Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Hebat! Selain BTS, 4 Selebriti Ini Juga Pernah Pegang ‘Guinness World Records’

by Naddy Joe
February 12, 2021
Share on Facebook

Guinness World Records atau rekod dunia Guinness terkenal kerana menampilkan fakta yang paling menarik, extreme, dan kadangkala fakta yang pelik. Dari pelari terpantas sehinggalah mempunyai kuku jari terpanjang, tidak menghairankan jika selebriti turut memegang rekod dunia.

Disini kami shorlist 5 selebriti yang memegang rekod dunia.  Scroll sampai habis okay!

Dwayne Johnson

Pada Januari 2017, Dwayne Johnson dan pasukannya mencipta rekod untuk layered dip terbesar, layered dip adalah makanan pembuka Amerika berdasarkan ramuan khas masakan Tex-Mex. Dihasilkan dalam tangki ikan 100 galon, yang memerlukan lebih dari lima jam untuk menghasilkan mega-sized tailgating classic. Layered dip yang beratnya 540 paun ini, kemudian disumbangkan kepada organisasi untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal.

via guinness world records

Namun, selebriti itu dikalahkan oleh Bush’s Beans, yang menghasilkan dip seberat 1098 paun pada Januari 2020.

Justin Bieber

Justin Bieber telah memegang rekod untuk saluran muzik yang paling banyak ditonton di Youtube, saluran muzik pertama ditonton sebanyak tiga bilion kali (JustinBieberVEVO), dan artis solo termda yang mendapat lima album nombor satu di AS.

Bieber juga memegang tiga kedudukan teratas dalam carta singles di UK untuk lagu ‘Love Yourself’ (No.1), ‘Sorry’ (No.2), dan ‘What Do You Mean? (No.3) pada 14 Januari 2016. Malah Beatles atau Elvis Presley juga tidak berjaya untuk mengalahkannya.

Beyoncé

Beyoncé memegang rekod dunia memenangi Anugerah Grammy paling banyak dalam satu tahun oleh artis wanita, pencalonan paling banyak dalam MTV Music Awards untuk videonya, beliau dan Jay-Z mempunyai Anugerah Grammy yang paling banyak dimenangi oleh pasangan suami isteri.

Beyoncé juga memecah rekod yang memegang 79 pencalonan dalam Anugerah Grammy, yang mana paling banyak untuk seorang artis wanita dan beliau memenangi 24 anugerah daripada 79 pencalonan tersebut.

BTS

Kumpulan BTS adalah kumpulan K-Pop pertama yang berjaya mendapat nombor satu dalam carta album AS. Kumpulan ini menyimpan rekod video Youtube yang paling banyak ditonton dalam masa 24 jam iaitu lagu ‘Boy With Luv’ menampilkan Halsey, dengan tontonan sebanyak 74,600,000  dari 12 April sehingga 13 April 2019.Pada tahun 2020, kumpulan ini memecahkan rekod dengan video ‘Dynamite’, yang mana mendapat 101,000,000 tontonan pada 22 Ogos 2020.

Snoop Dogg

Mengandungi 180 botol gin 1.75 liter, 156 botol brendi aprikot 1 liter, dan 28 jag jus oren 3.78 liter, menghasilkan paradise cocktail terbesar di dunia yang digabungkan oleh Snoop Dogg pada tahun 2018.

via guinness world records

Minuman itu kemudian diedarkan pada para VIP di Festival Muzik BottleRock Napa Valley di California.

Hebat bukan!

https://lomp.at/6rlpx
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
Foto - @datoserividaofficial (TikTok) / @cikb_havoc66 (IG)
Lokal

“Sorry Guys, Mak Saya Tak Tahu Isu Semasa”- Cik B

by Nurul A.
April 7, 2026

Nama ibu pempengaruh Cik B, Datuk Seri Vida jadi perhatian selepas tidak sengaja membangkitkan topik sensitif berkaitan bekas suami Linda...

Read moreDetails
Foto - ASTRO Malaysia
Lokal

Majlis Pertunangan Bella Astillah & Syed Saddiq Tarik Perhatian Seluruh Negara!

by Nurul A.
April 3, 2026

Majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq pada 28 Mac 2026 telah berjaya menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia. Sekaligus muncul...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara