Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Hidden Gem Sarawak, Tradisi Unik ‘Palak Kuih’ 80 Tahun Di Kampung Sebandi Ulu

by Ayu Kamaruddin
December 26, 2025
63
KONGSIAN
Share on Facebook

Tersembunyi di daerah Asajaya, kira-kira 50 kilometer dari Kuching, Kampung Sebandi Ulu menyimpan satu keunikan budaya yang jarang ditemui di tempat lain. Setiap kali Maulidur Rasul, kampung ini berubah menjadi lautan dulang kuih berwarna-warni menerusi tradisi palak kuih, satu amalan turun-temurun yang telah bertahan lebih lapan dekad dan masih diraikan dengan penuh makna hingga hari ini.

Tradisi Dari Era 1940-an Yang Masih Kekal Hingga Kini

Bermula sejak tahun 1940-an ketika bilangan rumah di kampung ini masih terhad, palak kuih asalnya menjadi cara penduduk memperkukuh hubungan sesama jiran. Kini, dengan hampir 200 buah rumah, tradisi ini semakin meriah apabila ratusan penduduk dari kampung sekitar turut hadir, menjadikan sambutan ini antara acara komuniti paling dinanti setiap tahun.

Dulang Kuih Jadi Simbol Berkat & Perpaduan

Via gambar peribadi penduduk Kampung Sebandi Ulu

Setiap keluarga membawa sekurang-kurangnya satu dulang kuih dengan sebiji kek diletakkan di tengah sebagai palak, dikelilingi pelbagai kuih tradisional seperti bahulu, peneram, kuih loyang dan kek lapis Sarawak. Dulang ini kemudiannya ditukar sesama penduduk sebagai simbol perkongsian rezeki, keberkatan dan keharmonian komuniti, satu pengalaman yang cukup ‘rare’ untuk dilihat di era moden.

Menariknya, tradisi palak kuih turut memberi impak ekonomi kepada penduduk setempat. Ramai yang membuat tempahan kuih daripada pengusaha kampung lebih sebulan awal, dengan kos penyediaan boleh mencecah ratusan ringgit bagi satu dulang. Ada dulang yang beratnya sehingga tiga kilogram, bukti kesungguhan penduduk mengekalkan tradisi ini dengan penuh rasa bangga.

Hidden Gem Untuk Pelancong Yang Mahu ‘Rasa’ Sarawak Sebenar

Bagi pelancong yang mahukan pengalaman lebih daripada sekadar pemandangan cantik, Kampung Sebandi Ulu menawarkan sesuatu yang sukar ditemui di tempat lain, kehangatan komuniti, budaya berkongsi dan warisan hidup yang masih diamalkan. Tidak hairanlah tradisi ini turut mendapat perhatian kerajaan negeri sebagai identiti unik kampung yang wajar dipelihara.

Tengku Ampuan Pahang Cuba Buat Kek Lapis Sarawak, Rakyat Teruja Tengok!

Murai simpulkan, palak kuih bukan sekadar pertukaran dulang manisan, tetapi lambang kekuatan komuniti Sarawak. Sebuah hidden gem yang membuktikan bahawa keindahan sebenar perjalanan terletak pada manusia dan budaya, bukan hanya destinasi.

Kampung Sebandi UluPalak Kuihsarawak
https://lomp.at/rzhi8
Share25Tweet16SendShare

KINI TRENDING

Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

5 Idea Dating Percuma di Kuala Lumpur – Tak Perlu Keluar Duit Langsung!

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Kalau kalian nak idea dating yang best tapi jimat, Kuala Lumpur sebenarnya banyak lokasi menarik yang boleh diterokai tanpa perlu...

Read moreDetails
LifeXplore

Perbandingan Galaxy S26 Ultra & iPhone 17 Pro Yang Buat Ramai Fikir Dua Kali. Jadi Mana Juara?

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Akhirnya rasmi! Terdahulu MURAI  ada kongsikan artikel tentang 5 Perkara Baru Pada Samsung Galaxy S26 Ultra Yang Buat Ia Berbeza....

Read moreDetails
Sukan

Mahu Beri Momentum Terbaik Di Gelanggang Tenis? Ini Yang Anda Patut Tahu Mengenai SOLUTION SPEED™ FF 4

by Naddy Joe
January 31, 2026

Sukan tenis merupakan satu permainan yang menggunakan raket dan bola,  dan dimain di dalam sebuah gelanggang yang dibahagi oleh sebuah...

Read moreDetails
LifeXplore

Lain Dari Yang Lain! Rupanya Ini Maksud Kuda Liar Pada Speaker Edisi Terhad Marshall

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Masuk sahaja Tahun Kuda, ramai cari benda baru untuk segarkan hidup masing-masing dengan cara tersendiri. Kali ini, Marshall tak sekadar...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara