Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Hebat! Jom Intai 5 Atlet Yang Memenangi Pingat Paling Banyak Dalam Sukan Paralimpik

by Aphit J.
August 29, 2021
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 baru sahaja bermula pada 24 Ogos 2021. Tidak terkecuali seperti negara lain, tahun ini Malaysia telah menghantar seramai 22 orang atlet untuk bersaing bersama negara lain.

Tahukah anda, menurut South China Morning Post, berikut adalah atlet yang memenangi pingat paling banyak dalam sukan paralimpik.

Jonas Jacobsson

via Paralympic

27 Pingat: 17 Emas, 2 Perak, 8 Gangsa

Bintang penembak Sweden, Jonas Jacobsson telah mula bersaing di temasya Sukan Paralimpik sejak baru berusia 15 tahun dan memenangi emas di sembilan Paralimpik berturut-turut dan yang terakhir di London 2012.

Jonas Jacobsson yang dilahirkan dengan paraplegia, juga bertanding dalam bola keranjang kerusi roda.

Béatrice Hess

via Leaureus

37 Pingat: 28 Emas, 6 Perak, 3 Gangsa
Beatrice Hess adalah perenang Paralimpik dari Perancis yang menghidap cerebral palsy. Beliau bertanding di Paralimpik antara 1984 dan 2004, bersaing dalam klasifikasi S5.

Menurut South China Morning Post, pada Sukan Paralimpik Sydney 2000, dia memecahkan sembilan rekod dunia.

Heinz Frei

via Cyclist

41 Pingat: 19 Emas, 9 Perak, 13 Gangsa
Heinz Frei adalah atlet kerusi roda Switzerland. Heinz Frei telah menjalani karier panjang dalam perlumbaan kerusi roda.

Beliau bertanding dalam sukan balapan di setiap Sukan Paralimpik dari tahun 1984 hingga 2008.

Jessica Long

via Paralympic

41 Pingat: 29 Emas, 8 Perak, 4 Gangsa
Jessica Long adalah satu-satunya atlet para dalam senarai ini yang masih aktif bertanding dan tidak mustahil akan menempa namanya dalam senarai teratas memandangkan usianya yang masih muda.

Menurut South China Morning Post, ketika berusia 12 tahun, beliau menjadi anggota termuda dalam pasukan Paralimpik AS dan membuat debut antarabangsa di Sukan Paralimpik Athens 2004 dengan memenangi tiga pingat emas.

Trischa Zorn

via Paralympic

46 Pingat: 32 Emas, 9 Perak dan 5 Gangsa
Perenang AS ini adalah atlet Para yang paling berjaya dalam sejarah setelah memenangi 55 pingat di Sukan Paralimpik – 41 daripadanya adalah emas.

Beliau yang buta sejak lahir, menyapu 12 emas dari 12 acara di Sukan Seoul 1988. Beliau adalah atlet cacat penglihatan pertama yang mendapat biasiswa NCAA Division 1 dan bertanding dalam Paralimpik pertamanya pada tahun 1980.

Béatrice HessHeinz FreiJessica LongJonas JacobssonTrischa Zorn
https://lomp.at/v3382
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara