Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Idam Hasilkan Filem 12 Mei, Saiful Apek Kongsi Kisah Ditinggalkan Di Kawasan Semak

by Puteri Alia
October 30, 2023
Share on Facebook

Penerbit dan pelawak, Saiful Apek, meluahkan hasrat untuk menghasilkan sebuah filem biografi berjudul 12 Mei yang mana secara keseluruhannya dianggarkan bakal menelan belanja sebanyak RM15 juta.

Bgaaimanapun, kata Saiful atau nama sebenarnya, Mohd Saifulnizam Mohammed Yusoff, disebabkan kos yang tinggi, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan dan belum dapat direalisasikan sehingga kini.

“Secara peribadi, filem 12 Mei sangat istimewa buat saya kerana ia merupakan naskhah biografi yang akan menceritakan kisah hidup saya di dalamnya.Judul itu merupakan tarikh lahir saya sendiri.

“Bagi yang belum tahu, sejak dilahirkan, saya tak tahu pun siapa ibu dan ayah kandung kerana ditinggalkan di kawasan semak selama tiga hari sebelum peristiwa hitam 13 Mei terjadi. Hanya selepas 21 tahun, baru saya dapat jumpa keluarga kandung.

“Ketika itulah emak ceritakan yang saya dilahirkan pada tanggal 12 Mei. Sebelum itu, saya cuma diberitahu tarikh lahir saya ialah pada Ogos. Saya tak salahkan keluarga angkat kerana mereka memang tak tahu dan saya juga semasa bayi, ditinggalkan tanpa sebarang dokumen,”katanya.

Katanya, untuk menghasilkan filem dengan latar belakang era 1969 dan 1970-an, ia bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan bajet yang besar.

“Dari segi pengarahan, saya berfikir, apakah saya sendiri yang akan mengarahkannya kerana yang pasti, dalam filem 12 Mei, saya tidak akan melakonkan watak sendiri.

“Saya juga perlu mencari pelakon yang mempunyai iras atau wajah macam saya yang akan dipaparkan mengikut zaman kanak-kanak, remaja sehinggalah dewasa.

“Oleh itu, perlu ada sesi uji bakat untuk mencari barisan pelakon yang sesuai untuk mendukung watak dalam filem 12 Mei,”katanya.

Saiful juga berkata, filem 12 Mei juga bakal memaparkan individu-individu penting dalam hidupnya.

Saiful Apek Akui Ditahan Polis, Dedah Isu Pergaduhan Sebagai Punca
saiful apek
https://lomp.at/72doo
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Puteri Balqis Tuntut Bayaran Tertunggak Daripada Jenama Kosmetik Terkenal?

by Naddy Joe
January 21, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil bersuara menuntut bayaran tertunggak daripada salah sebuah jenama kosmetik yang didakwa masih gagal melunaskan tanggungjawab yang...

Read moreDetails
Spotlight

Aktor Transformers, Shia LaBeouf Naik Angin Tumbuk Lelaki Gay. Apa Puncanya?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Kontroversi demi kontroversi. Nama Shia LaBeouf sekali lagi jadi bualan hangat, kali ini bukan di karpet merah atau set penggambaran,...

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
Berita

Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-“Yang Buruk Ialah Sifat Sombong…”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang...

Read moreDetails
Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara