• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Hasilkan 12 Filem Dalam 24 bulan? Ini 6 Fakta Menarik Tentang Usaha Sama Zebra Studio & Tremendous Entertainment

by Zaidin Albert
September 6, 2021
45
KONGSIAN
Share on Facebook

Zebra Studio Sdn Bhd yang merupakan studio produksi menjalinkan usaha sama dengan syarikat hiburan terkemuka di Asia Pasifik Tremendous Entertainment baru-baru ini. Kedua-duanya menandatangani perjanjian usaha sama multi-filem dengan komitmen untuk menghasilkan bersama 12 filem dalam tempoh 24 bulan akan datang.

Jom kita semak 5 fakta menarik tentang kerjasama ini;

Buka ruang kepada industri filem

Usaha sama ini mampu membaik-pulihkan industri perfileman tempatan yang terkesan dengan wabak Covid-19. Ia bukan sahaja membuka ruang kepada industri filem dan produksi tempatan, tetapi juga dapat menonjolkan kandungan Malaysia dipersembahkan di peringkat antarabangsa.

Menghasilkan konten filem bertaraf antarabangsa

Menurut Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim. Dengan kekurangan konten hiburan secara langsung dalam keadaan pandemik, mereka mengambil kesempatan ini untuk fokus kepada industri media dalam 18 bulan ini. Penghasilan filem-filem dengan Zebra Studio adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan mereka untuk memanfaatkan bakat dan infrastruktur yang lebih eksponen di Malaysia untuk menghasilkan konten filem bertaraf antarabangsa

Bantu bina semula dan memudahkan pemulihan industri perfileman tempatan

Manakala Pengasas / Pengarah dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio Saraleana Nattaya Azmi berkata, dia berharap penghasilan 12 filem ini dapat membantu membina semula dan memudahkan pemulihan industri perfileman tempatan, dan memberi peluang kepada seniman tempatan kita untuk berjaya di peringkat global.

Bakal Hasilkan 5 FIlem Pendek Dialek Melayu

Tremendous Entertainment dan Zebra Studio akan menghasilkan lima filem dialek Melayu di sekitar Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor, dan empat filem tempatan dialek Cina yang difokuskan di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Filem Bahasa Inggeris Dan Dari Negara Jiran

Di samping itu, akan ada tiga filem tempatan berbahasa Inggeris yang akan dihasilkan bersama dan difilemkan di negara jiran termasuk Korea, China, Indonesia, India dan banyak lagi -sejumlah 12 filem dalam dua tahun yang akan datang. Filem pertama dari 12 filem telah selesai dan penggambaran untuk filem kedua akan bermula pada bulan September 2021 ini dengan penerbitannya bermula pada bulan Oktober 2021.

Teknologi Canggih

Diketuai oleh Pengarah pemenang anugerah antarabangsa CL Hor, Zebra Studio mempunyai ekosistem pengeluaran yang dilengkapi dengan teknologi terkini mulai dari kemudahan audio hingga pos dan VFX. Bersinergi dengan pasukan kreatif yang mahir dari Zebra Pixel yang diketuai oleh Penyelia VFX Hollywood Jae Cheol Hong, Zebra Studio dan Pixel dapat memperkaya kandungan Malaysia melalui penghasilan dan konseptualisasi kandungan inovatif di platform media tradisional dan baru.

https://lomp.at/fxvn1
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

“Dah La Pakai Tudung Jahat Pula Tu”- Watak Zara Zya Cetus Rasa Keinsafan

by Phic ARMAN
December 3, 2025

Video yang dimuat naik oleh Zara Zya di Instagram baru-baru ini benar-benar buat ramai tersentap. Bukan kerana fesyen atau isu...

Read moreDetails
Filem

“Bagaikan Aur” – Kisah Keluarga Sarat Nilai Kasih Sayang Di Panggung RTM

by Aphit J.
November 2, 2025

RTM terus membuktikan komitmennya dalam mempersembahkan karya yang bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sarat dengan mesej kemanusiaan dan kasih sayang....

Read moreDetails
Filem

[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?

by Phic ARMAN
November 25, 2025

Baru-baru ini, Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian peminat drama tempatan menerusi lakonannya dalam Bahagia Yang Tertangguh. Drama ini mula...

Read moreDetails
Filem

Uqasha Senrose Beri Pesanan Buat Wan Norazlin- “You’re Being Real…”

by Phic ARMAN
November 7, 2025

Drama Jika Cinta Itu Buta kini jadi sebutan ramai di media sosial, bukan saja sebab jalan ceritanya yang penuh emosi,...

Read moreDetails
Filem

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup: Legenda Klasik Kembali Menggamit Nostalgia

by Aphit J.
November 1, 2025

Astro sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai peneraju hiburan tanah air dengan mempersembahkan sebuah siri baharu di bawah francais popular ‘Hikayat’...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore