• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Lambat Lagilah Aku Nak Dapat Job Di Malaysia” – Iedil Putra Komen Pelakon Perlu Ada 1 Juta ‘Followers IG’

Dia turut meluahkan rasa bimbang kepada mereka yang baru melangkah dalam industri hiburan

by Naddy Joe
November 26, 2021
Share on Facebook

Pelakon berbakat besar, Tengku Iedilzuhrie Putra Tengku Alaudin atau lebih dikenali sebagai Iedil Putra meluahkan rasa kecewa apabila sebuah syarikat penyiaran ternama menetapkan kriteria pelakon perlu mempunyai jumlah pengikut di Instagram lebih dari 1 Juta pengikut.

“Kriteria Macam Ni Yang Mereka Cari. Bye”-Iedil Putra

Menerusi tweet yang dikongsi di laman Twitter, pelakon filem Ola Bola ini memberitahu dengan syarat yang ditetapkan sedemikian hanya akan membuatkan pengiat seni sepertinya semakin sukar untuk mencari rezeki.

“Dari sebuah syarikat penyiaran ternama ; Followers IG over 1 juta? Lambat lagilah aku nak dapat job di Malaysia ni.

Walaupun sudah lebih 20 tahun aku mengabdikan diri, tapi kriteria yang macam ni yang mereka cari. Bye”-Tweet Iedil

Disokong Oleh Naz Rahman

Kenyataan yang diberikan oleh Iedil turut mendapat sokongan daripada hos televisyen terkenal, Naz Rahman yang menyifatkan ia seperti dunia yang baru jika tiada tindakan susulan diambil oleh pihak berwajib.

“teruskan pendirian Iedil. Anda dan Ahmad menjadikan pengalaman Ola Bola saya tidak dilupakan sehingga bila-bila.

Sedihnya, tanpa campur tangan untuk keseluruhan simbiosis, ianya tidak dapat dinafikan. Ia adalah dunia yang baru.”-Komen Naz

Bimbang Dengan Pendatang Baharu

Tambah Iedil lagi, dia meluahkan rasa bimbang kepada mereka yang baru melangkah dan mempunyai tanggapan yang lain terhadap industri hiburan.

“Ianya mengecewakan. Topik ini akan mendapat lebih perhatian daripada perkara lain yang kita lakukan.

Tetapi anda benar. Saya cuma risau bagi mereka yang baru bermula, tanggapan mereka untuk melangkah  masuk ke industri ini.”- katanya lagi

Adakah followers yang banyak di media sosial menentukan kualiti dan bakat seorang pelakon? Apa pendapat anda?

Iedil Putra
https://lomp.at/axtu7
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore