Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Hati-Hati FattMira, Tak Semua Suka Tengok Bahagia” – Netizen Tegur Fattah Amin & Amira Othman Terlalu Tunjuk Mesra

by Puteri Alia
November 12, 2025
Share on Facebook

Pasangan suami isteri popular, Fattah Amin dan Amira Othman sekali lagi mencuri perhatian apabila muncul bersama dalam sesi Meet & Greet sempena pelancaran koleksi terbaru sebuah jenama telekung terkenal. Kehadiran pasangan ini bukan sahaja mencuri tumpuan peminat, malah mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial kerana keakraban dan keserasian mereka yang jelas terpancar di hadapan khalayak.

Rata-rata pengikut memuji sikap lembut Amira yang sentiasa berada di sisi suaminya serta cara dia menghormati Fattah sebagai ketua keluarga. Ramai menganggap pasangan ini sebagai contoh pasangan muda yang serasi dan matang dalam membawa imej rumah tangga bahagia.

“Alhamdulillah, seronok tengok kalian. Allah Maha Baik. Semoga Fattah dan Amira terus berjaya dan kekal merendah diri,” tulis seorang netizen di ruangan komen Instagram Fattah.

“Luasnya kasih Allah hingga ramai yang sayang Fattah dan Amira. Selamat maju jaya,” tambah seorang lagi pengguna media sosial yang turut mengagumi keharmonian pasangan tersebut. Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka sebagai pasangan selebriti yang bukan sahaja berganding dalam kerjaya, malah berkongsi aura positif di hadapan peminat.

Namun di sebalik pujian, terdapat juga segelintir netizen yang menasihatkan pasangan ini agar tidak terlalu menonjolkan kemesraan di media sosial. Ada yang bimbang jika keintiman mereka secara terbuka boleh mengundang ‘penyakit ain’ iaitu kesan hasad dan pandangan mata negatif daripada orang lain yang mungkin tidak senang melihat kebahagiaan orang lain.

“Tak semua orang suka tengok bahagia kita. Kadang-kadang yang senyum depan pun boleh simpan iri hati. Hati-hati, FattMira,” tulis seorang pengikut.

Meskipun begitu, kebanyakan peminat tetap menyokong hubungan mereka dan menganggap Fattah serta Amira sebagai pasangan yang matang dan tahu menjaga batas dalam perkongsian di alam maya. Bagi peminat tegar, kemesraan mereka bukanlah gimik, sebaliknya cerminan kasih sayang dan kejujuran dalam rumah tangga yang baru dibina.

Fattah Amin Sah Bakal Kahwin Tahun Ini? Netizen 'Excited' Tahu Dewan Perkahwinan Sudah Ditempah

Untuk rekod, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, selamat diijabkabulkan pada 14 September lalu selepas beberapa bulan rapat sebagai rakan sekerja serta sama-sama dilantik menjadi duta kepada sebuah jenama terkenal. Kini pasangan ini terus mencuri tumpuan peminat dengan aura bahagia yang mereka tunjukkan – membuatkan ramai berharap agar rumah tangga mereka kekal utuh dan menjadi inspirasi kepada pasangan muda lain.

Amira Othmanfattah amin
https://lomp.at/rvbt6
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed mengundang kritikan netizen selepas berkongsi momen isterinya, Fatin Syazwani sedang berniaga, baru-baru ini....

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Foto - @shihazikir (IG)
Lokal

Shiha Zikir ‘Backup’ Noraniza Idris- “Pesan Dekat Peminat Untuk Tidak Komen Toksik”

by Nurul A.
March 13, 2026

Rasanya ramai yang tahu bahawa penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris, atau mesra disapa sebagai Kak Ani, telah menuai kecaman segelintir...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara