Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Harris Alif Tujukan ‘Anugerah’ Ini Buat Wanita Teristimewa Di Hatinya

by Naddy Joe
December 11, 2020
Share on Facebook

Sesebuah lagu tidak dinafikan sangat besar kuasanya untuk menyalurkan ekspresi penyayi buat seseorang yang teristimewa di hatinya. Itulah yang dicetuskan penyanyi, Harris Alif menerusi buah tangan terbarunya, Anugerah. Terbukti, kuasa cinta sememangnya besar apabila diterjemahkan dalam lagu.

Mendapat Sentuhan Komposer Terkenal

Disulami dengan bait-bait indah dengan nada yang romantik, penyanyi berusia 21 tahun itu jelas memberikan nyawa dalam Anugerah. Lagu ciptaan Archie Nasution berkenaan seakan kena dengan gelora jiwa anak jati Pulau Pinang itu. Tidak hairan, alunan nyanyiannya cukup menusuk hingga sanubari.

Sinar Kembali Menyerlah Dalam Arena Seni Suara

Bukan sekadar memana jiwanya sendiri, Harris mengakui lagu berkenaan membawa makna yang cukup besar secara peribadi, Sebagai penyanyi yang masih mencari ruang selesa dalam industri muzik tempatan, menurutnya penghasilan Anugerah memberi sinar buatnya menyerlah kembali dalam arena seni suara.

“Untuk pengetahuan semua, ini adalah lagu sulung saya bersama Sony Music Malaysia. Oleh kerana itu, ia membawa makna yang sangat besar apalagi ia pertaruhan pertama saya bersama label rakaman ini. Kekuatan pada lirik dan melodinya yang mudah menangkap halwa telinga selain senang untuk dinyanyikan bersamma menjadikan lagu ini istimewa- Kata Harris Alif

Adakah Lagu Anugerah Ditujukan Buat Kekasih Hatinya , Intan Ladyana?

Ketika hangat diperbualkan bercinta dengan pelakon jelita Intan Ladyana sekarang, Harris tidak menafikan bahawa lagu ini ditujukan buatnya juga. Justeru ia memberikan lebih makna kepadanya meskipun idea asalnya adalah cetusan Archie sendiri. Apapun, menurutnya Anugerah adalah sebuah lagu cinta yang benarbenar boleh dikaitkan dengan kisah cinta dengan sesiapa jua.

“Sebenarnya, pencipta sendiri iaiti Archie menulis lirik lagu ini untuk isteri tercintanya. Hakikatnya, sebagai penyanyi, saya cuma meneruskan tanggungjawab untuk memberikan nyawa dalam nyanyian agar mesej yang cuba disampaikan tepat menusuk ke hati pendengar. Semestinya, saya juga tujukan lagu Anugerah ini kepada seseorang yang istimewa.”-Kata Harris Alif

Cabaran Menghasilkan Lagu Anugerah

Penyanyi berbakat besar ini tidak menafikan tetap berdepan cabaran sewakru proses pembikinan lagu ini terutama pada segi penghayatan. Baginya, proses itulah yang paling penting untuk dikuasai sebelum diteruskan kepada proses rakaman secara keseluruhan pula. Mujur, beliau dan Archie banyak bertukar idea bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Untuk saya sendiri, bahagian yang peling mencabar dan agak susah penghayatan lagu itu. Saya perlu benar-benar mendalami untuk serasikan diri dengan keseluruhan idea Anugerah, Kemudian, saya juga harus memahami secara mendalam konteks dan mesej yang perlu disampaikan. Adalah dalam tiga hari memerah otak siapkan lagu ini.” – Kata Harris Alif

Lagu Anugerah ini boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, dan Youtube Music.

YouTube video
https://lomp.at/2ybdb
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Lokal

Ezzanie Jasny Kemalangan Jalan Raya Dengan Ibu Bapa, Alami Kecederaan Di Kepala

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon, Ezzanie Jasny berkongsi keadaan terkini selepas mengalami kemalangan jalanraya bersama ibubapanya, semalam. Kemalangan Jalan Raya Dengan Ibu Bapa Kongsi...

Read moreDetails
Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
Lokal

Ezzanie Jasny Kongsi Keadaan Terkini Selepas Terlibat Kemalangan Dengan Ibu Bapanya-“Saya Alami Pendarahan..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Ezzanie Jasny tampil menceritakan keadaannya yang sebelum ini mengalami kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya pada Ahad. Dirawat Di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara