Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Idola Ibu Bapa Muda, Ini Antara Tips Asuh Anak Seperti Hanis-Hairul

by Soph Azz
December 29, 2022
Foto - mStar

Foto - mStar

Share on Facebook

Rasanya ramai ibu bapa terutamanya mereka ibu bapa muda, menjadikan selebriti Hanis Zalikha-Hairul Azreen sebagai ‘idola’ dalam mendidik anak-anak.

Bukannya apa, pasangan ini menjadi perhatian kerana cara didikan mereka boleh dikatakan antara yang terbaik. Malah Hanis pula kerap kali menjaga dan mendidik anak dengan penuh sifat keibuan.

Melihatkan kongsian mereka sejak anak-anaknya (Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah) dari dulu sehingga kini, Miss Murai simpulkan beberapa tips yang boleh ibu bapa muda ikuti dan terapkan dalam mendidik anak-anak kamu.

Foto – Pa&Ma / Erin Sakura
  • Sekiranya bayi memiliki kulit kering dan asyik nak menggaru, kamu boleh pakaikan anak sarung tangan untuk elak daripada kulit menjadi luka atau merah. Tips Hanis, beli sarung tangan yang ada getah (teething glove) di bahagian hujungnya.
  • Ajar anak untuk membersihkan gigi. Bermula dari cuci guna kain basah, guna berus gigi atau elektrik, kumur guna air dan beritahu apa kesannya jika tak memberus gigi.
  • Sejak anak masih lagi bayi, praktikkan untuk tidur awal supaya rutin ini menjadi sebati dengan body clock. Kesannya anak akan menjadi morning person dan mudah bangun bila ke sekolah nanti,
Foto – @haniszalikha (IG)
  • Biasakan anak dengan komunikasi luar selain ibu bapa seperti rakan di taska, sepupu atau jiran. Tujuannya untuk mudahkan transisi ‘ice breaking’ dan bentukkan persahabatan.
  • Kenal nama kawan anak-anak dan ambil perhatian bila mereka bercerita tentangnya. Ibu bapa perlu sentiasa up-to-date dalam bersembang dengan anak-anak.
  • Pastikan anak mendapat nutrien yang cukup. Seperti Hanis, dia akan memasak nasi, lauk sayur dan protein (ayam/daging/ikan). Bagi snacking pula, sediakan buah-buahan yang anak suka.
Foto – TehTarik Kaw
  • Bagi mengajar anak untuk dwibahasa pula, Hanis dedah anak-anak perlu diajar sebelum usianya 12 tahun. Rangsangan bahasa sebanyak 11 juta patah perkataan setahun untuk satu bahasa boleh jadikan anak lebih petah.
  • Bagi bapa pula yang mahu tegur tingkah laku anak, Hairul kongsikan dia tak lakukannya dengan rotan atau cubit. Tetapi hanya tegur dengan pandangan atau bertegas.
"Jadi Makan Je La Antihistame Kalau Naik Gatal..."-Hanis Zalikha

Apa pun, setiap ibu bapa ada cara asuhan mereka sendiri. Tapi kalau rasa nak tukar ke cara yang lembut dan tegas, eloklah ikut tips selebriti ini.

Hairul Azreenhanis zalikhatips hanis zalikha
https://lomp.at/fv4cv
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara