• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[EKSKLUSIF] “I’m A FTM”- El Lye Gembira Ibu Beri Kebebasan Sejak Muda, Selesa Dengan Fizikal Lelaki

by Phic ARMAN
March 17, 2021
Share on Facebook

Pada awal tahun 2017, pemilik Gym ini pernah mengejutkan masyarakat di Malaysia kerana dia berani menunjukkan sisi dirinya yang berbeza.

Ahli bina badan berasal dari Ipoh ini telah melakukan latihan fizikal dan aktiviti kecergasan sehingga akhirnya dia memiliki badan yang dia ada sekarang. Namun siapa sangka asalnya dia adalah seorang wanita. Murai MY berpeluang menemubual pemilik nama El Lye ini untuk mengenalinya lebih dekat.

Pemilik Gym Muszle Warrior

Foto: Instagram @el_lye_ipoh

Lye, yang kini berusia 40 tahun, atau nama sebenarnya Elaine Lye adalah pelatih kecergasan, ahli bina badan dan pemilik gym Muszle Warrior.  Lye baru sahaja membuka sebuah lagu pusat kecergasan di bandar Ipoh, Perak.

“Baru-baru ini, saya baru sahaja membuka sebuah gym besar  di Ipoh City & Country Club (ICCC) pada 7 Januari 2021. Saya mula menubuhkan pusat kecergasan  Muszle Warrior ini dari tahun 2007 hingga sekarang 2021. Ia terbuka untuk semua orang.”- katanya ketika dihubungi oleh Murai MY.

“Sesi ‘latihan peribadi’ (pt) saya sendiri bertujuan untuk menolong orang mendapatkan semula badan mereka, mendapatkan keyakinan melalui kecergasan dan gaya hidup sihat”- katanya.

Transformasi Tubuh

Foto: El Lye

Mesti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana kesan dari transformasi tubuh yang dilakukan olehnya.  Lye berkata,  dia telah membuat kajian terlebih dahulu untuk transformasi tubuhnya kepada seorang lelaki.

“Keputusan saya untuk melakukan peralihan perubahan tubuh berlaku setelah melakukan banyak kajian. Saya ingin memastikan bahawa saya tahu sepenuhnya risiko kesihatan saya sebelum mengambil sebarang hormon.”

“Saya juga ingin tahu apa yang diharapkan dalam penampilan saya. Saya tahu akan berjambang dan mungkin juga rambut akan berkurang atau botak.”

Sejak tahun 2016, Lye menghentikan mengambil dos testosteron kerana dia menjalani rawatan tanam rambut. Tambahnya lagi, dia kini bergelar seorang ‘influencer’  untuk sebuah pusat rawatan tanam rambut di Bangkok, Million Hair Transplant.

“Tetapi setelah saya mendapat fizikal lelaki, saya secara beransur-ansur mengurangkan dos testosteron saya. Sejak tahun 2016, saya menghentikannya untuk rawatan tanam rambut ”

“Pada tahun 2016 juga saya mengambil satu lagi langkah penting dalam transformasi tubuh saya dan menjalani pengurangan payudara, dan untuk peringkat kedua saya kemudian menjalani pembedahan peri areola.”

Tidak Merancang Untuk Membuat Pembedahan Di Bahagian Intim

Kini dia seperti seorang lelaki sejati, Lye ternyata selesa dengan perubahan tubuh yang sedia ada. Menurut Lye, pembedahan tubuh bukanlah suatu keharusan.

“Untuk diri saya sendiri, saya ingin menjadi diri sendiri dengan percaya diri dan juga boleh menanggal baju saya di pantai atau saat berlatih di gym saya.”

Walaubagaimanapun Lye mendedahkan tidak merancang untuk membuat pembedahan di bahagian intim.

“Pada masa ini saya mesti mengatakan bahawa saya selesa dengan perubahan yang telah saya buat. Saya yakin bahawa saya tidak akan melanjutkan untuk menjalani pembedahan di bahagian intim- akuinya.

Penerimaan Keluarga

Lye bersama ibunya.

Mengenai penerimaan dari keluarga, Lye berkata, dia bersukur ibunya memberi sokongan tentang pilihan hidupnya sejak awal lagi.

Foto: Instagram @el_lye_ipoh

“Saya sangat gembira ibu saya memberi  banyak kebebasan sejak muda untuk memilih perjalanan hidup saya. Dan sekarang saya gembira dengan apa yang saya ada sekarang”- ujarnya.

Sudah Dimiliki

Bertanya mengenai status dalam hubungan percintaan, Lye mengaku kini sudah dimiliki dan bahagia bersama isteri tersayang.

“Saya mempunyai hubungan yang baik dengan isteri saya. Kami berdua tidak begitu gemar kepada kanak-kanak jadi kami tidak akan memikirkan untuk mengambil anak angkat sekalipun”- katanya kepada Murai MY.

Gemar Bermain Piano

Di sebalik kerjayanya sebagai seorang ahli bina badan, rupanya Lye meminati seni muzik. Pada waktu terluang, dia gemar bermain piano dan antara lagu kegemarannya adalah Forever Love oleh Gary barlow. Jom dengar Lye bermain piano dalam video di bawah;

YouTube video

Dilantik Menjadi Duta Bagi Sebuah NGO Pencinta Haiwan

Lye mempunyai pengikut yang ramai di Instagram, namun kelebihan ini tidak disia-siakan. Dia dilantik menjadi duta Mutts & Mittens (M&M) sebuah Persatuan Pencinta Haiwan di Perak. Semestinya misi utama persatuan ini untuk melindungi haiwan. Persatuan ini berusaha untuk selamatkan haiwan yang sakit kemudian menyembuhkannya dengan memberikan suntikan vaksin yang sepatutnya sebelum di hantar pulang.

Lye berkata, dia seorang pencinta haiwan sejak kecil lagi. Mengimbau kembali zaman kecil, Lye berubah menjadi seorang vegetarian sejak usia 9 tahun kerana tidak sanggup makan mana-mana haiwan. Sebagai ahli bina badan, dia akui menjadi seorang vegetarian tidak menjadi masalah untuk membina otot.

“Vegetarian juga dapat membina otot sebenarnya, tak perlukan daging”

Jika anda mahu membantu meneruskan usaha mereka, boleh hulurkan sumbangan ke akaun Persatuan Pencinta Haiwan Daerah Kinta Perak, PUBLIC BANK: 3200329836

Arzmy HargreavesEl LyeElaine Lye
https://lomp.at/doei6
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

“Anda Jawab di Akhirat”: Video Temu Bual Disalah Tafsir? Aaron Aziz Tampil Bersuara

by Aphit J.
October 6, 2025

Sebelum ini Datuk Aaron Aziz kembali hangat diperkatakan apabila dikatakan tidak peka dengan isu yang melibatkan Gaza. Tiada Kaitan Dengan...

Read more
Lokal

[VIDEO] Aksi Manja Datuk Khalid Apabila Bersama Siti Nurhaliza Buatkan Netizen Teruja

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan kompilasi video suami kepada Biduanita Negara iaitu Datuk Khalid yang mesra dan manja...

Read more
by Noah Ab
November 13, 2025
Lokal

Datin Fadilah Mansor Tetap Terbuka Cari Pengganti, Tegas Tidak Mahu Suami Orang Jadi Pilihan

Sudah enam tahun hidup bersendirian selepas kehilangan suami tercinta, pelakon Datin Fadilah Mansor tidak pernah menutup ruang hati untuk menerima...

Read more
by Puteri Alia
October 3, 2025
Lokal

Vida Dakwa Bakal Jadi ‘Pelakon Hebat Tahun Hadapan’, Angkat Watak Gelap Ala Joker Dalam Filem Baharu

Datuk Seri Vida sekali lagi membuktikan bahawa dirinya bukan sekadar figura sensasi yang berjaya dalam dunia keusahawanan, malah seorang yang...

Read more
by Puteri Alia
November 20, 2025
Foto - @mishaomar (IG)
Lokal

Kini Misha Omar Pula Yang ‘Tawan’ Times Square, New York- “Saat Yang Tidak Dapat Dilupakan…”

Selepas Ernie Zakri, kini tiba pula giliran penyanyi tersohor tanah air iaitu Misha Omar menghiasi papan iklan ikonik di Times...

Read more
by Nurul A.
September 30, 2025
Lokal

“Saya Bukan Budak-Budak Nak Pergi Kelab”- Beego Nafi Ligat Berhibur, Dakwa Cuma Hadir Majlis Hari Jadi

Pelakon dan pengarah, Beego, tampil menjernihkan keadaan selepas tersebarnya dakwaan kononnya dia dilihat berhibur di kelab malam bersama beberapa rakan...

Read more
by Puteri Alia
October 23, 2025
Lokal

“Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

Kebelakangan ini, kecoh di media sosial apabila seorang individu secara terbuka mempertikaikan misi Global Sumud Flotilla (GSF), sebuah usaha kemanusiaan...

Read more
by Aphit J.
October 11, 2025
Foto - @missfazura (IG)
Lokal

“Tolong Doakan Saya” – Nur Fazura Luah Hasrat Mahu Berkahwin

InshaAllah, semoga Nur Fazura diberikan jodoh yang terbaik! Tidak menutup pintu hati selama-lamanya, pelakon dan usahawan Nur Fazura mendedahkan niatnya...

Read more
by Nurul A.
December 9, 2025
Berita

Noor Nabila Kesal Malaysia Airlines Menyebabkan Bagasinya Hilang-“Kau Masih Bangga Dengan Kacang Masin..”

Kakak kepada pelakon dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila meluahkan rasa kesal terhadap salah sebuah syarikat penerbangan nasional apabila...

Read more
by Naddy Joe
December 3, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Menggemas Rumah-“Hantaran Tinggi ni”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta ynag peroleh perhatiann ramai....

Read more
by Noah Ab
October 16, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  3. 3

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  4. 4

    Akrab Sejak Sekolah, Ini Kronologi Putus Sahabat 2 Primadona Malaysia Erra Fazira & Umie Aida

  5. 5

    Tiga Beranak Slay Bawa Lagu ‘What’s Going On’, Di Putrajaya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore