• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Terkejut! Intip Harga Pakaian BTS Dalam “‘Permission To Dance’ Anywhere”

Video ini dapat memperlihatkan betapa bergayanya fesyen setiap ahli BTS

by Naddy Joe
July 22, 2021
Share on Facebook

BTS sentiasa memanjakan Army dengan versi lagu mereka yang berbeza dan baru baru ini, mereka telah melancarkan “Permission to Dance Anywhere”, yang mana menampilkan kumpulan ini menari di beberapa buah lokasi.

YouTube video

Video ini dapat memperlihatkan betapa bergayanya fesyen setiap ahli BTS. Berikut adalah kos untuk berpakaian seperti BTS dalam ‘Permission to Dance’ Anywhere.

RM

via Twitter @Bangtan_Style07

RM memakai The Poggy’s Box x FORSOMEONE‘s “Smiley Tshirt” yang bernilai $301 USD (RM1271.88), tetapi sudah habis terjual di pelbagai gedung. Dia turut mendapatkan aksesori keyring akrilik dari merchandise rasmi Butter, yang masih tersedia dengan harga $18.58 USD (RM 78.53) di Weverse Shop. RM dilihat memakai Dunk Low Michigan jenama Nike dengan harga $100 (RM422.65).

via Twitter @Bangtan_Style07

Anda juga tentu akan menyukai topi kuning dari GANT dengan harga $34 USD (RM143.70).

Jin

via Twitter @Bangtan_Style07

Jin memakai two-piece overshirt dan jeans yang sepadan dari GANT dengan harga $216 (RM912.92) dan $197 (RM832.62). Dia turut menambahkan warna pop dengan memakai Vault UA OG SK8-Hi LX x Free & Easy berjenama VANS dengan harga $95 (RM 401.52).

via Twitter @Bangtan_Style07

Jin turut dilihat memakai t-shirt berjalur dari koleksi Butter di Weverse Shop dengan harga $41.80 (RM176.67).

Suga

via Twitter @Bangtan_Style07

Suga meneruskan trend warna kuning dan denim dengan jaket corduroy kuning dari Levi’s bersama seluar jeans dari Louis Vuitton yang bernilai $254 (RM1073.53) dan $890 (RM3,761.58). Dia turut dilihat memakai kasut Alexander McQueen yang bernilai $520 (RM2,197.78). Untuk sentuhan akhir, Suga menambahkan pin Raf Simons pada penampilannya, yang dijual dalam satu set dengan harga $266 (RM1,124.25).

J-Hope

via Twitter @Bangtan_Style07

J-Hope dengan sempurna selaraskan kemeja denim Butter dengan seluar pendek dari MAGOODGAN yang kelihatan seperti set yang sangat sesuai. Setiap item ini sangan berpatutan kerana harganya masing-masing bernilai $82.68 (RM349.45) dan $36 (RM152.15). Item yang paling mahal adalah Blazer Low Sneakers dari sacai x Nike dengan harga $155 (RM 655.11). Raja aksesori ini menambah keyring akrilik Butter dan gelang manik dari Vintage Hollywood masing-masing dengan harga $18.58 (RM78.53) dan $62.16 (RM262.72).

"Kembar Terpisah?"- Bintang 'Dynamite Kiss' Pasang Impian Bertemu BTS Jin

Jimin

via Twitter @Bangtan_Style07

Jimin mengenakan jaket denim dari MAGOODGAN yang bernilai $147 (RM 621.30). Beliau turut menambahkan sentuhan Butter dengan memakai keyring dan melengkapkan penampilannya dengan kasut oxford Dr. Martens yang bernilai $130 (RM 549.44).

V

via Twitter @Bangtan_Style07

V memakai kemeja denim Butter yang bernilai $82.68 (RM349.45) dengan seluar berkaki lebar dari NOHANT yang bernilai $171 (RM 722.73). V turut dilihat memakai kasut 1461 Iced Oxfords dari Dr. Martens yang bernilai $120 (RM 507.18).

Jungkook

via Twitter @Bangtan_Style07

Jungkook memakai kemeja Butter bersama pakaian denim dari THIESTORI yang bernilai $68 (RM 287.40). Walaupun pakaian ini adalah salah satu yang mungkin kita mampu, sneakers beliau menambah kos tambahan kerana ia adalah Tread Slick Lace Up dari Alexander McQueen yang bernilai $690 (RM 2,916.28).

BTSpermission to dance
https://lomp.at/lf8mf
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore