Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ibu Aliff Aziz Buang Menantu Dari ‘Group’ Keluarga, Bella Astillah Dedah Mak Mentuanya Punca Utama Penceraian

by Puteri Alia
August 9, 2024
Share on Facebook

Pelakon Bella Astillah menegaskan bahawa tiada niat untuk memutuskan hubungan antara anak-anaknya dengan bekas suaminya, Aliff Aziz, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya, Bella mendedahkan bahawa ibu kepada Aliff sendiri yang telah merosakkan hubungan tersebut dengan memilih untuk menyindirnya secara terbuka di media sosial.

Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, menjelaskan bahawa keluarga bekas suaminya tidak pernah meminta maaf atas tindakan mereka yang menyokong wanita yang dikatakan telah memusnahkan rumah tangganya dengan Aliff.

“Kepada mak mentua saya, semasa buang saya dari kumpulan WhatsApp keluarga begitu sahaja tanpa dengar penjelasan, tidak tanya khabar saya dan anak-anak, siap nyahikut saya. Selepas itu anda boleh pula ikut perempuan yang sudah menjadi punca cucu anda kehilangan bapa?” luah Bella dengan nada kesal.

Bella turut mempertikaikan akal fikiran dan sifat kemanusiaan ibu mentuanya yang memilih untuk terus menyindirnya di media sosial, walaupun tindakan tersebut dikatakan hanyalah hantaran umum. Baginya, rakyat Malaysia cukup bijak untuk memahami bahawa sindiran itu ditujukan kepadanya.

“Sekiranya anak anda tidak berkomplot merancang perkara jahat, semua ini tidak akan terjadi. Kami pasti boleh berpisah dengan cara baik,” tambah Bella yang kecewa dengan keadaan yang berlaku.

Apa yang lebih menyakitkan hati Bella adalah tiada kata maaf yang diucapkan oleh keluarga bekas suaminya, malah mereka terus memperli dirinya dengan membuat video-video sarkastik di media sosial.

Tindakan keluarga Aliff yang terus menyindir Bella juga menambah beban emosi kepada anak sulung mereka, Ayden Adrean. Bella mendedahkan bahawa dalam satu panggilan video antara Ayden dan neneknya, Fiza, anaknya itu terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh neneknya.

"Merdu Bak Malaikat, Bella Nyanyi Like My Father"-Netizen Dakwa ‘Hint’ Jelas Daripada Syed Saddiq

“Jadi, buat sementara waktu ini berilah kami ruang. Jauhkanlah diri kalian, cukup panggilan video pertama kalinya menjadikan saya takut sebab mak mertua cakap apa pada Ayden ketika itu? Ayat-ayat macam ini hanya akan mengganggu fikiran budak kecil walhal dia tak fikir begitu,” ujar Bella yang risau akan kesihatan mental anak-anaknya.

Bella turut menegaskan bahawa keputusan untuk menjauhkan anak-anaknya dari keluarga bekas suami diambil buat sementara waktu demi menjaga ketenangan dan kesihatan mental mereka. Beliau meminta agar keluarga bekas suami menghormati keputusannya dan tidak lagi menuduhnya menggunakan anak-anak sebagai alasan.

“Saya menjaga kesihatan mental dan ketenangan anak-anak untuk membesar dengan baik dan positif. Jangan risau, anak-anak tetap kenal bapa mereka. Saya juga tahu soal hukum memisahkan anak dengan bapa, saya tak pernah cakap nak pisahkan mereka,” kata Bella lagi.

Sebelum ini, Bella dan Aliff Aziz berkahwin pada 9 September 2016 namun bercerai talak satu pada 13 Jun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Baru-baru ini, ibu kepada Aliff Aziz, Fiza, turut mencetuskan kontroversi apabila berkongsi petikan ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai larangan anak-anak daripada berjumpa ibu bapa mereka, yang dipercayai ditujukan kepada Bella.

Situasi ini semakin tegang apabila Aliff dan Fiza sering memuat naik hantaran di media sosial mengenai kerinduan mereka terhadap Ayden dan Ara, yang menambahkan lagi tekanan kepada Bella.

Walau bagaimanapun, Bella berharap agar konflik ini dapat diselesaikan dengan baik pada masa hadapan demi kebaikan anak-anak mereka.

aliff azizBella Astillahruhainiessiti hafiza
https://lomp.at/kahgm
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Perkongsian pelakon, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Justin Leroy yang cuba berbahasa Melayu, baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @drfietawfek (IG)
Lokal

Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

by Nurul A.
March 16, 2026

Doktor pergigian, Dr Fie Tawfek menjadi perhatian ramai selepas tamat tempoh iddahnya baru-baru ini. Dr Fie atau nama penuhnya Afifah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelawak, Achey mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen sahur bersama anak perempuannya, Tiara Zinnirah Nasir di media sosial. Kongsi Momen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara