Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Hilangnya Doa Seorang Ibu…”-Hafiz Suip

by Naddy Joe
November 11, 2025
Share on Facebook

Penyanyi, Hafiz Suip berkongsi khabar duka mengenai ibunya, Halizawati Hj Mohd Salleh yang telah pergi menghadap Illahi di sebuah pusat perubatan akibat penyakit kencing manis di Kuching, Sarawak pada malam Isnin.

Khabar duka itu dikongsi sendiri oleh Hafiz menerusi hantaran di Facebook, yang memohon doa orang ramai buat Allahyarhamah ibunya itu.

“Innalillahiwainnailaihirajiunn, hilangnya doa seorang ibu…

Mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat ibu kepada Hafiz Suip yang baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Semoga Hafiz Suip dan keluarga kuat menghadapi ujian ini.”-kongsi Hafiz di Facebook

Netizen Beri Ucapan Takziah & Doa

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan ucapan takziah dan menitipkan doa buat Allahyarhamah dan Hafiz sekeluarga.

“Innalillahwainailahirojiun. Salam takziah Hafiz Suip atas kehilangan ibunda tercinta. Semoga allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.”

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..”

“Semoga keluarga arwah tabah menghadapi kehilangan Arwah Adinda Halizawati yang dicintai.”

Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Semariang

Jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma pada jam 10.00 pagi hari ini untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Kuching.

Sekadar info, Hafiz sempat mengukir kenangan indah bersama arwah di konsert sulungnya ‘Di Sebalik Aku: Hafiz Suip’ pada 1 November lalu di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah..

Hafiz Suip Sah Ceraikan Isteri
hafiz suip
https://lomp.at/z5r41
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Lokal

‘Repost’ Ruhainies Di Thread Undang Kecaman Netizen-“Dia Acah Mangsa Tapi…”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Nama pelakon, Ruhainies menjadi bualan di media sosial disebabkan tindakannya yang menyiar semula (repost) hantaran salah seorang netizen di Thread,...

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
Lokal

Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

by Naddy Joe
March 31, 2026

Pelakon dan penerbit, Datin Anne Ngasri menitipkan rasa syukur apabila dia dilantik sebagai Pengerusi Hotel Premiera bermula sejak 2 Mac...

Read moreDetails
Foto - @remyishakofficial (FB) / @remyishaktiktok (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Remy Ishak Salam Raya Ibu Undang Gelak Tawa- “Menekan-Nekan Minta Maaf Tu”

by Nurul A.
March 28, 2026

Pelakon kacak, Remy Ishak mencuri perhatian ramai apabila tular sebuah video pendek yang memaparkan dirinya bersalaman raya dengan ibunya. Walaupun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara