Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ibu Anna Jobling Mengaku Sepak Anak, Dakwa Demi Didik Bukan Dera

by Puteri Alia
August 13, 2025
Share on Facebook

Ibu kepada pelakon popular Anna Jobling, Ariz Arop, mengakui pernah memukul anaknya sebelum ini namun menegaskan tindakan itu adalah demi mendidik, bukan mendera seperti yang didakwa ramai pihak. Menurut Ariz, dia pernah menampar muka Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman Jobling, 25, kerana mendakwa anaknya bersikap melampaui batas dan kurang ajar terhadapnya. Katanya, dia menyepak Anna selepas perbualan mereka bertukar kepada panggilan kasar seperti “kau” dan “aku”. Ariz menafikan sekeras-kerasnya bahawa tindakannya itu bertujuan mencederakan, apatah lagi menyebabkan kecederaan serius.

Ariz turut meluahkan rasa kecewa terhadap perubahan sikap anaknya selepas meraih populariti sebagai pelakon. Menurutnya, sejak Anna mempunyai kelab peminat, peguam, dan dijaga syarikat pengurusan, dirinya seolah-olah sudah tidak lagi bermakna bagi anak tunggalnya itu. Dia mendakwa hubungan mereka sudah lama tegang dan antara punca utama ialah campur tangan pihak ketiga, termasuk pengurusan serta pentadbir kelab peminat Anna yang didakwa terlalu banyak mencampuri urusan peribadi mereka. Situasi itu, katanya, sering mencetuskan perbalahan dan membuatkan hubungan ibu dan anak itu semakin dingin.

Mengulas reaksi netizen yang cenderung menyebelahi Anna, Ariz berkata dia tidak berkecil hati kerana memahami kebanyakan orang akan menyokong pelakon yang cantik dan popular. Baginya, dia telah melakukan yang terbaik dalam membesarkan Anna dan menganggap segala yang berlaku sebagai ujian daripada Allah SWT. Ariz menegaskan dia tidak cuba menampilkan dirinya sebagai mangsa, sebaliknya hanya menjelaskan situasi sebenar agar orang ramai tidak membuat kesimpulan terburu-buru.

Isu hubungan renggang antara Anna dan ibunya mula menjadi perhatian selepas Ariz sendiri mengaku perkara itu secara terbuka. Dalam perkembangan berkaitan, peguam Anna menafikan dakwaan berlaku insiden pergelutan atau kejadian mengunci ibunya di dalam kereta. Menurut penjelasan peguam, pintu kenderaan tersebut boleh dibuka dari bahagian dalam dan ketika kejadian, ia sebenarnya tidak berkunci.

Anna Jobling Menang Outstanding Asian Star Di SDA 2025, Lain Pula Reaksi Ibu?- "Jangan Petik Nama..."
Anna Jobling
https://lomp.at/35if4
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Foto - @meerqeen (IG)
Lokal

[VIDEO] Tiada Syarat Penampilan, Meerqeen Inginkan Wanita Beradab & Hormat Keluarga

by Nurul A.
January 20, 2026

Peminat jadi tak keruan selepas pelakon Meerqeen mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya. Menerusi temu bual podcast Myn & Cat di YouTube,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Syatilla Melvin Tak Ingat Nama Ibu, Netizen Terhibur!-“9 Tahun Aku Bela Budak Ni…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pelakon, Syatilla Melvin mencuri perhatian peminat di media sosial selepas berkongsi satu video yang memaparkan gelagat anak lelakinya, Syeriv Samheizy...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Pesan, -“Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai”

by Nurul A.
January 26, 2026

Pelakon dan usahawan, Adam Corrie mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu nasihat di platform Threads untuk pengikutnya, khususnya golongan wanita....

Read moreDetails
Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara