Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Hulk Hogan Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun, Ini Punca Kematian

by Phic ARMAN
July 25, 2025
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu kehilangan besar buat dunia gusti dan hiburan, legenda WWE, Hulk Hogan, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun. Berita sedih ini disahkan oleh pengurus beliau, Chris Volo, yang memaklumkan Hogan meninggal dunia di rumahnya di Clearwater, Florida, disamping ahli keluarga tercinta.

Menurut kenyataan media, pasukan penyelamat tiba di lokasi pada jam 9:51 pagi Khamis selepas menerima laporan serangan jantung. Namun, Hogan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bintang Besar Era WWE, Dari WrestleMania ke Hollywood

Nama sebenar beliau ialah Terry Bollea, tapi seluruh dunia lebih mengenalinya sebagai Hulk Hogan. Lelaki bertubuh sasa dengan misai, rambut perang, dan gaya koyak baju yang ikonik! Dia mula mencipta nama sekitar era 80-an dan 90-an, dan pernah jadi headline untuk WrestleMania pertama pada tahun 1985.

Antara lawannya yang paling dikenali termasuklah Andre The Giant, Randy Savage, The Rock, malah Vince McMahon sendiri! Hogan memenangi 6 kejuaraan WWE dan dimasukkan ke dalam WWE Hall of Fame pada tahun 2005 oleh pelakon Sylvester Stallone.

Ucapan Takziah

Legenda gusti lain seperti Ric Flair mengaku terkejut mendengar berita ini dan menyifatkan Hogan sebagai “sahabat rapat”. Pihak WWE turut mengeluarkan kenyataan rasmi, menyatakan mereka sangat sedih dengan kehilangan ini dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga serta para peminat.

Hogan meninggalkan dua orang anak, Brooke (37) dan Nick (34), hasil perkahwinan pertama dengan Linda Bollea. Beliau berkahwin tiga kali, dan isteri terkini ialah Sky Daily, yang dinikahinya pada 2023.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Hogan mengalami masalah kesihatan serius,  lebih 25 pembedahan termasuk lutut, bahu, dan pinggang, semuanya akibat karier gustinya yang penuh aksi ganas.

Selamat tinggal kepada ikon WWE yang mengubah landskap dunia gusti dan hiburan pop. Terima kasih untuk kenangan, Hulkster!

Hulk Hogan
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem