dua saksi walaupun hampir 25 orang yang hadir. Saksi dua orang tak keliru dan 25 tetamu pun sama.

“Orang di luar tidak bersama dalam majlis tidak ada isu dalam penyaksian majlis itu. Dia dengar atau tidak, faham atau tidak bukan isu pengesahan. Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya.

“Saya tak fikir ada orang tak faham bila qabul jawab saya setuju. Tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain daripada setuju hal nikah. Tak mungkin ada yang fikir dia setuju pasal kereta atau rumah,” tulisnya.

Dalam masa sama, Sabri menyifatkan individu yang sengaja melemahkan fikirannya dalam isu berkaitan lafaz qabul adalah selemah-lemah manusia.

Terdahulu, seorang pendakwah dalam satu ceramahnya baru-baru ini mendakwa pasangan yang dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali Dr Maza itu tidak memenuhi ucapan ijab dan qabul yang sepatutnya.

Dalam masa sama, Sabri mendedahkan ahli agamawan itu dilaporkan tidak sehaluan dengan Dr Maza sehingga wujud perselisihan pendapat.

“Saya tahu ustaz ini banyak tidak sependapat dan sealiran dengan Dr Maza yang bertindak sebagai jurunikah kami. Jadi ada bau permusuhan antara mereka.

“Dalam videonya, saya dapat rasakan permusuhan itu apabila ustaz ini mengheret beberapa isu lain yang tiada kena mengena dengan isu kami.

“Ini menunjukkan dia cuba mengukuhkan pandangannya terhadap jurunikah kami. Janganlah kami dijadikan mangsa kebencian tuan kepada seteru tuan.

“Hari ini saya baca banyak lagi pandangan ulama lain akan isu ini. Ternyata berbeza dengan pandangan ustaz ini. Jangan letak hukum atas dasar rasa kebencian semata mata. Agamawan tidak harus bersikap begitu. Tidak terselit keikhlasannya,” katanya.

Sementara itu, Sabri menegaskan majlis pernikahannya yang berlangsung di Perlis tidak melanggar sebarang akta berkaitan urusan pernikahan.

“Secara peribadi saya sedar apa yang akan berlaku apabila kami buat keputusan untuk bernikah di Perlis dan memohon untuk diakadkan oleh Dr Maza.

“Saya ada sebab tersendiri memilih Perlis, tetapi saya tidak menyangka isu lain, isu yang saya tak terbayang pun oleh akal fikir saya (tuduhan daripada seorang agamawan)

“Hal ehwal agama di bawah kuasa kerajaan negeri dan kami tidak melanggari apa-apa kata berkaitan urusan pernikahan itu,” katanya.

Angeline Tan Bercakap Tentanng Solat Sejak Peluk Islam
angeline tandr mazasabri yunus
https://lomp.at/r3hsq
Share1594Tweet997SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

#JusticeForZara: Selebriti Dan Netizen Bersuara, Tuntut Keadilan Dibela!

by Aphit J.
August 10, 2025

Terbaru, jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir berjaya dikeluarkan dari kawasan Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol pada jam 7.38 malam Sabtu,...

Read more
Lokal

Dituduh Hantar Sihir Kat Kak Ton? Ini Respon Tenang Suami Datuk Azie

Sebelum ini usahawan popular, Zaiton Hassan atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Ton mencuri tumpuan apabila menceritakan pengalaman mistik yang...

Read more
by Aphit J.
September 21, 2025
Lokal

Ara Aziz Tarik Diri daripada “Talk To My Manager“ Bakal Masuk Universiti Usia 15 Tahun

Ara Aziz, atau nama penuh Puteri Nur Azzahra Aziz, anak perempuan kepada pengarah dan pelakon terkenal Aziz M. Osman, baru-baru...

Read more
by Noah Ab
September 16, 2025
Lokal

Dai Syed Titip Rasa Syukur Isteri & Bayi Selamat Discaj Dari Hospital-“Fatma Nour Dah Jadi Kakak…”

Pendakwah selebriti, Da'i Syed menitipkan rasa syukur apabila isteri dan anaknya selamat discaj dari hospital setelah melahirkan cahaya mata kedua...

Read more
by Naddy Joe
October 24, 2025
Lokal

Datuk A. Aida Kritikal di ICU, Punca Masih Misteri

Penerbit sensasi tanah air, Datuk A. Aida kini dilaporkan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan...

Read more
by Puteri Alia
September 25, 2025
Bisnes

Dayang Nurfaizah Mahu Sokong Jenama Pereka Tempatan, Dipilih Sebagai Duta Rasmi Amber

Penyanyi, Dayang Nurfaizah mengakui Amber Ekslusif Wear Casual Wear, jenama di bawah Usanita Sdn Bhd sesuai dengan gayanya yang 'simple'...

Read more
by Naddy Joe
August 14, 2025
Lokal

Sathiya Hilang Kaki Kiri, Netizen Desak Kerajaan Hulur Bantuan

Pelawak dan pelakon berpengalaman, Sathiya, 61, disahkan selamat menjalani pembedahan pemotongan kaki kirinya di sebuah hospital baru-baru ini. Berita itu...

Read more
by Puteri Alia
September 23, 2025
Foto - Manish Malhotra
Bollywood

[FOTO] Tayang Baby Bump, Katrina Kaif Umum Hamil Anak Pertama

Berita kehamilan aktres popular Katrina Kaif bukan lagi sekadar khabar angin. Selepas tersebar luas khabar angin bahawa dia akan bersalin...

Read more
by Nurul A.
September 25, 2025
Lokal

Gimik Atau Realiti: Video ‘Baju Melayu Putih’ Tular, Nora Danish Bakal Kahwin Duda Anak Dua?

Selepas hampir setahun bergelar ibu tunggal, pelakon terkenal Nora Danish kembali mencuri perhatian netizen sebelum ini apabila memuat naik beberapa...

Read more
by Aphit J.
September 7, 2025
Foto - @littlemisskhan (IG)
Indonesia

[VIDEO] Kekasih Ameera Khan Dikecam, Jefri Nichol Akui Makan Bab* Untuk Lawan Tinju

Selepas kalah dalam perlawanan tinju Superstar Knockout Vol.3, nama kekasih Ameera Khan iaitu Jefri Nichol sekali lagi menjadi perbualan ramai....

Read more
by Nurul A.
August 13, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tutorial Tudung ‘Ala Brunei’ Dari Fazura Raih Perhatian Ramai-“Cantiknyaaa”

  2. 2

    [VIDEO] Dato Seri Vida Tunjuk Barangan Di Bilik Tidur Cik B, Buatkan Ramai Teruja

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Lucu Elly Mazlein Merajuk Kena ‘Palau’ Dengan Suami, Cetus Rasa Terhibur Netizen & Rakan Selebriti!

  4. 4

    [VIDEO] Sesi Fitting Baju Resepsi Amira Othman & Fattah Amin, Buatkan Ramai Teruja

  5. 5

    Kenapa Aktres Jelita Ini Tolak Tawaran Berlakon Bersama Shah Rukh Khan?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem