• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Hiburkan Hati Peminat Jadi Asbab Sumber Pahala? Ini 5 Selebriti Malaysia Meninggal Dengan “Cara Mudah” Saat Tidur

by Puteri Alia
June 20, 2023
Share on Facebook

Mengingati mati bukan bermaksud kita meninggalkan urusan dunia serta menjauhkan diri daripadanya akan tetapi mengingati mati merupakan satu kaedah supaya kehidupan di dunia kita lebih baik dan lebih berjaya.

Ini kerana kesibukkan diri dalam urusan dunia menyebabkan ramai dalam kalangan kita lupa akan kehidupan di akhirat. Tidak ada satu pun di atas muka bumi ini yang kekal abadi.

Oleh itu, dengan mengingati mati, kita tidak akan melakukan perkara-perkara tidak diredai dan dibenci Allah.

Malah jika pahala itu kita boleh dilihat nilainya seperti mana nilai wang di bank, sudah tentu ramai yang berlumba-lumba untuk membuat amalan yang baik.

Ya, terlalu banyak amalan yang kita boleh lakukan untuk mendapatkan pahala.

Berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah, memberi orang makan dan banyak lagi. Semuanya boleh jadi ‘pelaburan’ pahala kita untuk saham di akhirat nanti.

Hal yang demikian kerana kematian itu pasti tidak kira walau di mana seseorang itu berada dan dalam apa jua keadaan sekalipun.

Tiada siapa yang menginginkan orang tercinta pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, apatah lagi dalam keadaan tidak bersedia.

Berikut merupakan beberapa selebriti tanah air yang menghembuskan nafas terakhir semasa tidur dan tidak diketahui amalan yang dilakukan sehingga dikatakan meninggal dengan cara yang baik.

1. Azmil Mustapha

Pelakon popular era 80-an itu dilaporkan meninggal dunia dalam tidur apabila tidak bangun selepas dikejutkan oleh ahli keluarganya.

Allahyarham yang terkenal dengan wataknya sebagai Ali dalam filem Ali Setan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor pada 14 Februari 2018.

Aktor Terbaik di Festival Filem Malaysia 1986 itu meninggalkan dunia glamor ketika namanya berada di kemuncak kerjaya sekitar 1980-an.

Allahyarham mula mendalami ilmu agama dan gaya hidup dan kebudayaan masyarakat Arab setelah berhijrah ke Damascus, Syria bersama empat orang anaknya.

2. Idris Mat Diah

Pelakon veteran, Idris Mat Diah meninggal dunia di Presint 9, Putrajaya pada usia 61 tahun selepas didapati tidak sedarkan diri kira-kira pukul 2 pagi pada 14 September 2020.

Idris yang dikenali sebagai watak Pak Andak menerusi drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku 2.

Sepanjang kerjaya lakonannya, Allahyarham dikenali menerusi watak sebagai bapa dan datuk dalam kebanyakan drama lakonannya.

Selain membintangi filem Janin pada tahun 2010, Gamatisme (2015) dan Dendam Pontianak (2019), arwah pernah memegang watak dalam pelbagai drama antaranya Halimah Jongang The Series (2010), Cinta Si Wedding Planner (2015), Jalan Sesat Ke Syurga (2020), Love You Mr. Arrogant (2013) dan Andainya Takdir (2017).

Idris juga pernah berkhidmat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada 1980-an.

3. Mimi Loma

Pelakon dan penyanyi era 1960-an, Siti Aminah Ismail, 75, meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Kuala Lumpur pada pukul 2.19 pagi.

Lebih dikenali dengan nama pentasnya, Mimi Loma, Allahyarhamah merupakan adik kepada biduanita negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan seniwati Allahyarhamah Mariani Ismail, serta adik ipar kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Artis yang menempa populariti pada era 1960-an itu menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa hari dalam keadaan lemah dan kurang selera makan akibat mengalami cirit birit.

Allahyarhamah pernah membintangi filem Ahmad Albab pada tahun 1968 dan meninggalkan seorang anak dan tiga cucu.

Mimi Loma difahamkan sudah lama uzur akibat penyakit darah tinggi dan mempunyai masalah penglihatan.

4. Umi Kalthum

Seniwati filem Melayu klasik, Datin Umi Kalthum, menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang tidur pada 24 Julai 2013 pada usia 80 tahun di rumah salah seorang anaknya di Taman Melawati, Ampang, Kuala Lumpur.

Pemilik nama sebenar Patimah Bahaudin merupakan heroin filem Melayu klasik yang terkenal dengan wataknya sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah (1959) selain Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.

Lebih menyedihkan, Allahyarhamah sempat menitipkan sekeping nota tulisan yang diletakkan atas meja solek di rumah salah seorang anaknya.

Nota tersebut antara lain menyenaraikan barang keperluan yang perlu disimpan dan harus digunakan sekiranya dia meninggal dunia.

Umi Kalthum pernah dipilih majalah antarabangsa terkemuka, Life sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di seluruh Singapura dan Tanah Melayu.

Allahyarhamah juga merupakan ibu kepada seniwati, Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada penyanyi versatil, Anita Sarawak.

5. Hon Yit Sin

Dikenali menerusi sitkom popular, Empat Sekawan, pelakon, Hon Yit Sin dikhabarkan meninggal dunia dalam tidur di Raub, Pahang pada 4 September 2022.

Yit Sin memulakan kerjaya dalam industri hiburan menerusi rancangan radio pada tahun 1949. Kemudiannya, Yit Sin menubuhkan kumpulan Getai bersama tiga sahabat baiknya, Datuk Lai Meng, Hoi Yong dan Wong Hor.

Rancangan Empat Sekawan yang menggunakan dialek Mandarin, Hakka, Hokkien dan Kantonis berjaya memperoleh populariti hingga akhirnya diangkat sebagai sitkom di RTM antara tahun 1966 hingga 1988.

Pelakon itu memulakan kerjaya dalam industri seni tanah air sekitar 1960-an.

azmil mustaphameninggal dalam tidur
https://lomp.at/b7r6a
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Zumba Bersama Siti Nurhaliza Bertukar Konsert?-“Tak Jadi Zumba Kalau Macam Ni”

by Noah Ab
September 25, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza yang berzumba sambil bernyanyi lagu 'Kurik Kundi', namun yang menjadi perhatian...

Read more
Lokal

[VIDEO] Mas Khan Sebak Kerana Terlalu Cepat Menilai Luaran Manusia

Pelakon, Mas Khan berkongsi rasa sebak apabila dia terlalu cepat menilai seseorang ketika berada di sebuah stesen minyak. Kongsi Mas...

Read more
by Naddy Joe
September 30, 2025
Lokal

[VIDEO] “Aku Akan Ganyang Laki Aku Kalau Ada Penyondol”-Datin Shahida

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Datin Shahida memberitahu sekiranya suaminya ada perempuan lain, beliau akan memukul suaminya itu...

Read more
by Noah Ab
November 4, 2025
Lokal

[VIDEO] Zizi Kirana Ditangkap Tentera Isr43l, Rakyat Malaysia Titip Doa

kira-kira pukul 5.45 pagi waktu Malaysia, penyanyi Zizi Kirana yang menaiki kapal layar bernama Huga telah diserang dan ditangkap oleh...

Read more
by Noah Ab
October 2, 2025
Foto - @iamsrk (IG)
Bollywood

[FOTO] Apabila Anak SRK, AbRam Yakin Amitabh Bachchan Adalah Datuknya

King of Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) sentiasa berterus-terang tentang kehidupannya sebagai seorang bapa. Hampir setiap temu bualnya, Shah Rukh...

Read more
by Nurul A.
November 10, 2025
Foto - @fitryramly (Threads) / @missfazura (IG)
Lokal

[VIDEO] Pesona Keayuan Sultanah Bahiyah Curi Perhatian, Ada Yang Samakan Wajah Dengan Fazura

Beberapa hari ini, telah tular sebuah video di media sosial, terutamanya platform Threads yang memaparkan Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul...

Read more
by Nurul A.
October 1, 2025
Lokal

Odah Impi Jadi Pengacara TV Bersama Ammar Haikal dan Ehmad Hadie

Selepas mencuri perhatian ramai dengan keletah spontan dan keserasian luar biasa dalam program Talk To My Manager (TTMM), penyanyi muda...

Read more
by Puteri Alia
October 28, 2025
Lokal

Sharnaaz Ahmad Tegur Penjurian FFM34, Tuntut Ketelusan

Pelakon popular Sharnaaz Ahmad tampil dengan nada tegas apabila menyeru agar penjurian Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) dijalankan dengan penuh...

Read more
by Puteri Alia
October 7, 2025
Lokal

Ayda Jebat Buat TikTok Dengan Ashraf Muslim, Netizen Terhibur!-“Rosak Dah Ashraf..”

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mencetuskan rasa terhibur netizen selepas memuatnaik satu video bersama aktor kacak, Ashraf Muslim di media...

Read more
by Naddy Joe
August 27, 2025
Lokal

[VIDEO] Erma Fatima Luah Rasa Sebak Lihat Fattah Amin & Amira Othman

Pengarah terkenal, Erma Fatima meluahkan rasa sebak apabila melihat pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman di majlis resepsi mereka...

Read more
by Naddy Joe
October 27, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ditinggalkan Di Lebuh Raya: Adira Pilih Untuk Tenang, Datuk Red Akui Kesilapan

  2. 2

    “Insya-Allah Saya Akan Menjadi Seseorang Yang Sentiasa Diinginkan” – Luahan Dr Fie Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Mahkamah Tolak Permohonan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Fazura, Kes Tudung Akan Dibicarakan Penuh

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Achey Lihat Aksi Anaknya Memancing, Buatkan Ramai Terhibur

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Afwa Beritahu Siti Nurhaliza Asyik Main Telefon, Buatkan Netizen Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem