Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Ibu Berdoa Jauhkan Anak Dari Maksiat” – Ina Naim Bimbang Hadie Tidak Tidur Di Rumah Rakan Lelaki

by Puteri Alia
November 7, 2025
Share on Facebook

Penyanyi dan bekas finalis Akademi Fantasia, Ina Naim meluahkan rasa bimbang terhadap tindakan anaknya, Hadie Elfardie, yang tidak menginap di rumah rakan seperjuangan ketika menyertai program Talk To My Manager (TTMM), Ammar Haikal, sebaliknya dikatakan menumpang tidur di tempat lain.

Menurut Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 41, sebagai seorang ibu, hatinya tidak tenang melihat situasi itu dan hanya mampu berdoa agar anak lelakinya dijauhkan daripada sebarang perbuatan yang menjerumus ke arah maksiat.

“Ibu nampak abang (Hadie) bawa beg keluar dari rumah Ammar, mesti tumpang tidur rumah Oddah (Auddra). Ibu risau, ibu tak boleh tidur malam. Sampaikan ibu berdoa, ‘Ya Allah, jauhkanlah anak aku daripada maksiat dan zina’,” katanya dalam siaran langsung di media sosial.

Difahamkan, ketika itu Hadie sedang membuat siaran langsung sambil menerima nasihat daripada ibunya yang menegurnya dengan penuh kelembutan tetapi jelas sarat dengan kebimbangan. Ina berkata, kerisauannya bukan disebabkan tidak mempercayai anak sendiri, sebaliknya ia datang daripada naluri semula jadi seorang ibu yang ingin melindungi anak daripada godaan dunia luar.

“Ibu sangat risau. Syaitan kalau nak hasut manusia, sesiapa pun syaitan boleh hasut. Orang pakai kopiah atas kepala pun boleh letak tepi kopiah dia. Ibu dah 41 tahun hidup, pelbagai dah ibu lalui. Ibu gelisah, nak tidur pusing kiri tak kena, pusing kanan pun tak kena. Itulah naluri seorang ibu,” ujarnya penuh emosi.

Sejak menyertai Talk To My Manager, Hadie dilihat sangat rapat dengan dua rakan seperjuangannya, Ammar Haikal dan Auddra, sehingga mereka menamakan kumpulan kecil mereka sebagai Trio Mut. Malah, hubungan mereka bertiga kekal akrab dan sering meluangkan masa bersama meskipun pertandingan itu telah pun berakhir.

Ina Naim Sindir Isu Peti Ais - "Sampai Dah Mati Laki Aku, Orang Masih Tanya"

Namun bagi Ina, kasih sayang seorang ibu tidak pernah mengenal batas usia atau kejayaan anak. Walau sejauh mana Hadie pergi mengejar impian, doa dan kebimbangan seorang ibu sepertinya akan tetap mengiringi setiap langkah yang diambil oleh anak tercinta.

Ina Naim
https://lomp.at/wko10
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Fasha Sandha Bidas Komen Netizen Anggap Sharifah Rose ‘Kayu’-“Dia Punctual & Rajin..”

by Naddy Joe
February 13, 2026

Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara selepas salah seorang netizen menyifatkan lakonan pelakon, Sharifah Rose sebagai 'kayu'. "Saya tengok banyak jugak...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
Foto - @drchehafiz (IG)
Lokal

“Raya Akan Berbeza Sedikit”- Cetus Tanda Tanya, Julia Farhana & Suami Saling ‘Unfollow’ IG?

by Nurul A.
March 24, 2026

Tiada angin tiada ribu, secara tiba-tiba nama pelakon Julia Farhana Marin dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz menjadi bualan. Semuanya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara