Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Isu Lelaki Buang Patung Sembahyang Hindu Dalam Tong Sampah, Harith Iskander Tampil Beri Ulasan!

Harith berpendapat rakaman video yang tular itu mengingatkannya mengenai sikap tidak bertoleransi yang berlaku dalam masyarakat.

by Naddy Joe
May 23, 2022
110
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki membuang patung sembahyang agama Hindu di halaman sebuah rumah. Perkara itu mencetuskan reaksi pelbagai pihak termasuklah pelawak dan pengacara, Harith Iskander.

Sikap Tidak Bertoleransi

Menerusi hantaran di Instagram, Harith berpendapat rakaman video itu mengingatkannya tentang  sikap tidak bertoleransi yang berlaku dalam masyarakat.

“Video yang tular baru-baru ini mengingatkan kita mengenai bagaimana sikap tidak bertoleransi. Ia menunjukkan seorang lelaki berjalan di sepanjang jalan apabila dia berhenti di sebuah rumah untuk mengambil patung sembahyang yang berada di luar rumah dan meletakkannya ke dalam tong sampah.

Ini bukan mengenai bangsa mahupun agama. Ia mengenai kebodohan. Dan terdapat ramai orang bodoh dalam semua peringkat masyarakat.”-Harith Iskander

Pelbagai Reaksi Netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi, malah ada yang menyatakan bahawa agama Islam mengajar umatnya untuk tidak menganggu atau menghancurkan tempat ibadat agama lain.

“Nabi kita mengajar kita, jangan pernah menganggu atau hancurkan harta agama lain.”-Normala Samsudin

“Satu tindakan bodoh!”

“Saya harap tindakan sepatutnya diambi terhadap lelaki itu untuk mengajar orang lain. Ini benar-benar salah.”

“Ini adalah satu tindakan sampah yang harus dihapuskan.”

Dipetik daripada laporan Sinar Harian, pihak polis sedang memburu seorang lelaki kerana dipercayai bertindak membuang sebuah patung kepercayaan masyarakat Hindu pada pertengahan Mei lalu. Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu oleh pengadu yang juga pemilik patung berkenaan.

Harith Iskander
Share44Tweet28SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem