Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Hati-hati! 6 Artis Malaysia Ini Diserang ‘Haters’ Kerana Mulut ‘Laser’

by Phic ARMAN
August 11, 2017
Share on Facebook

Selebriti ini sering menarik perhatian khalayak terutama ketika menjadi juri program realiti popular. Cara mereka mengkritik mengikut cara dan pandangan sendiri tanpa dipengaruhi orang lain mahupun pandangan peminat di belakangnya.

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Ketika dia memberi komen, netizen akan tidak berpuas hati dan ini boleh membuatkan selebriti ini terpengaruh dengan ejekan netizen. Namun murai.my berpendapat walaupun mereka dikatakan mulut laser, nama mereka terus terpahat di persada hiburan tempatan. ‘Haters’ sentiasa tak senang duduk kalau ada selebriti yang mulut laser. Bak kata Michael Ang yang dipetik dalam laporan BH online,

“Apabila orang mula kenal, biasalah pasti akan ada yang membenci (haters). ‘Haters’ yang akan buat seseorang itu jadi popular dan terkenal,”

Dalam dunia hiburan, kita memerlukan individu seperti supaya mida orang dapat dibuka seluas-luasnya. Berikut 7 orang selebriti pilihan murai.my yang dikatakan bermulut laser sehinggakan terkenal kerana kritikannya.

1. Michael Ang 

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Bagi yang mengenali Michael Ang, pengarah berbangsa Cina yang kini bergelar selebriti itu memang cukup dikenali dengan mulut lantang, gemar berseloroh dan cakap lepas. “Laser’nya boleh tahan celupar.  Pengarah popular ini aktif di media sosial dan apa yang dia cuba kongsikan akan mendapat reaksi negatif dari netizen. Namun siapa peduli?

2. Datuk Redzuawan Ismail – Chef Wan

Memang dah kenal sangat dengan mulut lantang chef selebriti terkenal dunia, iaitu Chef Wan.  Mulut ‘laser’ Chef Wan memang pedih untuk ditelan, tapi kebanyakkan luahan hati Chef Wan memang ada isinya.

Sebelum ini, Chef Wan pernah lantang bersuara kutuk cara pengiklan Datuk Vida agak keterlaluan. Setelah lama berdiam diri, kini Chef Wan kembali bersuara mengutuk chef selebriti yang semakin banyak kat Malaysia, yang lahir dari program realiti TV. Apa salahnya bagi teguran kan?

3. Azwan Ali

Sebut sahaja nama pelakon dan pengacara, Azwan Ali pasti ramai yang sudah mengenali beliau dengan sikap yang tidak pernah gentar dengan sesiapa sahaja yang mengkritik apa jua yang dilakukan olehnya.

https://www.youtube.com/watch?v=GLymb2IM9a4

Ada juga sesetengah netizen yang memuji sikap lantang bersuara yang ditunjukkan oleh Azwan Ali kerana dianggap beliau seperti mempertahankan maruah dirinya. Selain menyelar tindakan seorang penerbit drama yang dikatakan mengeluarkan drama seperti sampah sarap, dia turut menegur beberapa artis tempatan sehingga dia pernah berkali-kali di saman. Azwan tetap terus menegur dan mengkritik. Nak saman? Who Cares?

4. Aliff Syukri

Kita sedia maklum dengan telatah selamba jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri. Ada sahaja perlakuannya yang menarik perhatian ramai. Masih ingat kisah bawa bekalan yang dibawa Aliff ke hotel luar negara untuk dimasak di sana? Sehinggakan ditegur oleh Chef Wan kerana menjatuhkan imej seorang rakyat Malaysia.

YouTube video

Tak apalah korang kutuk, kutuk lah aku nak makan di manapun. Yang penting aku pakai cincin berlian empat karat, aku pakai jam Rolex baru beli ni. Kutuk, kutuk, tak apa, kutuk lagi selagi mampu. Korang yang kutuk, kutuk tu ada tak jam Rolexnya? Tak ada, kan? Jahatlah (saya ni), gurau saja.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Aliff gemar menyindir secara sinis netizen yang sering mengecamnya. Sambil berkata dalam nada bergurau, Alif sempat mempamerkan jam tangan berjenama Rolex yang baru dibeli serta cincin berlian empat karat.

5. Adlin Aman Ramli

View this post on Instagram

A post shared by Adlin Aman Ramlie (@adlinamanramlie)

Gara-gara ‘mulut laser’ Adlin Aman Ramli, pengkritik tetap yang sering muncul di dalam rancangan realiti TV menjadi popular. Adlin sering menarik perhatian khalayak terutama ketika menjadi juri Akademi Fantasia (AF).murai.my merasakan Adlin  memang bersikap jujur meluahkan pandangan secara tulus. Bagaimanapun, dia masih boleh menerima kritikan orang lain dan berhati baik.

YouTube video

Penyanyi lagenda Rock, Saleem antara mangsa di’laser’ oleh Adlin. Adlin seperti biasa melalui kritikan pedasnya membuatkan Saleem terguris apabila berkata kepada salah seorang peserta AF4, “Nak jadi penyanyi jangan hisap dadah, jangan hisap ganja”.”

Namun Adlin telahpun memohon maaf secara terbuka kepada Saleem kerana keterlajuran dalam mengkritik.

6. Zed Zaidi

View this post on Instagram

A post shared by ZED ZAIDI (@rozaidijamil)

Pengkiritik terbaru yang sering mencuri perhatian media pada masa ini. Sejak dia menerajui jawatan sebagai Presiden Seniman dia agak lantang bersuara sehingga dia digelar artis bermulut ‘laser’. murai.my berpendapat, semua ini bertujuan bagi membela nasib artis tempatan, Zed Zaidi pernah digelar batu api kerana tindakannya mahu selebriti dari Singapura dilarang memasuki negara ini termasuk Najib Ali.

https://www.youtube.com/watch?v=-1ooroWViVs

[VIDEO] "Saya Ada Taktik Baru" - Gelagat Ammar Tayang Iklan Datin, Elak Tunjuk Demo Cuit Hati Netizen
adlin aman ramliafifah nasiraliff azizaliff syukriartis mulut laserchef wanDatuk Redzuawan Ismailmichael angmulut puaka artisnajib alipersatuan senimansaleem iklimzed zaidi
https://lomp.at/335cs
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

Zarina Anjoulie Pertahan Betty Rahmad Isu Dituduh Biadap Dengan Penjual Di Singapura?

by Naddy Joe
March 4, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sebelum ini menjadi bualan netizen didakwa biadap selain meninggikan suara terhadap pekerja di sebuah...

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Berita

“Kami Kini Dalam Proses Berpisah…”-Marissa Dania

by Naddy Joe
April 1, 2026

Personaliti media sosial dan anak perempuan kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Marissa Dania tampil bersuara bahawa dia dan suami, Aslam...

Read moreDetails
Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
Spotlight

Dulu Dilabel Kayu, Lakonan Sharifah Rose Akhirnya Bersuara Sendiri

by Phic ARMAN
February 6, 2026

Drama Doa Yang Terlindung yang kini bersiaran menerusi Slot Akasia nyata mencuri perhatian penonton, bukan sahaja kerana jalan ceritanya, malah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara