Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Hero Yang Orang Tak Tahu”- Rozita Ibrahim Bantu Petugas Tanah Runtuh Batang Kali?

by Puteri Alia
December 21, 2022
via TikTok Mizan Penang/Instagram Bonda Rozita Ibrahim

via TikTok Mizan Penang/Instagram Bonda Rozita Ibrahim

Share on Facebook

Misi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh Father’s Organic Farm, Batang Kali masih diteruskan sehingga ke hari ini. Ramai petugas-petugas awam yang terlibat bertungkus-lumus berusaha mencari mangsa yang masih lagi tidak ditemui akibat tragedi malang tersebut.

Rumah Hutan Jadi Tempat Rehat

Pastinya bukan mudah buat petugas yang harus berhempas-pulas sehari suntuk menjalankan misi menyelamat dan mencari mangsa, namun perkongsian video milik salah seorang petugas awam di TikTok mendapat perhatian warganet dan juga lensa Murai.

Video perkongsian akaun milik @mizan_penang ini, menunjukan rakaman barisan petugas awam berehat di Rumah Hutan milik usahawan terkenal Bonda Rozita Ibrahim dan menulis coretan diruangan kapsyen buat usahawan jamu tersebut.

“Terima kasih Bonda Rozita sediakan tempat rehat, berteduh untuk kami berehat dan sediakan makanan yang sedap kepada para petugas.

Terbaik Bonda Rozita dan juga staf Rumah Hutan. Semoga diperluaskan rezeki dan semoga dipermudahkan misi pencarian..” Tulisnya

via TikTok Mizan Penang
@parktehh

Terima Kasih Bonda Rozita sediakan tempat rehat berteduh untuk kami berehat dan sediakan makanan yg sedap kepada para petugas,terbaik Bonda rozita dan jugak staff Rumah Hutan☺️Semoga diperluaskan rezeki??? dan semoga dipermudahkan misi pencarian 9 mangsa lagi yang masih belum ditemui??????? #rumahhutanbondarozita #bondarozitaibrahim #batangkaliselangor #tanahruntuh #fyp #trageditanahŕuntuh #FRU #PDRM

♬ suara asli – Maher Zain Indonesia Fans ?? – Part of MZ Indonesia

Melihat video yang dikongsikan oleh petugas awam tersebut, rata-rata warganet terpegun dan menitipkan pelbagai ucapan serta doa buat Bonda Rozita dan juga buat para petugas awam yang sedang berusaha mencari mangsa tanah runtuh diruangan komen.

“Alhamdulillah Allah datangkan hamba yang baik yang ikhlas. Semoga Allah permudahkan segala urusan tuan dan petugas-petugas.”

“Terima kasih bonda sediakan kemudahan dan makanan untuk hero-hero kita (petugas penyelamat). Semoga dipermudahkan urusan semua pihak yang terlibat.”

“Hero yang orang tak tahu.” Komen mereka

via TikTok Mizan Penang

“Alhamdulillah.. Terima kasih bonda, terima kasih petugas penyelamat. Kami rakyat Malaysia hanya mampu berdoa, moga dimudahkan urusan.”

“Murah rezeki bonda.”

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih bonda. Semoga dipermudahkan segala urusan.” Komen mereka lagi

via TikTok Mizan Penang

“MasyaAllah. Bonda insan hebat. Semoga Allah permudahkan segala urusan pencarian.”

“Bagus bonda ni satu aku hormat. Dia tak kecoh pun dia buat semua ni. Orang lain yang buka cerita.”

“Baru semalam baca dia sedih sikit resort terpaksa tutup untuk beri laluan kepada pihak berkuasa. 400k gaji perlu dibayar kepada staf, tapi dia bagus sangat.” Komen warganet

via TikTok Mizan Penang

Dalam pada itu, ada juga warganet yang bertanya kepada petugas awam ini, sama ada lokasi tragedi dekat dengan pusat urutan tradisional Rumah Hutan milik usahawan ini diruangan komen. Berdasarkan jawapan balas yang diberikan, lokasi kejadian dan Rumah Hutan berdekatan.

“Dekat ke rumah hutan bonda dengan tempat kejadian tanah runtuh?” Soal warganet

“Lebih kurang 10 minit. Kawasan dekat tempat kejadian sangat terhad, ni bonda bagi kami tempat berehat.” Jelas petugas awam ini

via TikTok Mizan Penang

Apa pun Murai mendoakan agar misi mencari mangsa tanah runtuh dipermudahkan.

[VIDEO] Ammar Ahyan Bocor Rahsia, Dapat RM13 Ribu Duit Belanja Dari Bonda Rozita
Petugas Awamrozita ibrahimRumah HutanTanah Runtuh Batang Kali
https://lomp.at/qq8fn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Zara Zya Pilu Lihat Keluarga Sudah Berpecah-“Sekarang Saya Cuma Dengan Mama Sahaja..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa pilu melihat keluarganya yang kini sudah berpecah dan ada yang sudah bertahun tidak bersua muka....

Read moreDetails
Foto - @syed.jeev (FB)
Lokal

Kejutan Untuk Isteri, Prince Syed Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Mentua

by Nurul A.
March 17, 2026

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed telah mengejutkan orang ramai apabila dia mendedahkan telah menarik semula laporan polis yang pernah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Buat ‘Birthday Prank’ Kepada Aliff Syukri, Netizen Terhibur!-“Yang Penting Kamera..”

by Naddy Joe
April 3, 2026

Perkongsian isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas melakukan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara