Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Imam Muda Asyraf Sokong Teguran Terbuka Terhadap Selebriti Islam Berpakaian Mencolok

by Puteri Alia
November 18, 2025
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf menegaskan bahawa teguran terbuka terhadap selebriti yang mempromosikan perkara melanggar syariah Islam adalah wajar, tetapi mesti dilakukan dengan berhemah. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan berkata, dalam konteks amar makruf nahi mungkar, teguran boleh diberikan secara peribadi jika kesalahan dilakukan secara tersembunyi. Namun, jika sesuatu perkara dilakukan secara nyata dan ditunjukkan dengan jelas, teguran terbuka adalah perlu bagi mencegah kemungkaran berleluasa.

Beliau mengulas isu pemakaian mencolok mata segelintir selebriti Islam dalam mempromosikan karya seni mereka. Asyraf menyambut baik cadangan kerajaan untuk mengenakan tindakan jenayah syariah terhadap selebriti beragama Islam yang berpakaian mencolok, tetapi menegaskan pelaksanaan harus teliti supaya tidak melanggar hak privasi. Menurutnya, perlaksanaan mungkin perlu dilakukan secara berperingkat dan memerlukan garis panduan jelas supaya prosedur operasi standard (SOP) dapat diikuti dengan baik.

Beliau juga menjelaskan bahawa perbincangan mengenai isu ini banyak berkisar kepada hak peribadi dan sejauh mana peranan pihak berkuasa dalam menegakkan etika pemakaian. Segala persoalan orang ramai hanya dapat dijawab selepas garis panduan dikeluarkan, katanya. “Kalau kerajaan nak buat garis panduan, saya rasa bagus. Kita menunggu garis panduan yang lebih objektif, mudah difahami dan ada sukatan kadarnya,” tambahnya lagi.

Isu ini timbul selepas video muzik terbaharu kumpulan Dolla, Question, menerima kritikan kerana penampilan seksi ahli kumpulan tersebut. Ustazah Asma’ Harun menegur secara terbuka, dan kritikan tersebut turut mendapat perhatian Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar. MV itu kemudian diturunkan dari YouTube, manakala Universal Music Malaysia memahami kebimbangan orang ramai berhubung penampilan ahli kumpulan Dolla yang dianggap sensitif dan tidak sesuai dalam konteks norma masyarakat Islam.

NEX & Fattah Amin Bersama Palestin: Satu Botol, Satu Harapan
imam muda asyraf
https://lomp.at/asdv4
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Saya Ingatkan Orang Malaysia Dah Educate”- Waheeda Simpati Dengan Siti Nurhaliza

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Nama penyanyi dan penceramah bebas, Waheeda, kembali jadi sebutan apabila kenyataannya mengenai isu telekung dan aurat tular di media sosial....

Read moreDetails
Lokal

Fazura Titip Ucapan Istimewa Buat Bella Astillah-“Kini Menjadi Tunangan Lelaki Budiman..”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Pelakon, Fazura menitipkan ucapan istimewa buat penyanyi Bella Astillah yang kini bergelar tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara