Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Hati Umisya Remuk, Sedih Sangat Baca Netizen Doa Anaknya Warisi Sifat ‘Poligami’ Aslam

by Puteri Alia
November 12, 2025
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan tampil menjernihkan keadaan apabila sekali lagi menjadi tumpuan susulan isu rumah tangga melibatkan suaminya, Ahmad Aslam, dan madunya, Marissa Dania Hakim. Menerusi perkongsian di Instagram, Umisya menegaskan bahawa dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat dalam rumah tangga yang boleh menjejaskan kedudukan suaminya sebagai ketua keluarga.

Jelasnya, selama ini dia tidak pernah mencampuri urusan suami, termasuk hal berkaitan perkahwinan Aslam dengan Marissa. Namun, dakwaan yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini membuatkan dia berasa terkilan dan terpaksa bersuara selepas lama berdiam diri.

“Di sini nak tegaskan, saya tak pernah meletakkan syarat, tidak menyuarakan itu atau ini sebagai isteri atau mengarah segala kejadian dalam rumah tangga. Beberapa hari ni memang saya diam sahaja, tetapi kali ini tak boleh. Macam mana saya terduduknya sebelum ini, tiada siapa tahu. Entah apa salah, silap dan dosa saya sampai dipersalahkan begini sekali ya?” luahnya penuh emosi.

Menurut Umisya, dia tidak gemar berkongsi kisah peribadi di media sosial kerana sedar isu rumah tangganya bukan perkara membanggakan. Namun, apabila wujud pihak yang terus menabur persepsi buruk, dia merasa perlu tampil menjelaskan keadaan sebenar.

via Instagram Umisyamazlan

“Saya sendiri dah tak suka nak bercerita hal rumah tangga dan tidak pernah berbangga dengan apa yang jadi malah lagi malu dengan dikenali sebagai asbab isu poligami Aslam bersama Marissa. Tetapi saya ambil positif dengan hal-hal yang terjadi sekarang ni. Kalau boleh, tak mahu toleh belakang lagi dengan peristiwa lama, sebelum atau selepas poligami. Saya terima semua keadaan ini, cuba untuk tunjuk kehidupan yang baik kepada anak-anak supaya bila mereka tengok masa hadapan nanti, ummi dan papa baik-baik sahaja,” katanya lagi.

Lebih menyedihkan, Umisya mendedahkan bahawa anak-anaknya turut menjadi mangsa kecaman netizen. Ada yang meninggalkan komen berbaur sinis, mendoakan agar anak-anaknya kelak mewarisi sifat Aslam yang berpoligami.

“Dalam banyak-banyak hentaman dan cacian diterima, ini salah satu antara yang buat saya sedih sebab anak saya yang tak kenal dunia lagi pun boleh dikatakan macam ini? Saya diam untuk kebaikan semua pihak dan tak suka nak tunjukkan kesedihan atau perkara yang beri impak negatif pada orang lain. Semoga Allah SWT membuka mata semua pihak untuk lebih pandang meluas dan positif. Saya manusia biasa, ada hati dan perasaan,” ujarnya.

Melalui beberapa tangkap layar yang dikongsi, terdapat netizen menuduh Umisya sengaja menumpang populariti kes poligami suaminya, selain membiarkan orang ramai terus mengecam Marissa. Malah, ada yang menuduh dia terlalu mengawal Aslam dalam setiap keputusan hidup.

Umisya Mazlan Tak Pernah Letak Syarat Dalam Poligami-"Tak Pernah Misya Yang Mengarah.."
Foto – @marissadania_ (IG) / @umisyamazlan (IG)

Untuk rekod, nama Umisya mula mendapat perhatian selepas Ahmad Aslam, suaminya, menjadi bualan ramai apabila bernikah dengan Marissa Dania Hakim, anak kepada pelakon Normah Damanhuri dan Azmir Hakim, di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Umisya dan Aslam mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 sebelum berpisah pada September 2023, namun kembali rujuk dalam tempoh idah. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3, dan seorang bayi perempuan yang kini berusia sembilan bulan.

Meskipun terus menjadi perhatian umum, Umisya memilih untuk kekal tenang dan fokus terhadap anak-anak, sambil berharap setiap ujian yang dilalui dapat menjadi pengajaran serta membuka pintu kebaikan buat semua pihak.

aslammarissa daniaumisya mazlan
https://lomp.at/dgi3n
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Spotlight

Shila Amzah Akui Panik, Tak Sambut Raya Di Malaysia Tahun Ini

by Phic ARMAN
March 19, 2026

Penyanyi  Shila Amzah, sekali lagi mencuri perhatian peminat, kali ini bukan sebab lagu, tapi kisah raya yang lain daripada biasa!...

Read moreDetails
Spotlight

Anak Lelaki Amy Search Curi Perhatian, Tinggi & Kacak. Isteri Tertanya- “Entah Makan Apa Masa Pregnant”

by Phic ARMAN
March 5, 2026

Nama Amy Search memang tak perlu diperkenalkan lagi. Vokalis legenda kumpulan Search ini bukan saja dikenali dengan aura rock yang...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan...

Read moreDetails
Foto - @drfietawfek (IG)
Lokal

Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

by Nurul A.
March 16, 2026

Doktor pergigian, Dr Fie Tawfek menjadi perhatian ramai selepas tamat tempoh iddahnya baru-baru ini. Dr Fie atau nama penuhnya Afifah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara